Terasa penat melihat lemak yang ada di mana-mana sudut badan? Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan. Termasuk, memakan makanan atau minuman tertentu. Contohnya, minum beberapa jenis minuman ini sebelum tidur.
Apa saja minuman yang disarankan untuk diminum sebelum tidur yang mampu turunkan berat badan? Dan benarkah minuman itu efektif untuk menurunkan berat badan? Jom semak jawapannya di bawah ini.
Kita mungkin merasa asing dengan jus anggur. Satu gelas jus anggur boleh membantu meningkatkan kualiti tidur dan membakar lemak, dipetik dari laman Men’s Health. Ini berdasarkan kajian pada tahun 2015 dari International Journal of Obesity.
Dalam penelitian tersebut, ditemukan bahawa resveratrol, antioksidan yang ada di dalam anggur akan mengubah lemak penyimpan kalori menjadi lemak yang membakar kalori. Selain itu, kandungan yang ada di dalam jus anggur akan membantu tubuh mengatur ritma circadian. Apabila ritma circadian teratur, maka jam biologi tubuh kita akan lebih teratur.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Pinggang Boleh Ramping & Wajah Jadi Awet Muda Kalau Setia Amalkan Jus Detoks Ini
Protein shake adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan. Bukan hanya whey protein, tetapi juga soy protein shake yang boleh dicuba. Berdasarkan penelitian dari Birmingham University, soy protein shake boleh meningkatkan kualiti tidur dan membantu melawan lemak yang ada di perut, dipetik dari laman Men’s Health.
Disarankan untuk minum soy protein shake sebanyak sehari 1-2 kali. Dicadangkan agar diminum pada pagi hari agar kita merasa kenyang lebih cepat serta pada malam hari ketika hendak tidur. Orang dewasa memerlukan sekitar 46-56 gram protein sehari, terang laman Mayo Clinic.
Kita disarankan untuk meminum teh sebelum tidur. Teh memiliki sifat yang menenangkan, menjernihkan pikiran dan membuat perut jadi hangat. Menariknya lagi, teh chamomile tidak hanya merangsang penurunan berat badan, tetapi juga mengurangi rasa kembung dan tidak selesa pada perut.
Keistimewaan lainnya adalah teh chamomile kaya dengan kalsium, flavonoid dan potasium. Fungsinya adalah membantu menghilangkan racun di tubuh dan membuat tidur menjadi lebih nyenyak. Teh chamomile panas akan melemaskan saraf dan bertindak sebagai ubat penenang ringan. Boleh cuba ni?
Mahu tidur yang nyenyak? Cuba minum susu sebelum tidur! Kandungan zat tryptophan
dan kalsium yang ada di dalamnya akan membuat tidur menjadi lebih nyenyak, merujuk laman Men’s Health. Bukan hanya itu, meminum segelas susu sebelum tidur juga akan menekan nafsu makan kita di tengah malam.Susu kaya akan protein yang dikenal dengan nama kasein. Selain itu, susu juga kaya asid amino dan meningkatkan penurunan berat badan dengan cara yang sihat. Namun, jangan minum dalam jumlah yang banyak, sebab minum susu sebelum tidur boleh menyebabkan kembung, muncul gas di perut, cirit-birit dan kejang perut.
Umumnya, kita mengenal kefir sebagai bahan utama dalam masker kecantikan. Tetapi, kefir juga boleh diminum, Kefir dibuat dari susu fermentasi yang kaya akan probiotik. Cara kerjanya ialah membantu sistem pencernaan, meningkatkan kadar bakteri baik serta menyerap vitamin dan mineral secara efektif, jelas laman NDTV.
Memakan kefir sebelum tidur akan membuat kita merasa kenyang lebih lama. Ini karena kefir kaya akan protein sehingga kita tidak merasa cepat lapar. On the other side, minum terlalu banyak kefir akan menghambat penurunan berat badan serta menambah berat badan. Ingat, segala sesuatu ada bahagiannya, ya!
Apa bezanya casein protein shake dengan whey protein dan soy protein? Menurut laman Healthline, casein dan whey adalah protein utama yang ada di dalam susu lembu. Perbandingannya adalah 80 peratus casein
dan 20 peratus whey. Dan keduanya adalah produk sampingan dari keju.Casein protein shake umumnya diminum setelah bersenam untuk merangsang pembentukan otot. Para peneliti menyarankan agar kita meminum casein protein shake sebelum tidur. Jenis protein ini dianggap lebih menguntungkan sebab tubuh akan mencerna lebih lambat dan membuat kenyang lebih lama.
Kamu tak perlu keluar banyak waktu, tenaga dan wang. Sebab, meminum air sebelum tidur boleh menurunkan berat badan! Seperti yang kita ketahui, air tidak mengandung kalori sehingga tidak akan membuat kita gemuk. Di sisi lain, meminum air sebelum tidur akan membuat kita sedikit merasa kenyang dan menahan keinginan untuk makan.
Itulah 7 minuman yang perlu diminum sebelum tidur kerana boleh menurunkan berat badan. Cuba praktikkan, kira-kira mana yang lebih efektif?
SUMBER: IDN Times