Umat Islam hampir ke fasa terakhir bulan Ramadan iaitu 10 hari terakhir untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya suasana raya sudah terasa meskipun kita masih di dalam pandemik covid-19.

Suasana yang meriah menikmati juadah hari raya pasti tidak sah jika tiada lagu raya yang berkumandang. Dendangan lagu raya yang syahdu pasti mengingatkan anda pada kampung halaman.

Namun pada tahun ini tahun kedua rakyat Malaysia menyambut bulan mulia ini dengan norma baru. Buat julung kalinya, HABIB, jenama barangan kemas tempatan tampil dengan kelainan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lagu dan video muzik raya khas bertajuk, ‘Irama Aidilfitri’. HABIB merupakan jenama barangan kemas yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu dan video muzik raya.

Yakin Lagu Ini Dapat Mengembirakan Rakyat Malaysia

Vibe ketika lagu dinyanyikan oleh gabungan artist bawah naugan Newsantara

Bangkitkan emosi nostalgia raya dengan suasana yang meriah di samping orang yang tersayang. HABIB berharap lagu ini dapat mengubati rindu kampung halaman terutamanya bagi mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun lalu.

Irama yang rancak dan gabungan artist yang mantap, lagu ini bakal menjadi siulan rakyat Malaysia. Mempunyai elemen retro selaras dengan tema.

IKLAN
Ismail Izzani antara artist muda bergabungdalam lagu ini.

Tema kempen raya HABIB tahun ini adalah ‘modern retro’ dengan elemen warna-warni, melambangkan keceriaan sambutan Aidilfitri. Penggambaran video muzik diadakan di rumah tradisional yang mempunyai elemen retro selaras dengan tema. Tema ini juga konsisten dengan risalah, wafer emas dan juga sampul raya HABIB tahun ini.

Kolabrasi Istimewa & Unik

Muka Album RAYA 2021

Lagu ‘Irama Aidilfitri’ HABIB digubah oleh komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael dengan menggabungkan barisan penyanyi tempatan seperti Ning Baizura, Ismail Izzani, Tiz Zaqyah, Julia Farhana Marin dan Bunga Isme yang pastinya membawa kelainan pada lagu ini. Penyanyi-penyanyi muda di bawah naungan Newsantara turut terlibat. Penampilan khas Rozita Che Wan dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB.

IKLAN

Kolaborasi ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa dan unik. HABIB 
dan Newsantara adalah dua industri yang berbeza tetapi terdapat persamaan yang
ketara. Kedua-dua menitikberatkan karya seni kreatif. Kolaborasi ini juga adalah tanda penghargaan dan sokongan terhadap industri seni tempatan selaras dengan slogan #sokonglokal HABIB.

Emosi Yang Sama

Acara gambit tanda pelancaran lagu ‘Irama Aidilfitri’

Sinonim dengan slogan HABIB, ‘The Gift of Happiness’, sudah pasti ramai yang tahu, pelanggan selalunya membeli barangan kemas sempena dengan sesuatu yang istimewa. Selaras dengan penghasilan muzik yang turut dapat membangkitkan emosi kepada penggemar muzik. Maka, persamaan ketara ini mendorong HABIB untuk menerbitkan muzik dan video muzik raya pada tahun ini.

IKLAN

Majlis pelancaran lagu dan video muzik di Hotel EQ disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin. Majlis ini turut dimeriahkan oleh selebriti terkemuka tanah air seperti, Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Bunga Isme dan ramai lagi.

‘Irama Aidilfitri’ diterbitkan oleh Newsantara Music dengan kerjasama Believe Music selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music dan video muzik ‘Irama Aidilfitri’ boleh ditonton di saluran Youtube Habib.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI