Seorang wanita beragama Islam sudah diajar sejak sekian lama agar menutup aurat dengan sempurna sebaik sahaja mencapai usia baligh. Namun begitu proses untuk menjadi hijabi yang sempurna hadir dengan pelbagai fasa.

Terbaharu, dalam satu ciapan di laman Twitter, peninju terkenal New Zealand, Sonny Bill William mengucapkan rasa kesyukuran apabila isterinya, Alana Raffie Williams akhirnya memilih untuk istiqamah dalam berhijab.

Menerusi ciapan itu dia turut melampirkan gambar isterinya yang manis berhijab di samping empat cahaya mata mereka. Gembira dengan penghijrahan isterinya, Sonny menyifatkan penghijrahan isterinya itu sebagai satu tindakan yang dilakukan kerana Allah SWT dan bukannya paksaan.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: “Biar Proses Ini Tanpa Pujian Atau Makian,” – Aktres Indonesia, Wanda Hamidah Kini Berhijab Pada Usia 44 Tahun

“Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri, saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya.  Apa yang menjadikannya lebih istimewa ialah mengetahui dia telah melakukannya untuk Allah SWT dan bukan orang lain.

Semoga Yang Maha Esa sentiasa memberkati anda dengan kesihatan yang baik, rasa cukup dan kebahagiaan,” tulisnya. Ciapan tersebut setakat artikel ini ditulis sudah menerima lebih lima ribu ulang kicau, lebih 33 ribu tanda suka dan juga lebih 752 balasan komen yang positif.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Sebab Kukuh Kenapa Allah SWT Suruh Menutup Aurat,” – Bekas Ratu Cantik Filipina Peluk Islam, Kini Tampil Berhijab

IKLAN

Sonny yang dahulunya bekas pemain rugbi terkenal New Zealand memeluk agama Islam pada tahun 2009 dan sejak itu dia sangat berpegang teguh kepada kepercayaannya. Dia yang memegang kerakyatan New Zeland dan Samoa telah berkahwin dengan Allan Raffie pada tahun 2013.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI