Dalam ketika bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, mungkin ramai yang lupa dalam menjaga batas-batas yang disyariatkan dalam Islam. Kita seolah lupa dan terlalu berseronok sehingga banyak larangan yang diabaikan.
Tidak dapat dinafikan setiap kali hari raya, tidak kiralah hari raya Aidilfitri mahupun hari raya Aidiladha, apa bila ada ahli keluarga yang menginap di hotel ataupun di homestay, pasti ada yang memandang serong.
Hakikatnya ia demi menjaga aurat sesama sendiri. Hal ini kerana pabila sudah bercampur beramai-ramai, agak sukar untuk menjaga perihal aurat.
Berikut perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun yang mengupas tentang topik ini secara menyeluruh.
BALIK KAMPUNG TAPI TIDUR HOTEL/HOMESTAY
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang. Cerita di sebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya.
Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
WAHAI IBU BAPA, SELIDIK DAHULU. WAHAI ANAK, JANGAN MELULU
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung.
Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak. Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, maka fahami dahulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Ads
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.
Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman 31: 15)
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.” (Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah.
Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita.
Ads
Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” (Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
DOA MENJAGA MARUAH DIRI
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.” (HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Gangguan kulit sangat berbeza dalam gejala dan keparahannya. Ia boleh bersifat sementara atau kekal,dan mungkin menyakitkan. Ada yang mempunyai sebab keadaan, sementara yang lain mungkin genetik. Sebilangan keadaan kulit kecil, dan yang lain boleh mengancam nyawa.
Walaupun kebanyakan penyakit kulit kecil, yang lain dapat menunjukkan masalah yang lebih serius. Hubungi doktor anda jika anda fikir anda mungkin mempunyai salah satu masalah kulit yang biasa ini.
Jerawat
Selalunya terletak di muka, leher, bahu, dada, dan bahagian tertentu anggota badan. Jerawat pada kulit terdiri daripada jeragat, bintik putih, jerawat, atau kista dan nodul yang menyakitkan. Ia boleh meninggalkan parut atau menggelapkan kulit jika tidak dirawat.
Kesejukan
Lepuh merah, menyakitkan, berisi cecair yang muncul di dekat mulut dan bibir. Kawasan yang terjejas akan sering kesemutan atau terbakar sebelum sakit kelihatan. Wabak juga boleh disertai dengan gejala ringan, seperti selesema seperti demam, sakit badan dan kelenjar getah bening yang bengkak.
Lepuh
Dicirikan oleh kawasan berair, jernih, berisi cecair pada kulit. Mungkin lebih kecil dari 1 sm (vesikel) atau lebih besar daripada 1 sm (bulla) dan berlaku sendiri atau dalam kumpulan. Boleh dijumpai di mana sahaja di badan.
Gatal-gatal
Rasa gatal yang timbul selepas terdedah kepada alahan. Merah, hangat, dan sedikit menyakitkan apabila disentuh. Berbentuk kecil, bulat dan berbentuk cincin atau besar atau berbentuk rawak.
Keratosis aktinik
Biasanya kurang dari 2 sm atau kira-kira ukuran pemadam pensil. Tompok kulit tebal, bersisik, atau berkerak. Ia muncul di bahagian badan yang menerima banyak cahaya matahari di bahagian tangan, lengan, wajah, kulit kepala dan leher. Biasanya berwarna merah jambu tetapi boleh juga coklat, tan, atau kelabu
Rosacea
Penyakit kulit kronik yang melalui kitaran pudar dan kambuh. Penyakit ini mungkin disebabkan oleh makanan pedas, minuman beralkohol, cahaya matahari, tekanan dan bakteria usus Helicobacter pylori. Terdapat empat jenis rosacea merangkumi pelbagai gejala. Gejala yang biasa berlaku ialah kemerahan di muka, timbul, lebam merah, kemerahan muka, kekeringan kulit, dan kepekaan kulit.
Carbuncle
Benjolan merah, sakit yang mengjengkelkan di bawah kulit anda, mungkin disertai demam, sakit badan, dan keletihan. Boleh menyebabkan kulit berkerak atau meleleh.
Ekzema
Tompok bersisik kuning atau putih yang mengelupaskan kulit. Kawasan yang terjejas mungkin berwarna merah, gatal atau berminyak. Rambut gugur boleh berlaku di kawasan tersebut disertai dengan ruam.
Psoriasis
Tompok kulit yang bersisik, keperakan dan jelas. Selalunya terletak di kulit kepala, siku, lutut, dan punggung bahagian bawah. Berkemungkinan gatal atau tidak simptomatik.
Selulitis
Keadaan ini dianggap sebagai kecemasan perubatan. Rawatan segera mungkin diperlukan. Disebabkan oleh bakteria atau kulat yang masuk melalui retakan atau luka pada kulit. Kulit merah, sakit, bengkak dengan atau tanpa pelembap yang merebak dengan cepat. Terasa panas dan lembut apabila disentuh. Gejala demam, menggigil dan ruam merah akibat ruam mungkin merupakan tanda jangkitan serius yang memerlukan rawatan perubatan.
Campak
Gejala termasuk demam, sakit tekak, tanda merah, mata berair, hilang selera makan, batuk, dan hidung berair. Ruam merah merebak dari muka ke bawah badan tiga hingga lima hari selepas gejala pertama muncul. Tompok merah kecil dengan pusat biru-putih muncul di dalam mulut.
Karsinoma sel skuamosa
Selalunya berlaku di kawasan yang terdedah kepada sinaran UV, seperti muka, telinga, dan belakang tangan. Kulit yang bersisik dan kemerahan berkembang menjadi lebam yang meningkat dan terus tumbuh. Pertumbuhan yang mudah berdarah dan tidak sembuh, atau sembuh dan kemudian muncul semula.
Melanoma
Bentuk barah kulit yang paling serius, lebih kerap berlaku pada orang yang berkulit putih. Tahi lalat di mana sahaja di badan yang mempunyai tepi yang tidak teratur, bentuk asimetris dan pelbagai warna. Tahi lalat yang telah berubah warna atau semakin besar dari masa ke masa. Biasanya lebih besar daripada pemadam pensil.
Lupus
Gejala termasuk keletihan, sakit kepala, demam dan sakit sendi atau bengkak atau. Ruam bersisik berbentuk cakera yang tidak gatal atau sakit, tompok-tompok merah bersisik atau bentuk cincin yang paling sering terdapat di bahu, lengan bawah dan leher yang bertambah buruk apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ruam merah hangat yang merebak di pipi dan jambatan hidung seperti sayap rama-rama dan bertambah buruk di bawah sinar matahari.
Vitiligo
Kehilangan pigmen pada kulit akibat kerosakan sel autoimun yang memberi warna pada kulit. Pengubahan pramatang pada kulit kepala dan atau rambut muka. TErbahagi pada dua corak:
Corak fokus: kehilangan warna kulit hanya di beberapa kawasan kecil yang boleh bergabung.
Corak segmen: depigmentasi pada satu sisi badan.
Ketuat
Disebabkan oleh pelbagai jenis virus yang disebut human papillomavirus (HPV). Ia boleh didapati pada kulit atau selaput lender. Boleh berlaku secara tunggal atau berkumpulan. Awasinya kerana boleh menyebabkan jangkitan yang boleh ditularkan kepada orang lain.
Cacar air
Sekumpulan lepuh gatal, merah, berisi cecair dalam pelbagai peringkat penyembuhan di seluruh badan. Ruam disertai demam, sakit badan, sakit tekak, dan hilang selera makan. Tetap berjangkit sehingga semua lepuh berkerak.
Keratosis pilaris
Keadaan kulit biasa yang paling kerap dilihat pada lengan dan kaki, tetapi mungkin juga berlaku pada wajah, punggung dan badan. Selalunya hilang sendiri pada usia 30 tahun. Tompok kulit yang kelihatan bergelombang, sedikit merah, dan terasa kasar, mungkin bertambah teruk dalam cuaca kering
Kurap
Ruam bersisik berbentuk bulat, kulit di tengah berbentuk cincin kelihatan jernih dan sihat, manakala tepi cincin boleh menyebar ke luar dan terasa gatal.
Melasma
Keadaan kulit biasa yang menyebabkan tompok-tompok gelap muncul di wajah dan, leher, dada, atau lengan. Biasanya penyakit ini pada wanita hamil (chloasma) dan individu dengan warna kulit yang lebih gelap dan pendedahan cahaya matahari yang teruk. Tiada simptom lain selain perubahan warna kulit. Boleh hilang sendiri dalam setahun atau mungkin kekal.
Impetigo
Biasa pada bayi dan kanak-kanak, ruam ini sering terdapat di kawasan sekitar mulut, dagu dan hidung. Ruam yang merengsa dan lepuh berisi cecair yang mudah meletus dan membentuk kerak berwarna madu.
Mempelajari penjagaan dan rawatan kulit yang betul untuk gangguan kulit boleh jadi sangat penting untuk kesihatan kulit. Beberapa keadaan memerlukan perhatian doctor. Anda harus mengetahui mengenai gejala atau keadaan anda dan berbincang dengan doktor anda untuk menentukan kaedah rawatan terbaik.
SUMBER: Healthline
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meneliti gaya hijab figura bersuara lunak ini, pasti ramai mengenalinya. Punyai gaya hijab yang unik, Yuna penyanyi bertaraf antarabangsa membuat kemunculan khas dengan kolaborasi bersama jenama hijab lokal.
Pernah suatu ketika dahulu mengayakan stail hijab turban, gaya Yuna menjadi ikutan hijabi. Bagi Yuna berhijab perlu ada keselesaan sendiri tanpa lari dari akar sebenar berhijab. Tidak pernah mengikuti gaya mana-mana selebriti, Yuna selesa dengan kreativitinya tersendiri.
Hijab Tidak Perlu Mahal Janji…
Menariknya dalam sesi temubual bersama media, Yuna berkongsi pendapat bahawa mengenakan hijab tidak semestinya mahal. Bagi Yuna hijab mampu milik juga boleh memberi impak bagi si pemakai. Asalkan hijab itu bersesuaian dan anda pandai mengayakannya biarpun di mana sahaja.
Sebagai penyanyi yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna tidak pernah memandang rendah pada jenama lokal. Malahan peluang keemasan ini memberi peluang dan ruang untuk menyokong jenama lokal di mata antarabangsa.
Putri N. Rex adalah jenama tudung lokal yang berpusat di Malaysia yang memberikan keselesaan dan hijab dengan kualiti kerja yang unggul dengan harga yang berpatutan. Berada di pasaran selama lebih kurang 5 tahun yang diasaskan oleh Putri Rex. Sebagai permulaan, ini adalah peluang seumur hidup bagi Putri untuk melakukan kolaborasi seperti ini dengan memanfaatkan situasi semasa dan mengaitkannya dengan tanda nama Eid kita “Embracing Sillaturrahim” . Walaupun memakan masa, ini merupakan kemajuan yang menyeronokkan dan Putri harap hijabi selesa mengenakan hijab dari Putri N. Rex semasa lebaran mahupun pengayaan harian.
Apa yang dimaksudkan “Embracing Silatulrahim”?
Perayaan lebaran selalu berkaitan dengan hubungan dengan orang-orang di kampung halaman atau saudara-mara kita yang jauh. Putri dan Yuna telah berkawan lama tetapi jarang bertemu kerana Yuna berpusat di Los Angeles.
Mereka berdua merangkul Silaturahim antara satu sama lain selama Yuna masih tinggal di Malaysia. Merangkul Silaturahim dalam konteks ini juga bermaksud berhubung dengan pelanggan kita, membina kepercayaan dengan mereka dari seluruh dunia, dari seorang wanita ke wanita lain. Kerjasama ini adalah khas untuk pelanggan setia jenama Putri N. Rex, peminat Yuna di seluruh dunia yang mengagumi gaya hijabnya dan termasuk mereka yang dalam proses berhijab.
Putri N. Rex menginovasi Petal Satin, bahan yang kukuh namun lembut dan sejuk yang dilengkapi dengan dua koleksi untuk mengejutkan pelanggan setia jenama ini. Pertama, Set Hadiah Yuna dilengkapi dengan satu set tiga selendang, yang juga termasuk satu kit tudung dengan harga RM 198 sahaja dan terdiri dari empat set yang mempunyai kisah tersendiri iaitu:
KUL-LAX
Lawatan Hilang
Yuna Di Panggung
Cinta Terbaik
Kedua, Grace Easy Hijab telah menjadi koleksi terlaris Putri N. Rex dan sekarang didatangkan dalam Edisi Yuna yang merupakan selendang separa instan dan mempunyai 10 warna dengan harga RM98 setiap satu. Pastikan anda mencubanya kerana ia adalah kegemaran peribadi Yuna!
Kenapa Memilih Yuna?
Yuna adalah ikon wanita fesyen terbaik dan juga menjadi inspirasi kepada wanita lain. Mengemari dan mengagumi Yuna dengan caranya tersendiri. Karier sebagai artis berhijab di Amerika Syarikat merupakan satu cabaran yang membuka mata kami dimana ia bukanlah satu perjalanan yang mudah untuknya diterima di sana. Berhijab adalah terlalu peribadi buat pemakainya. Walaupun menghadapi cabaran, gaya tersendiri Yuna menyerlahkan keunikannya sebagai seorang artis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini.
Malah, Che Ta pernah tersenarai antara selebriti wanita tercantik tanah air, sememangnya mempunyai aura dan pesona tersendiri. Apatah lagi, dia merupakan Miss Malaysia Intercontinental 1992 yang cukup sinonim dengan kecantikan dan fesyen.
Namun, wanita jelita ini kini sudah berada di usia 51 tahun dan kian matang melalui episod kontroversi dan asam garam dunia seni, Che Ta yang sudah hampir dua dekad bergelar anak seni mengaku fokusnya kini ialah keluarga.
Che Ta Kini Lebih Utamakan Keluarga Dan Akrab Dengan Adik Beradik
Usahawan Inai Che Ta dan RCW Scarves ini mengakui bahawa dia amat mengutamakan hubungan kekeluargaan dan selesa dikelilingi adik-beradik dan ahli keluarga tersayang.
“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, kita hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.
“Macam sekarang, I lebih suka keluar dengan adik-beradik stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun duduk dengan I. Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, I akan ajak semua datang rumah makan-makan dan berkumpul.
“Sebab I rasa bila dah berusia ni, I macam nak kecilkan circle kawan. Tengok mana yang kawan makan kawan, kawan yang friend for benefit ke semua tu I nak avoid,” ujarnya.
Mahu Perbaiki Diri, Lebih Dekat Dengan Yang Maha Esa
Tambahnya lagi, meniti usia separuh abad, Che Ta hanya mahu menikmati kehidupan yang lebih tenang dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
“Sebab tu kalau tengok, I dah jarang lepak dengan kawan. Sekarang kehidupan I pagi mengaji, lepas Zohor baru pergi office dan balik. Sebelum Maghrib tu dah dekat rumah. Kehidupan I sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak I dekat mana-mana, I sebenarnya sangat tenang di rumah.
“Iyalah, kita tua ni kita tak nak apa dah, kita nak kehidupan yang harmoni. Kalau boleh amal ibadat, kita tak nak tinggal. I rasa bila kita duduk dekat rumah just pergi office, I rasa waktu solat tu kita dah tak lambat, kadang-kadang (dulu) tertinggal.
“Bila umur macam ni ketenangan kita banyak di rumah dan dengan adik-adik saja,” luahnya.
Seronok tengok keakraban Che Ta dan adik-beradik. Walau masing-masing dah bekeluarga dan ada bisnes sendiri tetap meluangkan masa untuk berkumpul ramai-ramai. Kalau dah berkumpul, meriah sungguh!
Untuk rekod, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacak, Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisya Dhia Rana.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...