Apabila mendengar cerita dan pengalaman seseorang berkenaan menunaikan ibadah haji mahupun umrah di Tanah Suci tidak kira di Mekah atau Madinah, acapkali kita dengar tentang jemaah yang diuji Allah dengan ujian kecil seperti sesat jalan. Malah, ia bukanlah kes terpencil ataupun aneh. Ia adalah perkara biasa yang berlaku dikalangan para jemaah terutamanya apabila jemaah itu kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Justeru, memandangkan musim Haji bakal tiba tidak lama lagi selari dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam pada bulan hadapan. Hijabista terpanggil untuk berkongsikan beberapa tip yang beh diaplikasikan oleh bagi para jemaah agar tidak tersesat ketika berada di Tanah Suci!
Tip pertama adalah jemaah perlu memastikan sentiasa mengantung kad nama yang dibekalkan oleh syarikat ejen pelancongan di leher setiap kali keluar dari kawasan hotel.
Ini demikian kerana, kad tersebut mempunyai maklumat lengkap jemaah dan juga agen yang bertanggungjawab menguruskan jemaah. Jadi mudah untuk jemaah dibantu oleh jemaah lain jika tersesat di Tanah Suci
Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan jemaah untuk mengingati nama hotel serta nombor bilik. Adalah lebib baik jika jemaah menyimpan nombor telefon mutawif atau mampu mengingati nombor telefon petugas masing-masing yang dipertanggungjawabkan menguruskan jemaah supaya mudah dihubungi jika sesuatu terjadi.
Disebabkan pintu masuk ke Masjidil Haram yang luas mempungai beberapa jenis laluan keluar dan masuk jemaah. Adalah penting untuk jemaah mencatit nama dan nombor pintu yang anda lalui untuk menuju Masjidil haram untuk mengelakkan kekeliruan sehingga tersesat jalan.
Sebagai Contoh, pintu King Abdul Aziz (pintu nombor 1), Bab al-Marwah, Bab al-Fatah dan sebagainya.
Artikel berkaitan: Anggap Rezeki Tunai Haji Sebagai ‘Durian Runtuh’, Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini!
Selain itu, untuk mengelakkan daripada tersesat, jemaah juga boleh mengambil inisiatif untuk mecari landmark agar dapat memudahkan urusan berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram. Caranya mudah, jemaah hanya perlu mengingati bangunan tertentu untuk dijadikan sebagai mercu tanda. Jadi lebih mudah untuk ‘trace’ semula perjalanan pergi dan balik dari Masjidil Haram
Tip terakhir ini paling penting dan paling senang untuk dilaksanakan. Jika boleh jangan pergi atau bergerak ke mana-mana destinasi atau tujuan secara bersendirian.
Jika anda ingin menuju ke suatu tempat, pastikan anda membawa teman sekurang-kurangnya berdua atau lebih baik jikan anda bergerak secara berkumpulan dengan jemaah-jemaah lain.
Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan ‘group whatsapp’ yang disediakan oleh ejen pelancongan untuk memudahkan urusan mutawif mengetahui pergerakan jemaah. Sentiasa minta izin dan maklumkan dimana anda berada khusunya untuk perhatian ketua rombongan.
Artikel berkaitan: Jangan Sedih-sedih Bila Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini, Ada Banyak Amalan Yang Ganjarannya Umpama Pahala Haji
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.