Dinda Hauw merupakan seorang pelakon kelahiran Palembang, Indonesia. Namanya semakin meningkat naik semenjak dia memegang watak sebagai Keke; iaitu seorang kanak-kanak yang menderita sakit kanser otot rangka, dalam filem “Surat Kecil Untuk Tuhan” (2011).

Dinda atau nama sebenarnya, Nyimas Khodijah Nasthiti Adinda, mula menarik perhatian masyarakat di Malaysia selepas membintangi sebuah karya yang membawa penonton mendekati agama Islam yang bertajuk Cinta Subuh (2022). 

Peminat Dinda pasti mengetahui bahawa melalui filem tersebutlah dia bertemu dengan suaminya, Reynaldi Mbayang, 24, serta mengakui terjebak dengan cinta lokasi. Bahkan, pasangan tersebut turut mengganggap filem Cinta Subuh sebagai ‘pengiring kisah cinta’ mereka. 

Bakal Timang Anak Kedua, Ramai Puji Penampilan Dinda Hauw!
Sumber gambar dari Instagram Dinda Hauw

Pasangan tersebut kemudiannya telah diijabkabulkan pada 10 Julai 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Arshakalif Muhammad Mbayag atau mesra dipanggil Shaka yang kini berusia setahun. 

Bakal Timang Anak Kedua, Ramai Puji Penampilan Dinda Hauw!
Sumber gambar dari Instagram Dinda Hauw

Buat hijabi yang sering mengikuti Instagram pelakon tersebut pasti mengetahui bahawa gaya fesyennya sering menjadi sorotan ramai. Ini kerana, dia sering memakai busana yang tampak mewah dan modest dengan gaya yang mudah untuk ditiru. 

Artikel berkaitan: Kisah Unik Dalam Perjalanan Rohani Mereka, 12 Selebriti Seberang Memilih Peluk Islam

Kongsi Foto ‘Baby Bump’

Baru-baru ini, pelakon tersebut telah berkongsi fotonya yang menampakkan ‘baby bump’ dan membuatkan netizen ‘gemes’! 

Ads

Aktres tersebut telah memuat naik foto menyarungkan pakaian ‘all white’ sambil memegang perut melalui laman Instagram. Difahamkan, foto tersebut diambil ketika sedang bercuti bersama suami dan anaknya ke Shiwakawa Go, Jepun.

“Ibu mengandung bulan depan tak boleh naik kapal terbang dah. Masih ada 2 minggu lagi…” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dinda Hauw (@dindahw)

Dalam foto itu, Dinda Hauw kelihatan anggun bersama baju turtleneck berbulu lembut yang menampilkan potongan klasik bersama seluar berwarna putih. Selain itu, dia juga memadankan pakaianya bersama hijab yang berwarna putih dan beret yang kini menjadi trend sebagai item pelengkap fesyen.

Wanita berusia 26 tahun itu turut menambahkan gayanya bersama beg putih yang kecil, sneakers putih dan cermin mata hitam. Suaminya juga dilihat memakai pakaian yang sedondon. 

Dibanjiri doa dan pujian

Hantaran tersebut telah meraih perhatian netizen yang teruja melihat baby bumpnya dan mendoakan kesihatan Dinda. Rakan artis serta para peminat turut memuji rupa paras serta OOTD Dinda yang stylish meskipun sedang menghitung hari untuk melahirkan. 

Ads

Bakal Timang Anak Kedua, Ramai Puji Penampilan Dinda Hauw! Bakal Timang Anak Kedua, Ramai Puji Penampilan Dinda Hauw! Bakal Timang Anak Kedua, Ramai Puji Penampilan Dinda Hauw!

“Sehat selalu ya bunda semoga lancar terus Amin…..”

“Bunda ‘on the way’ anak kedua, hamil atau tak auranya sama cantik… Tiada obatt masyaallah Tabarakallah”

“Masya Allah Tabarakaullahu cantiknya nak…Selalu sehat lancar selamat bahagia sampai persalinan Aamin Ya Allah Ya Robbalalamin”

Ads

“Sehat selalu kakak cantik…. Masya Allah, udah cantik anggun pula… Moga selamat melahirkan”

“Semoga kak dinda sekeluarga diberikan kesehatan dan keselamatan dunia dan akhirat… aamiin”

Artikel berkaitan: Sering Muat Naik ‘Cover’ Selawat, Pempengaruh Dari Indonesia Naswa Aulia Mendapat Pujian Warga Maya

Terdahulu, aktres dari seberang tersebut pernah mengalami keguguran dan enam bulan selepas itu dia mengumumkan khabar hamil anak kedua saat menjalani ibadah umrah.

Sumber: Instagram Dinda Hauw

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI