Penyanyi Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika beraksi di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai.
“Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.
“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.
Unik dan tersendiri
“Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” kata Aina.
ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih Aina kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong. Bersyukur segala persiapan berjalan lancar, Aina memohon agar perjalanan konsert dipermudahkan.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.
“Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.
“Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Pilihan Warna Hijab Yang Buat Wajah Kelihatan Cerah Dan Glowing
Memilih warna hijab tidak boleh sembarangan. Bila salah memilih, boleh membuat wajah jadi kelihatan pucat dan kusam. Triknya adalah memilih hijab yang sesuai dengan warna kulit supaya wajah pun kelihatan lebih cerah. Berikut beberapa pilihan warna hijab yang boleh membuat wajah kelihatan cerah sesuai dengan warna kulit.
1. Coklat
Warna coklat boleh menjadi salah satu pilihan warna hijab yang cukup neutral dan mudah disuai padankan dengan pelbagai busana lain. Warna ini boleh membuat wajah kelihatan lebih cerah dan bersih. Semua warna kulit juga sesuai dengan warna hijab coklat nude. Namun, untuk pemilik kulit sawo matang, hindari memakai hijab warna coklat terlalu muda kerana boleh membuat wajah jadi kelihatan pucat.
2. Pastel
Hijab warna pastel sesuai untuk pemilik kulit coklat gelap. Pilihan warna pastel yang boleh jadi padanan buat anda adalah warna dusty pink atau pink muda untuk membuat wajah kelihatan lebih fresh.
3. Ungu muda
Hijab ungu muda atau warna orchid boleh memberikan kesan tenang dan lembut. Warna hijab ungu muda sesuai untuk perempuan berkulit sawo matang dan kuning langsat kerana boleh memberikan kesan wajah lebih glowing. Anda boleh padankannya dengan warna-warna neutral, seperti navy, kelabu, atau beige.
4. Merah Maroon
Untuk pemilik kulit putih gading, warna hijab yang boleh membuat wajah kelihatan lebih glowing adalah warna yang agak terang. Salah satunya warna merah maroon atau burgundy. Warna ini dapat memberikan kesan pada wajah untuk kelihatan lebih fresh.
5. Biru Tua
Buat anda yang memiliki medium skin tone, pilihlah warna biru tua untuk memberikan kesan wajah lebih cerah. Namun, hindari memadankannya dengan warna-warna yang earthy tone, seperti hijau atau coklat tua, kerana boleh membuat wajah kelihatan kusam.
6. Kuning mustard
Kulit kuning langsat paling banyak dimiliki oleh perempuan Malaysia. Salah satu warna hijab yang sesuai untuk pemilik warna kulit kuning langsat agar kulit kelihatan lebih cerah adalah hijab warna kuning mustard. Warna ini dapat membuat tone kulit tetap seimbang dan kelihatan lebih glowing.
7. Hijau
Warna-warna terang seperti warna kuning, merah, dan hijau, sesuai untuk pemiliki kulit gelap dan kulit sawo matang. Salah satu tren warna hijab terkini yang boleh jadi padanan anda adalah warna hijau emerald. Hijab ini sesuai dipadankan dengan pelbagai warna jubbah polos mahupun bermotif. Warna ini juga boleh membuat penampilan anda kelihatan lebih segar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gagal Pertahan ‘Legasi Keluarga’, Nurul Izzah Berduka Pada Hari Lahirnya.
Kegagalan mempertahankan kerusi legasi keluarga di Permatang Pauh sejak era Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuatkan puteri reformasi Nurul Izzah hiba.
Terutamanya kegagalan itu berlangsung pada hari lahirnya yang ke-42 tahun. Ini jelas membuktikan bahawa rakyat dambakan perubahan dan pembaharuan landskap politik negara yang baharu.
Ulangtahun Kelahiran Nurul Izzah Penuh Hiba
Bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu, dikhabarkan menyambut ulangtahun kelahiran pada hari yang sama, tetapi jatuh tersungkur apabila tewas kepada pihak lawan Perikatan Nasional (PN) Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang mewakili PAS dengan majoriti 5,381 undi.
Menerusi video yang tular dilaman Tik Tok sejak semalam memaparkan anak kepada anak kepada Ketua Pembangkang itu terpaksa akur dengan kenyataan pahit bahawa kerusi tradisi keluarganya itu kini dimiliki pihak lawan.
Sebelum meninggalkan kawasan tradisi itu, Nurul Izzah sempat menzahirkan ucapan selamat tinggal dan memberikan lambaian terakhir kepada penyokongnya dari dalam kereta, sambil moments hiba itu dirakam media.
“Bye everyone,” katanya sambil cuba mengukir senyuman dalam kepayahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah Anwar Dan Yin Shao Loong Selamat Diijabkabulkan
Pada video sama kedengaran sorakkan reformasi dilaungkan penyokong Parti Keadilan Rakyat yang mahu berkongsi semangat buat Nurul Izzah agar terus bangkit meneruskan perjuangan.
“Reformasi, reformasi, reformasi, reformasi.
Lawan tetap lawan, Allahuakbar,” laung Nurul Izzah bergema bersama penyokongnya yang lain.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu terkilan apabila Nurul Izzah tidak lagi mempunyai tempat secara rasmi dalam arena politik negara.
Mereka berharap agar Nurul Izzah tidak berputus asa dan kembali semula ke pentas politik dengan keazaman baharu.
“YB (Yang Berhormat) adalah yang paling aku salute. Beauty with brain. Semoga dipermudahkan urusan untuk berjumpa lagi di masa akan datang.
“Sedih weh Nurul Izzah tak ada dalam parlimen.
“Come back stronger YB, you and KJ (Khairy Jamaluddin) both are talented and lantang bersuara. You and KJ must both come back for the nation,” kata netizen.
Sumber: Mstar
ARTIKEL BERKAITAN: Stail Gaya Tudung Bawal DS Wan Azizah & YB Nurul Izzah Trend Ikutan Hijabi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Jenis Istigfar Dan Waktu Yang Dianjurkan Untuk Jalan Keluar Dari Pelbagai Masalah
Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa pada saban hari. Allah SWT dengan sifatNya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada.
Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Merahmati. – Surah al-Muzammil ayat 20
Salah satu ubat dan jalan untuk kita keluar dengan pelbagai masalah adalah dengan mengamalkan istigfar dalam kehidupan harian. Lakukannya sebagai rutin harian, basahkan bibir dengan istigfar, insyallah segala masalah akan selesai. Namun ada juga antara kita tidak sedar hikmah sebalik mengamalkan istigfar.
Hikmah Istigfar
Apabila kita sentiasa beristigfar pelbagai hikmah yang tersembunyi, dengan istigfar menghilangkan rasa resah atas dosa-dosa yang dilakukan. Malah kita akan terasa dekat dengan Allah serta dapat meningkatkan ketakwaan diri. Syaitan akan selalu memerangkap manusia dengan tipu daya, perbanyakkan istigfar bagi membanteras ditipu dengan helah syaitan. Allah SWT memuliakan hambanya dunia dan akhirat sesiapa yang selalu beristgfar.
Keampunan Allah SWT terhadap hambaNya adalah dengan terlaksananya amalan taubat dan istigfar. Kedua-dua amalan ini saling melengkapi untuk memastikan Allah SWT mengurniakan kita pengampunan.
Syarat Istigfar
Syarat untuk istigfar, seseorang haruslah meninggalkan maksiat yang dilakukan dengan menyesali segala perbuatan yang di mungkari Allah. Berhasrat tidak akan mengulanginya lagi dengan memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain. Mohon maaf dan memulangkan kembali hak yang telah diambil jika melibatkan orang lain.
Masa Untuk Istigfar
Antara masa yang digalakkan untuk beristigfar adalah:
- Sepanjang hari dan malam.
- Sesudah melakukan dosa.
- Ketika hendak tidur.
- Ketika hendak bersahur.
- Setelah selesai berwuduk.
- Ketika duduk antara dua sujud.
- Sesudah membaca tahiyat (tasyahud akhir).
- Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis.
5 Jenis Istigfar Dan Waktu Yang Dianjurkan
Lafaz Istigfar
Lafaz istigfar umum adalah seperti berikut:
Astaghfirullahal ‘aziim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaih.
Namun dalam beberapa keadaan dan situasi, kita digalakkan untuk membaca istigfar seperti di bawah:
1. Lafaz Istigfar ketika bersurai dari majlis
Istighfar sewaktu hendak bersurai daripada majlis seperti majlis ceramah, jamuan doa selamat dan mesyuarat.
Maksudnya:
Maha Suci Engkau, ya Allah dan puja puji untuk-Mu. Aku naik saksi tiada tuhan selain Engkau. Aku memohon keampunan daripada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.
(Riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a.)
2. Saiyidul Istigfar (Penghulu Istigfar)
Penghulu Istighfar ini juga disebut sebagai “Saiyidul Istigfar” sesuai dengan kedudukannya yang tinggi dalam Islam.
Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang disembah melainkan Engkau. Engkau telah menjadikan aku, dan aku ialah hamba Mu, aku tetap atas amanah-Mu dan janji-Mu sekadar kesanggupan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui kepada-Mu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampuni dosa-dosaku selain Engkau.
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud)
3. Istigfar Selepas Solat
Doa istighfar ini elok dibaca khususnya selepas solat sebagai memperbaharui keinsafan kita terhadap dosa yang sering dilakukan:
Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon ampun kepada-Mu daripada segala dosa yang aku telah bertaubat kepada-Mu kemudian aku ulanginya. Aku memohon kepada-Mu daripada segala perkara yang telah aku berjanji kepada-Mu daripada diriku yang tidak aku tunaikannya kepada-Mu. Aku memohon ampun kepada-Mu daripada segala amalan yang ingin aku lakukan kerana wajah-Mu, lalu ia bercampur aduk dengan selain daripada-Mu. Aku memohon keampunan-Mu daripada segala nikmat yang Engkau telah beri kepadaku lalu aku menggunakannya untuk mengerjakan maksiat terhadapMu. Aku memohon keampunan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata daripada segala dosa yang aku kerjakannya di cahaya siang dan kegelapan malam, di khalayak ramai, bersendirian, secara rahsia dan terang-terangan, wahai Tuhan Yang Maha Penyantun.”
4. Istigfar Sebelum Tidur
Istighfar yang selalu dibaca selepas solat lima waktu juga sebelum waktu tidur sebanyak 3 kali.
Maksudnya:
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup lagi sentiasa berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepada-Nya.”
5. Istigfar Penenang Hati
Istighfar dan taubat yang boleh dijadikan wirid atau zikir untuk mententeramkan jiwa yang selalu resah:
Maksudnya:
Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung (3 kali). Kami telah bertaubat kepada Allah, kami telah kembali kepada Allah, kami telah menyesal atas apa yang telah kami lakukan, dan kami berazam untuk tidak lagi mengulangi dosa selama-lamanya.”
Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Sentiasalah beristigfar, kerana dengan sentiasa beristigfar, Insyaallah hidup kita akan sentiasa lancar dan permudahkan.
SUMBER: AKUISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI