Berita

Bakal Sambut Kelahiran Anak Kedua, Lesti Kejora & Rizky Billar Kongsi Foto Istimewa Sekeluarga

Share

Kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarga Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali meraih perhatian ramai. Bakal menyambut kelahiran anak kedua, pasangan yang dikenali sebagai Leslar ini berkongsi detik-detik berharga menerusi satu sesi fotografi istimewa. Dalam muat naik yang dikongsi oleh Rizky Billar di Instagramnya, jelas kelihatan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Kredit Foto: rizkybillar

Kehadiran si kecil menambahkan lagi kebahagiaan keluarga kecil ini. Muat naik itu turut mendapat komen positif dan kata-kata sokongan daripada rakan-rakan artis.

Kredit Foto: lestikejora

Foto yang disiarkan pada 18 Januari 2025 itu turut meraih pujian warga maya. Rizky Billar menyampaikan mesej penuh kasih sayang kepada keluarga kecilnya yang bakal diserikan dengan kehadiran ‘orang baru’ tidak lama lagi.

ELEGAN & MENAWAN

Lesti Kejora mempamerkan pesona luar biasa dalam sesi fotografi itu dengan mengenakan gaun labuh ringkas, ditambah dengan blazer berbulu. Walaupun temanya sangat minimalis, ia berjaya mencipta kesan yang sangat elegan dan menawan.

Kredit Foto: rizkybillar

Rizky Billar dan anak mereka yang digelar Abang L turut menyempurnakan penampilan mereka dengan mengenakan kemeja putih digabungkan dengan seluar hitam. Kemesraan mereka cukup menyentuh jiwa dan perasaan sekaligus menjadikan foto itu terlihat sangat indah.

Kapsyen yang ditulis hanya dengan emoji hati hati berjaya menyampaikan perasaan cinta mereka tanpa perlu menggunakan kata-kata. Hantaran itu juga berjaya meraih ribuan tanda suka dalam masa yang singkat.

Malah, dengan adanya Abang L dalam sesi fotografi itu memberi nilai tambah kepada hantaran tersebut. Terserlah kegembiraan anak sulung pasangan ini dengan kelahiran adiknya tidak lama lagi.

Dengan kebahagiaan yang terpancar, Lesti Kejora dan Rizky Billar menunjukkan betapa pentingnya ikatan kekeluargaan dalam setiap saat yang berharga.

Kredit Foto: lestikejora

Biarpun konsep sesi fotografi itu cukup ringkas dan sederhana namun tetap kelihatan menarik dan boleh menjadi sumber inspirasi bagi para keluarga yang ingin meraikan detik istimewa dengan cara yang unik.

TEMA SEDERHANA

Melalui kesederhanaan ini, mereka membuktikan kecantikan tidak semestinya rumit dan megah. Kesederhanaan konsep ini mengajar bahawa kecantikan boleh dicipta daripada perkara yang mudah, asalkan ia dirancang dengan penuh kasih sayang.

Kredit Foto: lestikejora

Selain ucapan tahniah, warga maya dan selebriti turut mendoakan agar proses bersalin Lesti lancar.

Setiap komen yang ditinggalkan menunjukkan bagaimana orang ramai menantikan kelahiran ahli baharu dalam keluarga ini.

BACA JUGA: Walau Sarat Hamil LESTI KEJORA Tampil Anggun Di Anugerah Muzik Indonesia 2024, Raih 3 Anugerah!

Published by
Amy Mohd