Bakal Pengantin Takut Nak Pakai Tudung ‘Off White’ Untuk Majlis, Ini Nasihat Pakar Supaya Lebih ‘Confident’

Share

Warna putih sinonim dengan majlis pernikahan dan persandingan, berada dalam kelas tersendiri, yang sering menjadi pilihan pasangan raja sehari. Namun untuk dijadikan pakaian harian, pasti tidak semua hijabi berani memilih warna ini.

Kebanyakan wanita berpendapat agak sukar untuk dipadankan dengan solekan, apatah lagi di majlis pernikahan. Ada juga yang merasakan pemakaian tudung putih akan membuat wajah menjadi kusam dan gelap. Merungkai kekusutan hijabi, melalui perkongsian juru solek selebriti yang terkenal melalui aplikasi TikTok, Syed Dewa berkongsi pendapat bagaimana untuk terus rasa yakin menggayakan tudung berwarna putih dan gaya solekan.

Perlu tahu mengimbangi warna solekan

Ada kemungkinan warna wajah akan nampak lebih gelap dari warna asal, Syed Dewa menyangkal pendapat itu, malah dia sendiri yang telah menyolek pelbagai rona kulit untuk majlis pernikahan, “putih bersesuaian dengan semua rona kulit, anda cuma perlu tahu cara mengimbanginya, kata Syed Dewa.

@syedewa7 Reply to @ilaninai ♬ original sound – Syedewa

Syed juga menyarankan ketika bersiap, apabila disolek oleh juru solek anda disarankan memakai tudung warna putih, iaitu tudung ekstra selain dari tudung yang hendak dipakai ketika majlis. Juru solek akan lebih jelas dan nampak hasil solekan, di situlah solekan dapat diimbangi dan dapat mengelakkan warna kulit jadi gelap dari rona asal kulit anda. Ujarnya lagi warna foundation memainkan peranan penting, di mana warna asas ini perlu di terangkan sedikit bagi melawan warna putih tudung.

Tip mengayakan tudung putih di hari pernikahan

Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.

Asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi.

Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai.

ARTIKEL BERKENAAN: Susahnya Nak Jaga Pakaian Warna Putih! Amalkan Tip Mudah Ini Untuk Pakaian Putih Kekal Cantik!

Pilihan fabrik terbaik yang lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin. Untuk menggelak ketidakselesaan dalam tempoh yang panjang, perlu elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas. Pilihan fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon, georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.

Paling praktikal, padankan baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan. Walau bagaimanapun boleh menggunakan warna sebaliknya asalkan cantik di mata anda.

Cadangan warna untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik. Manakala gaya tudung juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu lavender, merah dan hitam serta merah dan putih.

Published by
SH