Tahun baru pastinya membuka lembaran baru buat para hijabi yang ingin membuat sesuatu perubahan. Kalimat “new year, new me” sering diungkapkan ketika tahun baru sebagai tanda semangat baru serta ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Ada yang menyimpan hasrat ingin lebih berjaya, sihat dan juga cantik.
Ha… buat hijabi yang berazam untuk lebih cantik serta ‘upgrade’ penampilan agar tampil stylish, bolehlah cuba stail busana ‘lace’ yang diinspirasikan daripada Kate Middleton ini. Memang wow dan terlihat elegen!
Artikel berkaitan: ‘Penjagaan Mental Sangat Penting!’, Tegas Putera William Dan Kate Middleton Bersempena #WorldMentalHealthDay
Apabila memasuki tahun baru, tren fesyen juga akan berubah. Salah satu item fesyen yang dijangka akan menjadi tren fesyen pada tahun 2023 ialah aksen renda(lace) dan laser cut. Material ini sering digayakan oleh Princess of Wales iaitu Kate Middleton. Gaya fesyen ini dilihat menambahkan sentuhan ‘kewanitaan’ pada penampilannya bak primadona.
Tambahan itu, busana material ini sangat sesuai ketika musim bunga atau musim panas, kerana fabrik yang digunakan lebih ringan dan butiran potongan ini sesuai dengan iklim yang sangat panas, jadi ianya sangat bersesuaian untuk digayakan di Malaysia. Berikut hijabista senaraikan beberapa gaya Kate Middleton dalam busana ‘lace’ untuk anda ikuti!
Stail renda yang pertama ini diinspirasikan daripada lawatannya ke Jamaica pada tahun lalu. Kate Middleton dilihat memakai gaun lace lengan pendek oleh Alexander McQueen yang hampir sama dengan busana yang pernah dipakai oleh Ratu Elizabeth pada 1954 di Australia. Gaun paras lutut dengan garis leher persegi itu turut dilengkapi dengan perincian tali pinggang putih.
Selain itu, Kate memadankan busana lace tersebut dengan memakai topi lebar dengan perincian seperti bunga Philip Treacy dan sepasang kasut tumit tinggi berwarna putih. Hijabi juga boleh mencontohi gaya Kate dengan memakai gaun dengan aksen renda menghiasi lengan dan labuh paras kaki agar menepati syariah Islam. Jangan lupa untuk memadankannya dengan kasut tumit dan beg putih!
Gaya kedua ini diinspirasikan daripada busana renda Kate ketika menghadiri Royal British Legion Festival of Remembrance, di Royal Albert Hall, London pada 12 November 2022. Kate kelihatan bergaya dalam gaun hitam
Self Portrait Black Tailored Midi Dress With Blazer bersama fabrik renda pada chiffon skirt yang dipadankan dengan kasut tumit tinggi hitam. Blazer seperti ini juga boleh menjadi alternatif kepada sut formal yang sesuai buat ke pesta-pesta ataupun pejabat.Pada 2016, Kate Middleton dilihat menghadiri tayangan perdana A Street Cat Named Bob yang diadakan di Pawagam Curzon Mayfair, London. Untuk majlis itu, Kate Middleton memakai gaun panjang berwarna putih dari Self Portrait.
Gaun Pleated Crochet Maxi tersebut mempunyai garis leher tinggi dengan perincian renda bung dan dilengkapi dengan skirt krep berlipat dengan belahan tinggi di sisi. Kate Middleton melengkapkan penampilannya dengan memakai clutch baldu Mulberry. Hijabi boleh cuba memadankan gaya ini dengan memadankan baju renda anda bersama skirt pleated yang tiada belahan!
Gaun tersebut diperbuat daripada renda campuran kapas yang cantik berlengan panjang, bersama perincian tali pinggang dan skirt layer. Kate turut melengkapkan penampilannya dengan sepasang kasut tumit coklat yang sepadan dengan pakaiannya.
Kate kelihatan bergaya dan anggun dalam gaun renda hijau ketika dia menghadiri kutipan derma di Galeri Potret Negara di London pada 2017. Pakaian itu direka oleh pereka fesyen kegemarannya iaitu Temperley London. Gaun yang dikenakan Kate ini berharga 11,000 USD, atau sekitar RM47888.26, dan dianggap sebagai salah satu busananya yang termahal.
Gaun hijau zamrud panjang yang menyapu lantai itu dilengkapi dengan renda serta dihiasi dengan perincian reben di pinggang. Kate juga menyempurnakan penampilannya dengan sandal tumit tinggi berwarna kuning,anting-anting amethyst dan clutch yang sepadan.
Artikel berkaitan: Kate Middleton Punyai 2 Helah Yang Membantunya Berdiri Di Tumit Tinggi Selama Berjam-Jam
Sumber info dan gambar: Beautynesia, Getty dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.