Hiburan

Bakal Genggam Master, FARISHA IRIS Tak ‘Penat’ Sambung Belajar Demi Masa Depan

Share

Biarpun sibuk sebagai pelakon dan penyanyi, hijabi cantik Farisha Iris baru-baru ini berjaya menggenggam ijazah setelah setahun lebih menimba ilmu sambil bekerja.

Dengan kejayaan itu, Farisha membuktikan anak seni juga mampu berjaya dalam akademik.

Gadis manis berusia 24 tahun ini menerima Ijazah Sarjana Muda jurusan komunikasi perhubungan awam pada majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 pada 23 November lalu.

Farisha atau nama penuhnya Farisha Asmadi menitipkan kesyukuran serta berkongsi kegembiraan bersama para pengikutnya di Instagram peribadi.

Dalam hantarannya itu, Farisha tampil manis dalam jubah konvokesyen rona biru gelap sambil memegang bunga dengan senyuman paling manis.

“Alhamdulillah syukur.. Diberi peluang untuk bernafas dan masih berjalan di atas dunia yang sementara. 2020–2022, Bachelor of Mass Communication (Hons) Public Relations, UiTM Shah Alam.

“Setelah setahun lebih, and today is my degree’s convocation. I am beyond grateful and happy.”

Farisha turut mengakui ia bukanlah perjalanan yang mudah sebaliknya satu proses yang sangat sukar. Pun begitu, Farisha akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah.

“It was not an easy journey, it was a tough process that was bitter to swallow. But now, all I taste is satisfaction.”

Di sebalik kejayaannya itu, pasti ada insan hebat yang sentiasa menjadi tulang belakang Farisha. Siapa lagi kalau bukan ibunya yang sangat menitikberatkan soal pendidikan sejak kecil.

“I still remember back then, when I was in high school, how my mother taught and told me how vital education is.”

Tulis Farisha lagi, dia berusaha melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tinggi bukanlah dipengaruhi kehendak orang lain sebaliknya atas keinginan serta usaha sendiri demi masa depan.

“Lambat atau cepat tiada siapa yang akan menjaga, membantu dan memberi kita makan. Di penghujungnya, kita hanya mempunyai diri sendiri untuk bertahan.”

Farisha turut berpesan kepada masyarakat agar terus menimba ilmu. Baginya, hanya pendidikan yang mampu menjamin masa depan lebih baik.

“Siapa pun yang anda mahu jadi sama ada public figure atau usahawan, carilah ilmu dan capai sesuatu (dalam hidup).

Farisha turut berterima kasih kepada insan-insan yang ada bersamanya saat susah senang sepanjang pengajian. Tak dilupakan jasa para pensyarahnya.

Dia juga memohon doa semua agar dipermudahkan ‘perjalanannya’ untuk menggenggam Ijazah Sarjana pula tak lama lagi.

“Doakan saya semoga dapat menghabiskan Ijazah Sarjana pada 2024 ini dengan jayanya. Semoga ada daya dan semangat untuk menjalani peringkat yang seterusnya. Amin, InsyaAllah.”

Terdahulu, pada Jun 2022 Farisha menerima diploma dalam bidang komunikasi dan media daripada universiti yang sama.

Kredit Foto: Instagram Farisha Iris

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Amy Mohd