Lama tak melihat kelibat pelakon cantik ini di layar perak mahupun televisyen. Nama Erin Malek mula dikenali dalam dunia lakonan ketika membintangi filem Tentang Bulan.
Biarpun tidak aktif sebagai pelakon, Erin Malek aktif di media sosial. Artis berusia 29 tahun ini lebih banyak berkongsi kehidupan terkininya bersama suami dan anak-anak.
Hasil perkahwinannya selama sembilan tahun dengan anak usahawan automotif ternama, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
MENGHAMPIRI USIA 30 TAHUN
Bakal menginjak ke usia 30 tahun pada tahun hadapan, Erin akui dia telah pun bersedia dengan fasa usia yang lebih matang.
“Sekarang saya dah 29 tahun. Bila hujung-hujung 20-an ni dan bakal memasuki usia matang saya lebih banyak fokus kepada diri sendiri, keluarga, anak-anak serta orang-orang yang terdekat di sekeliling saya.
“Saya juga lebih fokus kepada perkara-perkara yang membuatkan kita rasa gembira dan bahagia. Secara tak langsung dapat elak risiko KEMURUNGAN dan anxiety.”
“Sekarang ini golongan wanita khususnya ibu-ibu banyak terdedah dengan risiko ini kerana tekanan.
“Maka, fokus kepada yang baik-baik saja. Jaga kesihatan, pemakanan dan kekal cergas dengan bersenam setiap hari. Bukan untuk kurus tetapi demi kesihatan,” kongsi Erin.
PERKEMBANGAN TERKINI
Pejam celim, pejam celik hampir sembilan tahun Erin tidak beraksi di pentas lakonan. Menurut Erin, itu tidak bermakna dia berhenti terus. Minatnya masih ada.
“Walaupun dah lama tak berlakon, saya masih menerima offer tetapi yang kecil-kecil saja. Kalau yang besar-besar tu belum sempat lagi sebab saya nak fokus keluarga dulu buat masa ini.
“Anak sulung dah mula sekolah, jadi sibuk sikit. Berlakon tu InshaAllah soon,” kongsi Erin.
Hijabista mendoakan agar segala urusan Erin dipermudahkan dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Erin Malek
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini