Inspirasi dari pelbagai atlet yang berhijab, Nike jenama sukan terkenal telah mengeluarkan Nike Pro Hijab. Namun inspirasi itu tidak terhenti hanya mereka cipta hijab khas untuk atlet muslimah, malahan pereka Nike terus berinovasi mengeluarkan pakaian renang khas untuk atlet muslimah. Inovasi ini khas untuk atlet dari semua latar belakang yang terlibat dalam aktiviti sukan berasaskan air.

“Apa yang saya perasan apabila saya berenang dengan memakai koleksi ini, hijab saya masih terletak seperti keadaan asal.” Arinna Wira Penyokong fesyen inklusif Malaysia

Melihat jurang yang menarik dalam pakaian untuk sukan air, sebagai pereka Nike melihat pelbagai kekurangan khususnya, kekurangan pilihan untuk atlet wanita muslimah yang memilih antara kesopanan dan pergerakan dengan keselesaan juga keyakinan. Produk sedia ada tidak mempunyai ciri-ciri atau fungsi, para atlet inginkan bagi menjaga aurat ketika bersukan. Sering kali, atlet berkata, pakaian renang mempunyai pelbagai halangan untuk mereka melakukan aktiviti di dalam air.

Martha Moore, Pengarah Kreatif Nike, VP. berkata “Ketika Niker terus memperluas visi untuk inovasi mereka pakaian sukan, kami teruja untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk melibatkan diri mereka dalam sukan dengan berfikir secara kreatif dan mereka bentuk secara inklusif. Bagi pihak Nike, Koleksi Nike Victory Swim menunjukkan kekuatan inovasi untuk menarik semua wanita untuk bersukan tanpa batasan. ”

Nouf Alosimi Penyelam Teknikal Pertama Saudi Arabia, percaya dengan adanya koleksi renang khas untuk muslimah bakal menarik minat hijabi dengan aktiviti berasaskan air.

Dibina dari fabrik warp-knit, koleksi Nike Victory Swim adalah ringan, bernafas dan cepat kering. Faedah untuk atlet yang mencari perlindungan matahari dengan rating UPF 40+ kepala hingga ke kaki.

IKLAN
“Sport Bra yang terbina di dalam pakaian renang padanan yang sempurna. Segalanya mudah, cepat dan efektif.” Ikram Abdi Omar – Model

Kedua-dua Nike Victory Full-Coverage Swimsuit dan Nike Tide Swim Tunic Top mempunyai sport bra berserta dengan perforated cups. Sama seperti bahagian atas pakaian renang ini, Nike Victory Swim Leggings mencerminkan siluet yang sederhana namun membolehkan kelajuan dan ketangkasan tanpa berpaut berlebihan.

IKLAN

The Swim Hijab mempunyai poket berjaring bersepadu yang memegang rambut di seluruh pergerakan bawah air. Ini terbukti apabila ramai atlet seluruh dunia yang menguji Nike Victory Swim merasa kagum.

IKLAN

Zahra Lari Pemain Ski Ais United Arab Emirates berpendapat koleksi ini, membantu beliau melakukan aktiviti berenang dengan baik dan lebih berkeyakinan kerana material fabriknya amat berbeza dengan pakaian renang yang sedia ada di pasaran.

Hijabi yang masih tercari-cari pakaian renang yang sesuai nantikan koleksi terbaharu dari Nike ini di pasaran pada 1 Februari 2020 di stor-stor terdekat dan di laman web nike.com.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI