Pic Hiasan sumber FVBasic, Duckcosmetic dan creation IO

 

Dah selesai membeli-belah untuk Syawal yang bakal menjelma? Atau anda lebih suka berbelanja pada saat akhir? Apa kata lengkapkan gaya OOTD raya anda penuh glamor dan menawan dengan aksesori terbaru ini dan pandanan baju raya anda!

Untuk Si Pemakai Baju Kurung

Mari Raya Bergaya Dengan Penuh Stail Dengan Aksesori Penuh Glamor. Ini Panduannya, Barulah Lengkap OOTD!
Baju kurung Koleksi Raya Nala Design dan Aksesori EMPORIO ARMANI GIANNI T-BAR AR11225

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sama seperti peribahasa ini, rekaan baju kurung masih menjadi pilihan penggemar pakaian tradisi. Bagi menyerlahkan lagi sisi kewanitaan anda, gayakan baju kurung anda tak kira yang lama atau baru bersama-sama salah satu daripada jam-jam ini yang akan menyerlahkan personaliti anda dengan perincian bentuk serta angka unik dan dial jam tangan yang tersendiri!

Ads
Mari Raya Bergaya Dengan Penuh Stail Dengan Aksesori Penuh Glamor. Ini Panduannya, Barulah Lengkap OOTD!
Koleksi Teh Raya dari Nala Design dipadankan dengan jam tangan Michael Kors Sofie Smart Wach 2.0 MKT5068. Solekan mata terserlah dari Ember Eyeshadow Palette (X-Men Dark Phoenix)

Tampilkan gaya mempesona anda dengan Nala Raya

Nala Raya ini merupakan cetusan inspirasi daripada budaya minum teh dan kopi di Malaysia yang berakar umbi daripada pedagang seluruh dunia yang belayar ke pelabuhan negara kita. Diberi nama “Kopi Teh”, koleksi ini memberi penghormatan kepada warisan ini dengan corak berilhamkan rekaan bunga-bungaan daripada cawan porselin serta kekisi dan kerja jubin yang teliti ketika era kopitiam terdahulu, serta diberikan nama mengikut pelbagai jenis teh kegemaran.

Nala membawakan corak kontemporari dari masa silam, dengan setiap rekaan tangan punya jiwa yang menarik perhatian semua daripada pelbagai latarbelakang dan tak lapuk dek zaman,” kata Lisette Scheers, pengarah kreatif dan pengasas Nala.

Ads

Team Baju Kedah

Mari Raya Bergaya Dengan Penuh Stail Dengan Aksesori Penuh Glamor. Ini Panduannya, Barulah Lengkap OOTD!
Kurung Kedah dari FV Basics di gayakan dengan TORY BURCH IZZIE TBW3015

Rekaan Baju Kedah yang mempunyai lengan tiga suku sudah tentu akan menyerlahkan apa sahaja aksesori yang digayakan pada lengan anda, termasuklah jam tangan. Cukup beranikah anda untuk menggayakan jam tangan dengan warna terang dan rekaan unik bagi menonjolkan Baju Kedah yang dipakai? Padankan koleksi jam tangan ini dengan Baju Kedah yang bercorak bunga-bungaan untuk menonjolkan stail yang eklektik.

Mari Raya Bergaya Dengan Penuh Stail Dengan Aksesori Penuh Glamor. Ini Panduannya, Barulah Lengkap OOTD!
Jam tangan FOSSIL SCARLETTE MINI ES4593 terserlah dengan kurung Kedah rekaan Dato Radzuan Radziwill. Koleksi lengkap gaya raya tas tangan dari Mel & Molly.

Gayakan Kebaya Dengan Lebih Elegan

Mari Raya Bergaya Dengan Penuh Stail Dengan Aksesori Penuh Glamor. Ini Panduannya, Barulah Lengkap OOTD!
Kree Embun Kimono Kuring anggun padanan jam tangan Emporio Armani Modern Slim AR11232

Bagi yang mempunyai citarasa penuh elegan, gayakan Baju Kebaya bersama-sama jam tangan dengan rona two-tone atau monokromatik ini untuk perincian yang unik dan bergaya yang sesuai dipadankan dengan kebaya moden berwarna-warni mahupun yang tradisional.

Ads
Mari Raya Bergaya Dengan Penuh Stail Dengan Aksesori Penuh Glamor. Ini Panduannya, Barulah Lengkap OOTD!
Tambah gaya Kebaya Bawang Set In Sacramento Green seutas jam Kate Spade Holland KSW1529 Emerald Green lembutkan pandangan dengan Hijab dari DuckScarves Pretty Chiffon Crepe.

Raya Sedondon

Mari Raya Bergaya Dengan Penuh Stail Dengan Aksesori Penuh Glamor. Ini Panduannya, Barulah Lengkap OOTD!
Raya sedondon dengan pasangan, baju melayu En Suami dari Khatam dan Si Isteri PetraRTW. En Suami tambah aksesori yang tampan di hari raya jam tangan dari FOSSIL THE MINIMALIST FS5554.

Serlahkan stail anda dengan menggayakan Baju Melayu bersama jam tangan versatil dan klasik yang sesuai dipakai tak kira untuk kegunaan harian atau sambutan istimewa. Sebagai alternatif, cuba padankan jam tangan yang mempunyai tali jam berstail jalur atau monogram untuk lebih menonjol.

Mari Raya Bergaya Dengan Penuh Stail Dengan Aksesori Penuh Glamor. Ini Panduannya, Barulah Lengkap OOTD!
Seutas jam tangan EMPORIO ARMANI RENATO AR11233 emerald green buat pasangan yang pilih tema nude cukup menaikkan seri gaya raya. Busana isteri dari Rizman Ruzaini kolek si rayaa manakala pasanganya RAFA top dari aeremen.

Kurta Pilihan Ramai

Kurta tetap menjadi pilihan, tampak ringkas namum lengkap bergaya dengan koleksi  jam tangan sports yang lasak atau jam tangan berwarna-warni ini yang boleh menyerlahkan stail kurta yang ringkas namun masih menyerlahkan personaliti anda.

Mari Raya Bergaya Dengan Penuh Stail Dengan Aksesori Penuh Glamor. Ini Panduannya, Barulah Lengkap OOTD!
Kurta FvBasic digayakan dengan SKAGEN AAREN KULOR SKW6510.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI