Anda penggemar warna putih dan suka memakai baju dalam tona warna ini kerana ia melambangkan kebersihan, kesucian dan tampak lebih kemas.

Tapi pernah tak Hijabi alami baju putih ‘rosak’ akibat turun warna kerana terlupa nak asingkan baju putih dan baju bewarna ketika mencuci?

Haa.. Jangan khuatir sis! Baju kesayangan tu masih lagi dapat diselamatkan, hanya gunakan dua bahan ni je! Teknik nak laksanakanya pun begitu mudah sekali. Hijabista kongsikan semula tip perkongsian dari salah seorang pengguna TikTok.

Hanya Perlukan Dua Bahan Ni, Pasti Baju Putih Kembali Berseri!

Baju Putih ‘Rosak’ Turun Warna Ketika Dicuci Hingga Bercapuk? Selamatkan Dengan Dua Bahan Mudah Ni Sis!

Bahan-Bahan
1. Air Panas Menggelegak
2. Sabun Pencuci Pakaian

@byemmaadriana Cara hilangkan kesan luntur pada baju putih..🥰 #petua #hilangkankesanluntur #masukberanda #surirumah #gengsurirumah #surirumahsepenuhmasa #fypmalaysia #tiktokmalaysia #fypmalaysia🇲🇾 #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽 – 𝙙𝙚𝙙𝙚 𝙚𝙣𝙮 𝙢𝙪𝙨𝙞𝙘

Macam tak percaya kan.. Betul ke guna dua bahan ni je boleh putihkan semula baju dan keluarkan semua warna yang luntur yang menyebabkan baju putih tu bercapuk warna?

Kalau nak tau berkesan atau tak, cuba anda lakukan sendiri di rumah, langkah dan teknik untuk mengeluarkan warna baju yang berbelak tu pun teramat muda! Di sini Hijabista kongsikan langkah-langkahnya.

Cara-Cara Mengeluarkan Warna Capuk Pada Baju Putih

Baju Putih ‘Rosak’ Turun Warna Ketika Dicuci Hingga Bercapuk? Selamatkan Dengan Dua Bahan Mudah Ni Sis!

Ads

Langkah Pertama – Apa yang anda perlu lakukan adalah jerang air sehingga masak menggelegak menggunakan periuk besar atau yang bersesuaian terlebih dahulu.

Baju Putih ‘Rosak’ Turun Warna Ketika Dicuci Hingga Bercapuk? Selamatkan Dengan Dua Bahan Mudah Ni Sis!

Langkah Kedua – Bila air dah menggelegak, boleh masukkan satu penutup sabun pencuci biasa, tak kira dari jenama apa. Sebaiknya gunakan sabun jenis cecair (Liquid Detergent).

Jangan gunakan peluntur (Bleach) kerana asid yang terdapat dalam peluntur hanya akan memakan fabrik baju dan menjadikan baju mudah reput!

Baju Putih ‘Rosak’ Turun Warna Ketika Dicuci Hingga Bercapuk? Selamatkan Dengan Dua Bahan Mudah Ni Sis!

Ads

Langkah Ketiga- Setelah masukkan sabun pencuci, bolehlah masukkan baju putih yang dah tercemar kesucianya dengan tompokkan warna tu. Rebus baju seketika sekitar 5 hingga 10 minit.

Artikel berkaitan: Kolar Baju Lama ‘Kembang Semangkuk’, Jangan Buang! Lelaki Ini Kongsi Cara Baikinya, Guna Dua Bahan Di Rumah Je

Baju Putih ‘Rosak’ Turun Warna Ketika Dicuci Hingga Bercapuk? Selamatkan Dengan Dua Bahan Mudah Ni Sis!

Langkah Keempat – Pastikan anda bolak balik kan baju tersebut agar sabun dapat mengeluarkan warna yang terpalit pada baju putih tu. Kalau tompokkan agak degil, bolehlah masukkan secamca soda bikarbonat untuk membantu menanggalkan warna dengan lebih berkesan.

Baju Putih ‘Rosak’ Turun Warna Ketika Dicuci Hingga Bercapuk? Selamatkan Dengan Dua Bahan Mudah Ni Sis!

Ads

Langkah Kelima – Bila dah nampak air dalam periuk jadi berwarna, boleh lah tutup api dapur, angkat baju tersebut dan bilas menggunakan air sejuk. Sekiranya masih terdapat kesan warna yang sukar tanggal, boleh lah berus kawasan bercapuk tu hingga warnanya tanggal.

Bilas baju hingga bersih dan tiada kesan sabun yang tertinggal, perah dan gantungkan diampaian untuk tujuan pengeringan.

Bila dah kering nanti pasti anda gembira dengan hasilnya, tiada lagi tompokan warna luntur pada baju, malah baju putih akan jadi berseri seperti baru tau, selamat mencuba!

Sumber: Tik Tok @Emma Adriana

Artikel berkaitan: Bukan Main ‘Berdaki’ Lagi Kesan Peluh Di Kolar Baju Putih Ini, Perah Jus Lemon Confirm Hilang!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI