Tampil anggun bergaya dalam persalinan Wan and Mary pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 33), Wany Hasrita akui sudah bersedia dengan segala kecaman yang bakal diterima mengenai penampilannya itu.

Menerusi laman sosial, ramai netizen yang memberikan kritikan mengenai busananya itu yang disifatkan seperti ahli Persatuan Puteri Islam dan kek bercorak Barbie.

“Sejujurnya saya sudah bersedia dari segi mental untuk orang bercakap mengenai baju ini. Jadi, saya okay saja.

“Lagi-lagi tudung itu memang sengaja begitu. Kalau lilit leher nampak dan dada orang mengata pula. Jadi, buat saja yang penting kita selesa dan masih menutup apa perlu ditutup.

IKLAN

“Sebenarnya tak ada nak terasa hati langsung apabila orang berkata mengenai baju. Sebab saya memang sedia maklum pemiihan baju kali ini adalah bebeza daripada sebelum ini,” katanya yang telah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular pada malam itu.

Selain itu, Abu Shaef Hamza yang merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk menata gaya pada malam itu mendedahkan bahawa ia merupakan permintaan Wany sendiri untuk menjadi seperti Barbie Muslimah.

“She wants to be Barbie Muslimah (Dia nak menjadi Barbie Muslimah),” jelasnya.

Pereka busana tersebut telah menggunakan kain sepanjang 100meter bagi menghasilkan kain berwarna ungu yang digayakan Wany pada malam acara berkenaan.

Walaupun penampilannya dikecam, namun tidak kurang ramai juga yang memuji gayanya iu yang disifatkan sejuk mata memandang dan menutup aurat.

kredit: Harian Metro