Tampil anggun bergaya dalam persalinan Wan and Mary pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 33), Wany Hasrita akui sudah bersedia dengan segala kecaman yang bakal diterima mengenai penampilannya itu.
Menerusi laman sosial, ramai netizen yang memberikan kritikan mengenai busananya itu yang disifatkan seperti ahli Persatuan Puteri Islam dan kek bercorak Barbie.
“Sejujurnya saya sudah bersedia dari segi mental untuk orang bercakap mengenai baju ini. Jadi, saya okay saja.
“Lagi-lagi tudung itu memang sengaja begitu. Kalau lilit leher nampak dan dada orang mengata pula. Jadi, buat saja yang penting kita selesa dan masih menutup apa perlu ditutup.
Ads
“Sebenarnya tak ada nak terasa hati langsung apabila orang berkata mengenai baju. Sebab saya memang sedia maklum pemiihan baju kali ini adalah bebeza daripada sebelum ini,” katanya yang telah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular pada malam itu.
Selain itu, Abu Shaef Hamza yang merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk menata gaya pada malam itu mendedahkan bahawa ia merupakan permintaan Wany sendiri untuk menjadi seperti Barbie Muslimah.
Ads
“She wants to be Barbie Muslimah (Dia nak menjadi Barbie Muslimah),” jelasnya.
Ads
Pereka busana tersebut telah menggunakan kain sepanjang 100meter bagi menghasilkan kain berwarna ungu yang digayakan Wany pada malam acara berkenaan.
Walaupun penampilannya dikecam, namun tidak kurang ramai juga yang memuji gayanya iu yang disifatkan sejuk mata memandang dan menutup aurat.
Tiba masa nak pakai pakaian kegemaran, habis kotor!! Mesti anda ada terfikir bagaimana cara untuk anda mengelak daripada tudung atau baju kotor selepas basuh tudung guna mesin basuh?
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
Ramai pasti yang mengalami masalah ini. Anda pasti akan merasakan pelik apabila basuh baju kegemaran tiba-tiba nak ambil tu jadi lebih kotor terutama sekali apabila pakaian anda berwarna cerah. Jangan risau! Anda boleh mencuci mesin basuh ini sehingga bersih.
Tak ramai yang tahu sebenarnya cuci mesin basuh tidak perlu memakai tenaga yang banyak. Para wanita, jangan risau sebab anda boleh buat sendiri tanpa bantuan. Walaupun hakikatnya mesin basuh mempunyai fungsi di mana membersihkan pakaian kotor tetapi sisa kotoran pada pakaian sebelum ini pasti melekat pada penapisnya.
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
Tular di sosial media Tiktok video seorang lelaki bernama Along Hazirin menunjukkan cara mencuci kotoran mesin basuh mudah sahaja. Jangan risau kerana ini adalah cara-caranya:
1. Bersihkan penapis mesin basuh bahagian tepi
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
Jika anda melihat di bahagian tepi mesin basuh pasti ada penapis atau filter di situ. Itu adalah penapis segala kotoran dan juga habuk pada pakaian ketika prose membersih. Anda hanya perlu mencabut penapis dari mesin basuh itu. Kemudian bawa penapis tersebut ke singki atau bilik air untuk dicuci sehingga bersih bahagian luar dan dalamnya.
Kemudian setelah bersih, pasang semula penapis pada tempat asalnya. Sedikit tip, anda perlu membasuh penapis luar dan dalam sebulan sekali pun sudah okay. Ini untuk mengelak dari adanya kekotoran hitam berlendir. Pasti anda akan rasa geli!
2. Bersihkan penapis bahagian bawah
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
Apabila anda selesa, bersihkan pula ‘penapis’ di bahgian bawah. Sekali pandang anda tidak nampak tetapi apabila buka ia penuh dengan kekotoran dan keladak yang terkumpul di bawah itu juga.
Caranya adalah:
Anda perlu buka dahulu bahagian bawah tersebut dan anda perlu mengumpil menggunakan alatan yang sesuai.
Kemudian anda perlu membuka skru yang ada dengan pemutar skru!
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
Seterusnya, cabut penapis dan bawa keluar untuk dicuci bersih.
Sementara itu, bahagian dalam mesin basuh, anda perlu menekan butang ‘on’ biarkan air mengisi di dalam mesin basuh sekejap.
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
Air tidak perlu penuh, asalkan ada untuk anda menggosok mesin yang kotor dengan span. Pastikan untuk tekan butang ‘off’ sebelum anda membersihkannya.
Keluarkan air takungan kotoran dengan menekan butang ‘spin’ di mesin basuh anda.
Anda boleh menggunakan air sabun jika mahukan lebih bersih.
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
Setelah selesai basuh, boleh pasang semula seperti asal dan sudah siap!
Mudah dan cepatkan cara untuk membasuh mesin basuh yang kotor? Jadi apa lagi, anda boleh luangkan masa untuk membasuh mesin basuh dari kekotoran pakaian. Nanti lebih bersih dan tak gatal-gatal bada bila anda memakainya. Senang kata, baru rasa terjamin bersih mencuci apa-apa pakaian. Perkongsian video ini juga mendapat lebih 1 juta penonton. Selamat mencuba semua!
Menurut Paula, ia juga adalah perkara paling utama dalam kehidupan seorang wanita.
“Bagi saya, wanita perlu berdikari. Itu sangat penting,” kata Paula.
“Dalam agama kita juga diajar untuk tidak bergantung kepada manusia. Tetapi pada dasarnya kita harus tahu untuk berdikari,” kongsi Paula di saluran Youtube Ana Sofa Yuking, baru-baru ini.
Korea memang menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai. Banyak sangat tempat menarik untuk dilawati di sana termasuk lokasi pengambaran kdrama popular. Selain terkenal dengan keindahan alam, Korea juga ada pelbagai kafe unik untuk diterokai. Dan yang paling penting sekali, menjadi lokasi yang cantik untuk bergambar. Pastinya sempurna untuk instagram anda!
Di laman twitter Adris Insyiraah, gadis ini telah menyenaraikan pelbagai kafe yang cantik di sana. Bukan hanya cantik malah menu yang disediakan juga menyelerakan.
1.Stylenanda Pink Pool Cafe 2.Creamfields Cafe
3. Beans Bins
4.Guylian Cafes
4.Better Than Waffles Cafe 5.Le Bread Lab
6.The Allla Cafe
7.Oui Cafe Chuncheon 8.Midnight In Seoul Cafe
Lepas ini bolehlah hijabi membuat checklist kalau nak bercuti nanti. Tak rugi berkunjung ke tempat menarik sebegini di negara orang. Selamat bercuti hijabi!
Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang...