Dianggap Sebagai ‘Taman Bergerak’, Netizen Terpukau Dengan Baju Aina Abdul Di AJL 36!

Share

Meskipun hanya membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Popular di Anugerah Juara Lagu-36 semalam, namun Aina Abdul tetap memenangi gaya fesyen yang paling unik dan epik dipentas yang berprestij itu.

Sumber gambar: TV3 Malaysia

Tampil dengan sebuah busana yang sarat dengan perincian flora persis sebuah taman bunga, Aina Abdul sekali lagi berjaya membuat kejutan tentang gaya fesyennya ketika mendendangkan lagu duet bersama Khai Bahar, Nafas Cinta. Tidak terhitung jumlah bunga, ranting serta daun yang digunakan untuk menghasilkan sebuah karya berkualiti itu, Melinda Looi, pereka fesyen yang ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab menyempurnakan rekaan itu ternyata bijak dan berjaya menjadikan Aina Abdul sebagai fokus pada malam itu! Menjadi perhatian ramai serta lensa kamera, Aina Abdul seorang ikon fesyen yang berani!

Sumber gambar: Badrul Azhar
Sumber gambar: Badrul Azhar
Sumber gambar: Badrul Azhar

Pentas Anugerah Juara Lagu-36 menjadi bukti bahawa bukan sahaja suara Aina Abdul yang bisa memukau ramai orang, namun gaya fesyennya yang sentiasa berbeza dari atas hinggalah ke bawah menjadi topik yang diperkatan orang ramai terutamanya di media sosial.

Sumber gambar: Melinda Looi
Sumber gambar: Melinda Looi

Ramai yang begitu teruja apabila melihat gaya fesyen flora persis sebuah taman yang menyinari pentas berprestij itu. Turut dilabel sebagai ‘taman bergerak’, rata-rata netizen memuji dengan keberanian Aina mengenakan busana itu.

Aina Abdul berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 36 dengan dua buah lagunya iaitu Sepi dan Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar. Aina Abdul dinobatkan sebagai Vokal Terbaik dan membawa pulang sebuah trofi bersama-sama dengan wang tunai sejumlah RM 12,000. Malah, Aina Abdul dan Khai Bahar juga turut dinobatkan sebagai Penyanyi Pilihan Popular.

 

Published by
Putra