Ramai hijabi muda kini menjadikan percutian bajet sebagai trend masa kini. Kalau dulu agak sukar untuk bercuti ke luar negara kerana bajet agak mahal dan maklumat terhad. Tetapi kini tiada masalah, malah jika dapat bajet yang paling murah amat berbaloi. terasa keseronokan sekiranya dapat pergi teman-teman yang sekepala. Boleh lupa masalah lain seketika.
Seperti yang berlaku pada hijabi ini yang berpeluang melawat beberapa negara Asean tanpa sebarang masalah. Malah lebih meyeronokkan bajet yang diperuntukkan tidak sampai RM700 untuk pakej selama 7 hari 6 malam. Lengkap termasuk pengangkutan, hotel dan makan sepanjang berada di tiga negara itu.
Pasti ramai yang cemburu dengan percutian bajet gadis ini. Dia tidak lokek berkongsi bagaimana trip kali ini yang cukup bermakna kerana dapat melawat beberapa tempat bersejarah.
Ayuh, kita lihat itinerari lengkap beserta bajet sepanjang 7 hari 6 malam berada di sana.
PENANG • THAILAND • CAMBODIA • VIETNAM
(7DAYS + Hotel + Transportation Rm686.15)
Hello Thailand (by train) (RM147.20) Day1
Hello Bangkok (Rm30.6) Day2
– Arrive Hua Lamphong Station Bangkok at 11am, dekat food court situ ada makanan halal so boleh stop makan dekat situ dulu
– Check in Backpackers hostel dekat Inn Station Hostel Rm30.60 (lawa and dekat je dengan station Hua Lamphong)
Next, Hello Cambodia (Rm84.29) Day3
– Bangkok – Aranyaprathet (48 baht, Rm6) nak pergi border nak masuk Cambodia train paling awal pukul 5:55am selama 6 jam
– Sampai border ambil tuk tuk to Cambodia border sebab jauh dalam 6km, korang nego la murah murah, kita orang dapat 80baht/tuktuk (Rm10)
– Masuk jalan kaki cop passport, then jalan kaki pergi dekat free bus shuttle to terminal bus
– Sampai terminal bus (terminal bus paling krik krik, tak ada orang kot) beli tix bus ke Siem Reap, disebabkan tak ada orang, ada foreigners yang naik bus sekali dengan kita orang je, kita orang beli tix harga 10USD, Rm38.80 bus on the spot) if tak sepatutnya harga 9usd at 3pm
– Sepanjang perjalanan dapat tengok Cambodia punya surroundings, rasa speechless, rasa bersyukur dengan negara sendiri, cara pembangunan negara dorang, jauh beza. Cambodia padai US dollar tau, jarang pakai duit dia, kadang ada pakai Thailand baht.
– So sampai Siem Reap, check in hostel chill backpackers 11.2$ 2 nights for two people & rent a bicycle 2$/day nak jalan jalan pergi night market sebab jauh jugak dari hostel kita orang
Hello Phnom Penh Capital of Cambodia (Rm158.50) Day4
– Ambik tuktuk round the city (10$ for two people) tak pergi Angkor Wat sebab mahal gila entrance dia, 37USD = Rm160+-
– Untuk pergi ke Vietnam kita orang ambik bus (Giant Ibis, service 5)
– 2 stop (Siem Reap – Phnom Penh, sleeper bus) & ( Phnom Penh – Ho Chi Minh) Rm139.10
Hello Vietnam – (Rm83.24) Day5
– Dari Siem Reap, pagi pukul 7am sampai di Phnom Penh, lepak jap jalan area situ sementara tunggu bus pukul 8am ke Ho Chi Minh, nanti masa naik bus, pekerja dia akan briefing, mintak & pegang passport kita, nanti nak masuk border Vietnam dia akan uruskan, kita follow je dia.
– Sampai di Ho Chi Minh pukul 5 petang sebab jalan jammed teruks dengan motosikal, hon sana sini lagi,
– Drop dekat office Giant Ibis, lepas tu terus survey beli tiket bus nak ke Mui Ne pagi esok, nak murah & trusted company beli dekat Hanh Cafe dalam 360K VD return (Rm63.36)
– Check in Hotel Saigon Inncrowd 226K VD for two person (Rm19.88)
hari ke 6 masih di Ho Chi MInh
Hello Mui Ne ( ala ala Dubai )(Rm44) Day6
– Ho Chi Minh Mui Ne 7am
– Check in Victory Guest House 260K VD (share for two / Rm22.88)
– Jeep Tour 120K (Rm21.12)
– Cover 4 tempat famous (Fish Village, Fairy Stream, White Sand Dunes & Sunset at Red Sand Dunes) sila bawak air minerals
Going back to Ho Chi Minh & Malaysia (Rm138.32) Day7
– going back to Ho Chi Minh & Ben thanh market untuk shopping2
– Dekat Ben Thanh Market nak murah cari kedai dekat luar Market tu, situ pon ada kedai halal boleh google
– Nak jimat punya pasal, lepas habis shopping terus pi airport naik grab tunggu flight pagi esok (Rm9.51/each)
– Vietnam – KUL (Rm128.81)
KREDIT FOTO: FACEBOOK HAJAR SEKERI