Ada yang kata kalau jenis yang pakai kaca mata ini sebenarnya adalah satu kecacatan. Maklumlah pandangan tidak berapa bagus dan terpaksa menggunakan kaca mata bagi membolehkan pandangan lebih jelas dan cerah. Namun ada yang tidak begitu gemar memakai kaca mata kerana seperti ada gangguan di tepi telinga.
Jadi terpaksalah menggunakan kanta lekap untuk memastikan penampilan lebih cantik dan menawan. Namun cara penggunaannya membuatkan ramai yang tidak selesa kerana ia perlu dijaga sebaiknya. Jadi alternatif lain untuk tidak menggunakan kaca mata atau kanta lekap adalah pembedahan mata secara lasik.
Seperti perkongsian lelaki ini, Muzaimil Huzairi yang sudah lapan tahun memakai kaca mata dan akhirnya dapat kembali ‘matanya’ setelah membuat pembedahan lasik. Menurutnya pandangan terus jadi cerah dan paling seronok silau juga hilang.
26/10/2018 – Lasik Surgery. Sampai klinik & last day pakai spec!
SELAMAT TINGGAL RABUN ==== MY LASIK REVIEW
Nak dekat 8 tahun pakai spec. Alhamdulilah dapat balik “mata” . Lepas buat lasik surgery ni mata kembali macam asal nampak clear terus & paling seronok bila silau pun hilang sekali.
Sebelum tu, dulu memang seorang yang rabun jauh. Mula pakai spec masa spm kalau tak silap. Tapi masa tu pakai pun “on off” saja sebab power masa tu takda la teruk sangat.
Sampai atas, pakai baju & hat ni. Nanti nurses akan suruh tunggu dalam waiting room. Masa ni orang first dah masuk operation room.
Rabun sampai kena pakai kaca mata sepanjang masa
Bila sambung belajar di universiti, mata semakin rabun sampai kena pakai sepanjang masa. Mungkin salah satu sebab masa belajar tu memang boleh katakan tiap hari menghadap laptop (kos graphic design mmg tak lari dengan laptop). Bila hari hari tengok laptop, rabun pun makin lama makin teruk. Power makin naik. Tapi masa ni belum terfikir nak buat “lasik surgery” lagi. Tak pakai spec masih boleh nampak tapi blur blur ? so masa tengah tak pakai spec, kalau ada yang melambai atau tegur tapi tak dilayan minta maaf ye hahahaha rabun la katakan.
Dah habis belajar, masuk alam pekerjaan pulak. Power makin naik lagi (last check sebelum lasik hari tu power dah nak dekat 300). Lepas tu terfikir nak buat lasik surgery, tapi modal belum ada jadi hold kejap. Bila dah ada saving sikit, baru lah mula survey tempat mana yang ada buat lasik ni (Dr. Muhaya, UIA Kuantan, Pusat Pakar Mata Abdul Razak & Advance Vision Eye).
After dah dapat result dari survey tadi, then consider dari segi cost/location, puas hati dengan review dari customer yang pernah buat kat tempat tu & kos yang paling murah (nak dibezakan dengan tempat lain ). Akhirnya buat keputusan untuk buat “pembedahan lasik” di Advance Vision Eye Specialist Centre dekat Damansara Utama.
27/10/2018 – Sehari selepas surgery. Jangan takut sebab tak sakit, cuma mata susah nak bukak.
Ini cara yang perlu dibuat untuk proses selanjutnya
1). Benda pertama kena buat, call tempat tu tanya macam mana procedure. Mereka setkan date & minta kita datang kesana. Kali pertama sampai sana, ada sorang consultant yang akan terangkan pasal procedure, kaedah & kos untuk buat pembedahan lasik. (FOC)
Ads
2). Lepas dah diberikan penerangan, next step adalah “eye screening test”. Boleh buat pada hari yang sama masa kali pertama datang ke sana atau lain hari. Jadi, abang buat “eye screeningt test” ni di lain hari. Call & set appointment semula. Bila sampai sana, macam biasa akan ada consultant yang akan buat “eye screening test” secara manual & komputer. Test ni adalah untuk menentukan sama ada kena buat “normal lasik surgery” atau “custom lasik surgery”. Based on kita punya ketebalan lapisan kornea mata. Lepas dah settle test dengan consultant, nanti kita akan jumpa Dr (dia yang akan decide sama ada kita akan buat normal or custom lasik surgery).
Untuk makluman semua, “eye screening test ni kosnya RM80.00. Lepas dah buat test tu, terpulang sama ada nak terus proceed dengan surgery atau tak. Kalau tak, kos RM80.00 tak dipulangkan ye. Kalau nak proceed, masa ni dah boleh booking and buat deposit sebanyak RM400 (in cash).
Dapat info dari mereka, untuk pembedahan lasik ni mereka dah tak guna kaedah pisau/blade untuk buka lapisan kornea mata tu (seramkan dengar hahahaha). Jadi makna kata, dekat sana sekarang mereka guna kaedah fully laser atau bladeless masa pembedahan lasik ni (serious tak sakit ).
30/10/2018 – On the way to klinik. Check up selepas seminggu surgery & untuk remove contact lens.
Pembedahan hanya dibuat pada hari Jumaat sahaja
Jadi bila dah fikir punya fikir, nekad untuk teruskan. Maka… satu tarikh telah dilock untuk pembedahan lasik (26/10/2018) – Jumaat. Pembedahan lasik memang akan dibuat pada hari jumaat saja.
3). Sebelum hari kejadian, kita akan ke sana untuk final checking satu atau dua hari sebelum (boleh pilih sama ada hari rabu atau khamis). Dan masa ni jugak kita akan bayar terus full payment
26/10/2018, terus ke ke sana ditemani my siblings (sebab diberitahu bila selesai pembedahan kita memang tak boleh memandu). So sekarang cuma tunggu turn untuk naik tingkat atas & masuk ke operation room.
Ads
Tunggu punya tunggu (boleh tahan lama jugak sebab ramai) nama dipanggil. Naik ke tingkat atas, tukar baju & tunggu dalam waiting room. Masa tu dia panggil tiga orang sekali. Saya orang kedua . Masa orang pertama tengah buat pembedahan, nurse panggil tunggu dekat luar untuk get ready (masa tu macam macam doa dah baca, cuak punya pasal). Masa kat luar tu, nurse akan titiskan ubat bius dekat mata. Rasa kurang selesa sikit & mata rasa macam mengembang.
Tadaaaa! Namaaaaaa dah dipanggil untuk masuk dalam operation room. Masa ni tengok muka nursee and Dr pun tak nampak sangat (sebab dah kena tanggalkan spec). Dr kat situ sangat ramah and banyak borak, mungkin dia nak kasi hilang cuak kot. So I am ready untuk lasik surgery!
Masa ni seronok sebab dah boleh tengok bola tanpa spec hahahahaha kalau tak jenuh! Nampak clear pemain atas padang & masa dekat scoreboard tu.
Pembedahan dibuat dalam keadaan sedar. Serius memang tak rasa sakit.
Untuk makluman semua, pembedahan dibuat dalam keadaan sedar. Dr cuma minta kita stay cool and jangan banyak gerak. Kita akan dibaringkan, Dr akan mulakan dengan mata kanan dulu & kemudian mata kiri. Masa ni lah tembakan “laser” dibuat. Dr pesan mata focus pada laser tu saja jangan gerakan mata. Tak sakit, cuma ada bau bau hangit hahahahaha. Tapi betul tak sakit. Pembedahan ni ambil masa kira kira 6-10 mins untuk kedua dua mata.
Alhamdulilah lega bila dua dua mata dah “ditembak” laser. Selesai semua, buka mata dan terus nampak muka nurses dengan Dr dengan jelas (masa ni penglihatan sekitar 40-50 percent). Macam wow!
Selesai semua urusan, turun kebawah semula untuk ambil ubat & appointment card untuk rawatan susulan. Boleh balik!
Ads
Bila sampai ja sana, akan dapat paper bag & dapat banyak ubat ni nanti hahahaha
4). Tapi esoknya kena datang lagi untuk berjumpa dengan Dr untuk pemeriksaan lanjutan. Sebelum nak keluar, memang akan kena pakai spec yang betul betul gelap sebab mata tak boleh direct kena pada matahari. Dalam perjalanan dalam kereta, mata sedikit tak selesa macam ada pasir & akan berair ja macam orang menangis.
Sampai rumah terus titiskan ubat, makan ubat tahan sakit/gatal & terus tidur dalam 3-4 jam atas nasihat Dr. Bila bangun, mata still susah nak buka dan masih berair (2 hari jugak macam tu). Risau jugak hahahaha so call klinik, mereka cakap itu normal. Masuk hari ketiga keempat mata dah boleh buka & penglihatan dah boleh tengok sikit sikit.
Lama kelamaan… Alhamdulilah! Penglihatan dan semakin jelas and macam tak percayaaaaa dah boleh tengok tv tanpa spec. Even mata macam kabur sedikit tapi semakin jelas dan jelas. Alhamdulilah dah dapat “mata” balik.
5). Ok sebelum tu, untuk pengetahuan semua. Lepas surgery ni, akan ada check up dengan Dr. So, memang kena ready dari segi masa sebab buat hari biasa weekdays. Check up atau ujian mata ni ada tempoh dia, seminggu selepas pembedahan (wajib datang), sebulan (wajib datang), tiga bulan (terpulang) & enam bulan (terpulang). Oh ni lifetime warranty ya!
Tadaaaa, no more spec!
Lepas 4 bulan penglihatan betul-betul jelas dan silau pun hilang. Total kos hanya RM2,888
Now 4 month+ after lasik surgery, mata dah betul betul jelas dah boleh lihat 100%. Silau pun hilang. Pada kawan kawan yang nak buat, teruskan. Oh lupaaaa nak bagitau ?? saya buat normal lasik surgery sebab power masih bawah “500”. Custom surgery tu untuk siapa yang powernya atas “500”.
6). Untuk kosnya semua RM2888 untuk kedua mata. Setakat survey, tempat ni terpaling murah & dapat review yang sangat baik. Deposit diperlukan sebanyak RM400. Untuk custom surgery kosnya sedikit mahal, RM5588. So siapa yang powernya masih bawah 500, cepat cepat buat!
7). Ramai yang akan tanya,sakit tak masa pembedahan tu? Jawapannya, semestinya la tak! Cuma sakit sikit nak cari modal tapi Inshaallah berbaloi kerana nikmat mata yang tak ternilai. Sekarang dah boleh tengok tv & drive tanpa spec, say no more!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Peristiwa teragung dan paling istimewa dalam sejarah umat Islam ialah pada malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 17 Ramadan. Peristiwa ini juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati.
Dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3-4, Allah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar)’’.
Agama Islam menjadi agama yang menekankan pentingnya penghayatan dan kesedaran umatnya berbanding memaksa menjalankan ritual-ritual keagamaan tanpa disertai dengan pemahaman yang secukupnya terhadap pesanan kandungan al-Quran dan sunnah Nabi.
Ramadan turunnya Al Quran
Ramadan mempunyai nilai sejarah yang begitu besar dalam kehidupan umat Islam kerana telah diturunkan al-Quran sebagai panduan sepanjang hayat.
Kita mengingati sejarah turunnya al-Quran sebagai pedoman yang memandu seluruh kaedah dan amalan hidup kita dalam konteks mengukuhkan “proses perhambaan kepada Allah SWT”, tatacara menyusun kehidupan lebih bermakna dengan orang lain atau bermasyarakat dan seterusnya perjalanan menuju kehidupan yang lebih kekal.
Hikmah di sebalik peringatan Nuzul al-Quran ini bertujuan antara lain:
Pertama: Membersihkan akal dan menyucikan jiwa dari segala bentuk syirik serta memantapkan keyakinan tentang keesaan yang sempurna bagi Tuhan sekalian alam, keyakinan yang tidak semata-mata sebagai suatu konsep teologi tetapi falsafah hidup dan kehidupan umat manusia.
Kedua: Mengajarkan kemanusiaan yang adil dan berakhlak karimah yakni umat manusia merupakan suatu umat yang sepatutnya dapat bekerjasama dalam pengabdian kepada Allah dan pelaksanaan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Ketiga: Menciptakan persatuan dan kesatuan, bukan saja antara suku atau bangsa, tetapi kesatuan alam semesta, kesatuan kehidupan dunia dan akhirat, kesatuan ilmu, iman, dan hujah, kesatuan kebenaran, kesatuan keperibadian manusia, kesatuan kemerdekaan, kesatuan sosial, politik dan ekonomi, dan kesemuanya berada di bawah satu keesaan, iaitu keesaan Allah SWT.
Keempat: Mengajak manusia berfikir dan bekerjasama dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara dengan cara bermusyawarah dan mengelakkan perpecahan.
Kelima: Membanteras kemiskinan tegar sama ada kemiskinan secara keagamaan mahupun secara ekonomi, kebodohan, penyakit, dan penderitaan hidup.
Agama menekankan penghayatan dan kesedaran
Sempena peristiwa ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru seluruh umat Islam supaya menghayati hikmah yang terkandung pada peristiwa ini dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.
Agama Islam menjadi agama yang menekankan pentingnya penghayatan dan kesedaran umatnya berbanding memaksa menjalankan ritual-ritual keagamaan tanpa disertai dengan pemahaman yang secukupnya terhadap pesanan kandungan al-Quran dan sunnah Nabi.
YADIM menggesa umat Islam supaya tidak terperangkap dengan retorik dan slogan indah yang tidak berpijak di alam nyata dan pada masa yang sama kita mengalami kekosongan dalam memahami isi kandungan al-Quran dan Sunnah itu sendiri.
Ada segelintir dari kalangan kita sibuk dengan ritual-ritual keagamaan seperti tidak pernah terlepas sembahyang lima waktu, rajin puasa sunat Isnin dan Khamis, menyokong kehidupan Islamik, akan tetapi pada masa yang sama mereka melanggar dan menyeleweng daripada prinsip dan kandungan al-Quran seperti taksub kepada kumpulan dan pemimpin tertentu, suka mengkafir dan menyesatkan orang Islam lain, tidak menghargai perbezaan pendapat, bertindak zalim, memfitnah, pecah amanah, rasuah dan sikap negatif yang lain.
Bersempena Nuzul al-Quran ini, YADIM mengharapkan slogan kembali kepada al-Quran dan sunnah dijadikan sebagai hujah untuk mengukuhkan perpaduan seluruh umat Islam tanpa mengira pegangan mazhab, aliran keagamaan dan pegangan politik.
Umat Islam harus berhati-hati agar mereka tidak menjadi ejen kepada perpecahan umat. Sesungguhnya al-Quran menyediakan wahana dan tafsiran yang begitu luas yang memungkinkan berlakunya khilafiah.
Hijabi mesti pernah mengalami situasi ini dimana terasa begitu lapar dan terlihat sekeping roti. Hmm, bolehlah buat alas perut. Malangnya, apabila dibelek rupanya roti itu sudah berkulat. Tapi kerana terlalu lapar, kita makan juga bahagian yang bersih di roti tersebut.
Aip! Lepas ini jangan sesekali ulangi tabiat itu lagi selepas ini. Sebenarnya bahagian yang bersih itu hanyalah ilusi semata-mata. Keseluruhan roti itu sudah tercemar. Ikuti penerangan yang dikongsikan di bawah ini.
Jangan Sesekali Makan Bahagian ‘Bersih’ pada Roti Berkulat ‼️
Sebenarnya tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat.
Ini adalah kerana kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan. seperti cendawan ianya mempunyai akar yang tersembunyi dikenali sebagai ‘hyphae’. Ianya merbahaya buat manusia.
Hyphae ini membentuk rangkaian akar di dalam roti, maka bahagian ‘bersih’ dalam roti pastinya tidak selamat!
Anda boleh mengalami keracunan makanan kerana memakan roti yang telah berkulat. Pastikan cek tarikh luput roti sebelum membeli dan walaupun belum tarikh luput, pastikan roti anda tidak berkulat.
Mengimpikan percutian indah adalah sesuatu perkara yang paling stress untuk dilaksanakan. Merancang bercuti di hujung tahun memerlukan penelitian setiap sudut, lagi-lagi buat hijabi yang gemar melancong dan bergaya. Pasti semua keperluan ingin dibawa demi mencipta momen yang akan dimuat turun di laman sosial.
Hijabi travellers lebih mementingkan daya tarikan, oleh itu untuk melancong mereka perlu 4 beg ini iaitu tas tangan, sling beg ketika ootd, beg gajet dan paling utama bagasi. Namun yang lebih penting adalah cara memilih bagasi yang sesuai dengan keperlun dibawa supaya tidak ada masalah terlebih berat, rosak ketika dalam perjalanan dan juga keselamatan barangan yang dibawa.
Perlu Tahu 6 Ciri-ciri Ini Untuk Pilih Bagasi:
Banyak faktor yang perlu dilihat dan dikaji sebelum anda membuat keputusan untuk membeli bagasi kerana tiada satu bagasi pun yang akan kena dengan cita rasa pengguna. Cara kita travel juga berbeza bagi setiap individu.
Di sini ada sedikit tip yang boleh anda lihat dan teliti sebelum membeli bagasi diidamkan.
1. Saiz & Berat
Beg pakaian menang tangan untuk kemudahan peribadi anda supaya bagasi tidak menjadi bebanan dalam perjalanan. Pastikan saiz dan berat bagasi tidak membebankan anda untuk bergerak terutama hand carry bags. Berat yang bersesuaian adalah 5kg ke bawah.
2. Ciri-ciri Bagasi
Kebiasaanya, tidak semua syarikat penerbangan mempunyai spesifikasi kompartment yang sama. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah berlaku, carilah beg yang paling ringan untuk dibawa bercuti. Jika tidak mahu check in beg anda, pastikan berat beg tidak melebihi berat yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan dinaiki.
3. Pemilihan Yang Betul
Apabila memilih bagasi, periksa betul-betul dari setiap sudut termasuklah bahagian yang paling penting sekali iaitu bahagian roda! Ia sememangnya memuaskan untuk melancarkan koper anda dengan mudah, tali dan zip. Jenis jahitan, kulit dan kain yang di gunakan juga sangat penting kerana anda tidak tahu keberangkalian yang akan terjadi dengan bagasi ketika kerja-kerja pemunggahan.
4. Jenis Material
Antara faktor utama yang perlu dititikberatkan ketika membuat pemilihan dari segi material beg adalah rangka, fabrik dan jenis waterproof atau tidak. Pastikan beg tersebut juga ringan, mudah dibawa dan ada ciri-ciri yang terperinci untuk kegunaan yang anda perlukan. Paling penting tahan lama, selamat dan mudah untuk di bawa.
5. Jenama Juga Kualiti Beg
Bahan yang ringan dan tahan lama
Ruang yang luas
Kod kunci untuk keselamatan
Pastikan anda membeli beg yang mempunyai kualiti tinggi dan jaminan yang lama. Antara bagasi tersenarai dalam 10 jenama bagasi terbaik untuk traveler adalah seperti American Tourister Somsonite, memiliki berat 4.9kg, permukaan bagasi yang diperbuat dari HS POLYPROPYLENE jenis polimer termoplastik dan paling ringan dari semua produk termoplastik. Ini menjadikannya bahan yang sesuai untuk mana-mana julat bagasi ringan. Kualiti tahan lama yang mempunyai jaminan selama 3 tahun.
6. Keselamatan & Harga
Ciri keselamatan amat penting, pastikan bagasi anda memiliki kod kunci keselamatan bagi memastikan barangan yang dibawa selamat dan terjamin. Selain itu pastikan harga yang ditawarkan di pasaran berbaloi dengan ciri-ciri lima di atas.
7. Warna Menonjol
Ciri ini nampak remeh tetapi benar untuk keselamatan dan juga diingatkan elak memilih bagasi berwarna hitam. Sekiranya memilih bagasi berwarna unik dan menonjol untuk perhatian sendiri dan kalau boleh lain daripada yang lain bagi memudahkan anda mengenal pasti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!