Memang menjadi tabiat kebanyakan wanita untuk sentiasa melihat cermin kan? Boleh dikatakan cermin dan wanita tak boleh dipisahkan apatah lagi jika cermin itu mempunyai pencahayaan yang sempurna. Sebenarnya, kita sendiri boleh buat vanity mirror dengan bajet yang murah sahaja!
Di twitter, @hannabunnyb telah berkongsikan cara yang mudah untuk buat sendiri cermin ini dengan kos bawah RM60 sahaja. Tak perlu ada kemahiran pun untuk melakukannya.
Siapa cakap perempuan tak boleh buat kan?
Okay dah siap! Boleh bertukar-tukar warna lagi lampunya… Mesti syoklah lepas ni boleh bersiap depan cermin dengan lighting yang on point!
Sorry cermin kotor sikit okay dah siap
Senang je. Share untuk all broke people out there like me. 😉 pic.twitter.com/US6SwBBIyi
— Hanna (@hannabunnyb) December 28, 2018
kredit : twitter @hannabunnyb
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Thor & Valkyrie Tampil Classy Dalam Sut Hitam, MIB International Janjikan Kelainan Yang Hebat!
Sekarang ini, sedang hangat ditayangkan filem Men In Black International di pawagam serata negara. Kali terakhir siri filem ini tampil dengan MIB3 pada tahun tahun 2012 dan telah mencapai kutipan box office yang membanggakan di seluruh dunia.
Lainnya untuk siri terbaru ini, filem mengenai organisasi perisikan rahsia yang melawan makhluk asing ini tidak lagi menampilkan Lee Jones dan Will Smith sebaliknya filem ini kembali dengan teraju utama yang menjadi kegilaan semua iaitu Chris Hemsworth sebagai Agent H dan Tessa Thompson sebagai Agent M.
Gandingan hebat aktor di antara Thor dan Valkyrie ini memang tidak perlu disangkal lagi kerana keserasian mereka dalam lakonan sudah diakui ramai.
Bagai mengubati kerinduan peminatnya setelah siri ini muncul kali terakhir pada tujuh tahun yang lalu, filem arahan F.Gary Gray ini menjanjikan aksi yang lebih hebat dan juga kemunculan watak istimewa yang comel iaitu Pawny yang mencuit hati semua!
Filem yang ini mengisahkan tentang Ejen H yang dikenali dengan reputasi sebagai ejen terhebat di cawangan MIB United Kingdom yang mempunyai misi yang sama dengan Ejen M, seorang ejen baru iaitu menyelesaikan masalah besar yang melanda apabila mengetahui ada perisik dalam organisasi MIB.
Kemunculan YouTuber Malaysia sebagai cameo dalam filem ini.
Selain hadir dengan plot filem yang menarik, penampilan Ejen M dalam filem ini juga menarik perhatian ramai apabila dia juga bersut hitam dan berkemeja putih seperti ejen lain yang menyerlahkan sisi tegasnya namun tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Tak mahu dedahkan scene menarik filem ini, penulis memang menyarankan anda semua ke pawagam untuk menonton filem yang sudah ditayangkan sejak 13 Jun yang lalu. Pasti tidak menghampakan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mira Filzah Tepis Spekulasi ‘Buka Tudung’ Rupanya Punyai Kembar Seiras Dari Rahim Berbeza, Tracie Sinidol!
Tahun ini, antara perkara yang berjaya mengemparkan industri hiburan tanah air adalah apabila pelakon jelita Mira Filzah kononya dikhabarkan telah membuat ‘turning back’ dengan membuka hijabnya!
Namun, perkara itu hanyalah kekeliruan dan salah faham apabila ramai dikalangan rakan artis dan juga warganet yang tersalah menafsir pendatang baharu, yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol ekoran mempunyai raut wajah mirip dengan selebriti terkenal Mira Filzah.
Mira Filzah Dan Tracie Bersatu Dalam Kempen Sebuah Jenama Tudung!
Bagaimanapun, dek kerana persamaan wajah seperti ‘kembar’ seiras yang lahir dari rahim berbeza ini membuatkan rezeki keduanya semakin murah, hingga akhirnya keduanya disatukan menerusi sebuah kempen MF Collection.
Artikel berkaitan: Mira Filzah Berang! Ada Pihak Tak Bertanggungjawab Guna Namanya Minta ‘Sponsor Biskut’
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Mira sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya. Sekaligus memaparkan wajah mereka yang sememangnya seiras ibarat adik-beradik kembar! Lantas membuatkan ramai yang terpegun melihat kejelitaan seiras Mira Filzah dan Tracie Sinidol ini!
“Orang kata dalam dunia ni ada 7 muka sama. Betul ke? 🙃 @traciesinidol_official 💕 Tracie is so vibrant! Bagi dia makan terus muka boleh senyum! 🤪 So happy she said yes for the shoot. Terima kasih bahhh. 😘” Tulis Mira ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Tidak menafikan hal tersebut, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, menyifatkan Tracie, 22, adalah kembarnya yang telah lama terpisah.
Tracie Enggan Tumpang ‘Populariti’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri
Walaubagaimanapun menurut gadis peranakan Murut dan Dusun yang pernah dinobatkan Unduk Ngadau Tambunan 2021 itu, dia sebelum ini enggan dikaitkan dengan populariti Mira Filzah sebaliknya mahu berdiri atas bakat sendiri.
Tracie, anak kelima daripada sembilan beradik itu berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Tracie juga pernah berlakon dalam telemovie ‘Malaysiaku 16 September’ dan ‘Budak Pasar’ arahan pengarah Dato Jurey Rosli.
Menurut ibu yang juga pengurusnya, Veronica Tajin, Tracie banyak mendapat tawaran sejak dia viral di bangku sekolah, tetapi banyak yang terpaksa ditolak kerana masih bersekolah.
Tampil menggayakan koleksi skarf terbaharu MF Collection disamping Mira Filzah, penampilan Tracie Sinidol memberi variasi kepada koleksi skarf untuk wanita tidak berhijab.
Didatangkan dalam rona-rona terang, koleksi ini menyuntik jiwa moden untuk para hijabi yang gemarkan kelainan. Koleksi ini telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2023 yang lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sumber Gambar: Mira Filzah & Tracie Sinidol
Artikel berkaitan: Tak Keruan Lihat Kecomelan Anak Mira Filzah, Netizen ‘Tagih’ Mahukan Gambar Wan Khair Amir Lagi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bella Yakin Emran Boleh Jadi Imam Yang Baik & Baru 4 Hari Kahwin Pasangan Ini Didoakan Agar Cepat Dapat Baby. Insya-Allah
Setelah sekian berteka-teki tentang hubungan mereka di mata umum, Jumaat lepas tepat jam 6.57 petang, sah sudah pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cyhthia Bella, 29 tahun, bergelar isteri kepada Engku Emran, 42 tahun.
Hanya dengan sekali lafaz, mereka disatukan di sebuah hotel di ibu kota dan turut disaksikan oleh anak tunggal Engku Emran, Engku Aleesya. Dalam majlis itu Engku Emran menyerahkan wang mas kahwin RM300 juga lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang dari Bella.
A post shared by Nora Danish (@noradanish) on
Walaupun hanya dibuat secara tertutup tetapi ia turut dihadiri oleh sanak saudara dan teman-teman rapat kedua-duanya.
Terpancar seri kebahagiaan di wajah masing-masing kerana pertemuan kedua-duanya adalah dalam masa cukup singkat.
Kelihatan berseri sekali pengantin baru mengenakan busana putih di majlis pernikahan dan juga turut mengenakan pakaian tradisional Minangkabau untuk majlis sanding di sebelah malamnya.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Tidak sampai seminggu bergelar suami isteri, pasangan sama cantik sama padan ini selain dihujani ucapan tahniah, rakan-rakan baik juga turut mendoakan pasangan ini cepat dapat baby termasukkan bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira.
Nampaknya ramai yang tak sabar untuk melihat zuriat hasil perkongsian dua hati ini yang berlainan negara tetapi serumpun. Pastinya akan mewarisi kecantikan ibu dan ayahnya kelak. Apa yang menyeronokkan Engku Aleesya pastinya nanti akan ada teman untuk bermain.
Bella dalam laman instagramnya turut memberitahu, dia begitu ikhlas dapat dipertemukan dengan Engku Emran dan hanya sekitar 5 bulan lalu. Mereka juga ketika itu hanya ada masa sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan dengan izin Allah. Bella turut berterima kasih kepada Allah atas perjalanan yang cukup indah itu.
Mrs.Emran ? . . . Make up by my @andychunchun Photo by @mikaelaldo
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Sebelum itu dalam post terdahulu Bella mengakui jatuh hati melihat cara Engku Emran yang dipanggil abang mencintai Allah, caranya mencintai Bella dan juga mencintai keluarganya.
Juga cara Engku Emran menyayangi Aleesya dan memang inilah ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai Imamnya yang mampu memimpin dan melindungi dirinya kelak hingga ke syurga.
Posting Bella ini mendapat lebih 1 juta ‘like’ daripada pengikutnya dan rakan artis lain seperti Nora Danish dan juga Hafiz Hamidun.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Semoga keduanya dapat melayari fasa baru dalam kehidupan ini dengan penuh indah dan bahagia sekali dengan limpahan kasih sayang dan keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA DANISH & LAUDYA CYNTHIA BELLA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI