Bahaya ‘Oxygen Shortage’ Ketika Memandu Jauh! Ini Fungsi Butang Kitaran Udara Dalam Kenderaan

Share

Pernah tak Hijabi cakna tentang fungsi butang kitaran udara yang terdapat dalam setiap kenderaan. Jika pernah lihat pun, tahukan anda apakah fungsi butang itu disediakan di dalam kereta masing-masing?

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita duka melibatkan sebuah keluarga yang pengsan sehingga terlibat dalam kemalangan yang dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam kenderaan sewaktu menghadapi perjalanan jauh.

Justeru, berikutan insiden ini. Hijabista begitu terpanggil untuk berkongsikan fungsi dan cara menggunakan butang kitaran oksigen dalam kenderaan.

Penting Untuk Pastikan Kitaran Oksigen Mencukupi Terutamanya Bagi Pemanduan Jarak Jauh!

Mengulas isu ini dengan lebih lanjut, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Profesor Dr Wong Shaw Voon berkata, fungsi utama butang kitaran oksigen itu adalah untuk menyalurkan oksigen yang mencukupi terutamanya apabila ingin melakukan pemanduan jarak jauh, khusunya jika kenderaan padat dengan penumpang.

“Apabila tidak menghidupkan fungsi ini, ditambah dengan perjalanan yang jauh dan sesak semasa perayaan, ia menyebabkan oksigen yang ada akan berkurangan serta memberi risiko kepada pengguna kenderaan tersebut.

Aktifkan Butang Kitaran Udara! Meski ‘Air-Cond’ Kurang Sejuk Atau Buka Sahaja Tingkap

Jelasnya lagi, meskipun pengaktifan butang kitaran oksigen ini akan mengakibatkan alat penyaman udara dalam kenderaan menjadi kurang efektif, tetapi lebih baik daripada mengakibatkan kemalangan yang tidak dijangka.

“Perlu tekan butang yang ada itu walaupun kita tahu kesannya penyaman udara kurang sejuk dan bau dari luar akan masuk dalam kenderaan. Namun, ia sebagai langkah keselamatan sebelum perkara tidak diingini berlaku,” katanya lapor akhbar tempatan.

Shaw Voon menegaskan bahawa, kejadian kemalangan yang berlaku baru-baru ini berkemungkinan berlaku kerana mangsa tidak menghidupkan mahupun menggunakan fungsi kitaran udara luaran yang telah disediakan di dalam kenderaan sebagai langkah keselamatan.

Artikel berkaitan: Dah Tak Perlu Tampal ‘Roadtax’ Di Cermin Kereta, Cuma Guna Dua Bahan Je Untuk Tanggalkanya!

“Contoh kes di Bentong, mereka ada empat orang. Jadi, kadar oksigen yang mereka dapat adalah lagi rendah sebab perlu berkongsi. Tingkap ditutup, butang pengaliran udara tidak ditekan, ditambah dengan ruang yang terhad.

“Apabila lama sangat di dalam kereta tanpa menggunakan fungsi kitaran udara luar, mereka akan rasa penat. Ini bermaksud sudah kritikal. Bila dah rasa begitu (penat), mereka pengsan,” ujarnya.

Selain itu, antara cara lain yang boleh digunapakai sekiranya tidak mahu menghidupkan butang aliran udara. Anda disarankan untuk membuka tingkap sekali sekala, sekiranya bercadang untuk menghafapi perjalanan yang panjang dan jauh.

Ini demikian kerana, menurut Shaw Voon perkara sama mungkin tidak menimbulkan masalah sekiranya memandu dalam jarak dekat, walaupun tidak menggunakan fungsi kitaran udara tersebut. Apa yang menjadi masalah adalah sekiranya memandu pada jarak jauh bagi jangkamasa lama.

“Kalau memandu dekat, dalam 10 minit sampai, memang tiada masalah. Tapi kalau 10 jam, memang akan membawa masalah. Demi keselamatan, tekanlah butang kitaran udara itu,” tegasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel berkaitan: Bau Kereta ‘Masam’ Buat Orang ‘Turn Off’, Cuba Pewangi Viral Ini Hilang Segalanya!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir