Sebelum mindset kita salah, baik kita buat research dulu. Takut nanti menyesal dikemudian hari. Sebarang produk yang dioleskan muka pasti mempunyai bahan yang dikawal yang dipiawai oleh pihak berkenaan.
Namun ada juga segelintir yang eggan melihat keaslian bahan produk itu sendiri. Nah, maka timbul lambakan produk-produk ciplak di pasaran. Baru-baru ini tular di media sosial jenama produk kecantikan tempatan yang dimiliki oleh aktres jelita Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin diciplak.
Demikian tegas pelakon dan usawan terkenal Wawa Zainal susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menjual produk tiruan Wawa Cosmetics di pasaran terbuka.
“Sampai sekarang saya masih geram. Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics,” ujarnya, yang menyedari perkara ini selepas mendapat aduan daripada ‘re seller’ dan pengguna.
“Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani seolah-olah produk itu milik mereka.
Ads
“Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu. Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit. Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja.
“Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang,” katanya.
Menurut Wawa yang juga penaja program Big Stage musim kelima, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.
Ads
“Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua ‘re-seller’ dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya.
“Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan. Insya-Allah, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi,” katanya.
Dalam penjagaan kulit tiruan, terdapat beberapa bahan yang bersifat karsinogenik atau mempunyai risiko tinggi menyebabkan kanser. Salah satu bahannya ialah merkuri. Pendedahan kepada merkuri dalam intensiti tinggi boleh mencetuskan masalah kesihatan yang serius. Bahaya bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang paling dekat dengan anda.
Bagi si pemakai, berikut adalah beberapa bahaya penjagaan kulit palsu yang harus anda elakkan:
Kerengsaan, alahan dan bintik hitam pada muka
Skincare dibeli untuk menjaga kesihatan kulit agar tetap nampak cantik. Namun, jika anda membeli penjagaan kulit palsu, bukannya menawan, sebenarnya kulit muka akan menjadi iritasi, alergik, atau bintik hitam akan muncul. Bahan-bahan berbahaya dalam penjagaan kulit palsu boleh memberi kesan buruk, terutamanya jika digunakan untuk jangka masa yang lama.
Mencetuskan kemunculan jerawat meradang
Bahaya seterusnya penjagaan kulit palsu adalah munculnya jerawat yang meradang. Secara amnya, penjagaan kulit dibeli untuk merawat jerawat. Namun, jika tidak betul, daripada semakin baik jerawat, semakin banyak jerawat muncul dan meradang. Jerawat muncul apabila kulit bertindak balas terhadap bahan aktif dalam penjagaan kulit.
Mencetuskan perkembangan sel kanser
Bahaya seterusnya penjagaan kulit palsu adalah mencetuskan perkembangan sel kanser. Penjagaan kulit palsu mengandungi merkuri dan arsenik yang dianggap boleh mencetuskan perkembangan sel kanser dalam kulit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/uCtl9rQrKS4
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dewasa ini kita lihat banyak program jom kurus yang diadakan dan ramai menyertainya. Masuk program ini bukan kerana mahu badan kurus dan langsing, tetapi lebih kepada soal fit. Jika badan sihat otak pasti jadi cergas dan bersemangat untuk meneruskan kerja. Seperti perkongsian wanita ini, Izyan Balqis yang menyertai Program Jom Kurus 1 Malaysia dengan tujuan untuk jadi lebih sihat. Namun dia begitu terperanjat apabila melihat penurunan cukup ketara dalam tempoh dua minggu menyertai program berkenaan. Hilang 5 kg dalam tempoh enam minggu menyertainya.
Hilang 5 kg dalam tempoh 2 minggu.
Walaupun hilang hanya sekitar 5 kg tetapi membuktikan program ini memang berjaya memberi sinar harapan kepada wanita di luar sana yang bukan sahaja mahu langsing tetapi juga kekal tubuh sihat.
Hari pertama menyertainya, masih tiada perubahan.
Menurut Izyan pada mulanya dia tidak percaya akan dapat menurunkan berat badan yang disifatkan degil ini. Dia sudah berada pada tahap ‘give up’untuk cuba menurunkan berat badannya. Namun Izyan tidak berputus asa dengan mengharapkan dapat menurunkan sekurang-kurangnya 1.4kg dalam seminggu.
Konsisten melakukan ‘workout’.
Walaupun sibuk dengan kerja, tetapi Izyan tetap konsisten melakukan workout. Dia melakukan workout yang mudah di mana boleh didapati melalui google play. Jika kita sudah aim untuk fit, kena berdisiplin dan berkorban. Jadi Izyan tetap konsisten melakukan workout waktu malam selepas balik dari kerja.
Antara aktiviti dilakukan.
Setelah melakukan pelbagai usaha, menurutnya timbangan setiap minggu memang begitu menduga. Kali pertama timbangan dia berjaya menurunkan 3kg daripada 68.5 kg kepada 65.5. Penurunan ini memang mengejutkan kerana tidak percaya dapat menghilangkan 3 kg dalam masa seminggu.
Timbangan kali pertama. Turun dari 68.5 kg kepada 65.5 kg.
Bagi Izyan petua mudah untuk menahan makan adalah dengan berpuasa. Ini akan membuatkan perut kita secara tidak langsung berlatih menerima makanan yang sedikit. Dia juga ingatkan untuk kurangkan pengambilan portion nasi, hentikan terus pengambilan air manis dan makanan bergula.
Apa yang seronoknya mengenai program ini menurut Izyan, jika kita gagal menurukan berat badan badan tahap ditentukan, kita akan dikenakan denda oleh coach. Jadi ia memberi inspirasi dan semangat untuk maintain dengan berat sebelumnya atau kurang dari itu
Kena disiplin & kekal konsisten.
Izyan juga turut berpesan, rutin diet perlu konsisten dan jangan patah semangat. Tidak mudah untuk berjaya tetapi tiada yang mustahil. Setelah dua minggu menjaga pemakanan dan bersukan, dia akhirnya berjaya menurunkan berat sebanyak 5.65 kg atau dan ia sudah cukup membuat dirinya puas hati.
Walaupun angka 5.65 kg itu bukan satu nilai yang besar seperti kehilangan 10 kg atau 20 kg, tetapi untuk yang berbadan sepertinya sudah membuat dia teruja dan puas hati.
Bersama Kapten Black yang memberi tunjuk ajar pemakanan yang betul & ‘workout’ terbaik.
Namun begitu untuk mencapai apa target sekalipun, Izyan pesan jangan sesekali menyiksa diri. Jika tangan sudah rasa terketar-ketar sila ambil makanan. Jangan tahan diri dan siksa badan. Perlu diingat niat untuk turunkan badan jadi lebih sihat bukan untuk cantik, slim atau menarik perhatian orang.
Target Izyan selepas ini adalah untuk mendapat BMI yang sepatutnya. Dia berazam untuk menunrukan badan hingga beratnya mencecah 55 kg, menggunakan cara sama, iaitu konsisten menjaga pemakanan dan sentiasa workout untuk kekal sihat dan bertenaga.
Melihat kemesraan dan kebahagian pasangan yang sama cantik dan sama padan ini sentiasa bersama bagaikan ‘belangkas’, ramai tertanya-tanya adakah mereka tidak dilanda masalah di dalam rumahtangga.
Menjadi lumrah rumahtanga pasti ada pasang dan surutnya, menjalani kehidupan bersama perlu ada sokongan kedua-dua belah pihak. Aeril Zafrel akui 12 tahun perkahwinan, fasa yang dijalani sekarang hanya untuk anak-anak dan perniagaan.
“Kita hanya fikir untuk besarkan anak bersama, rumah, besarkan perniagaan seperti tambah cawangan di Sabah,” ujar Airel. Tambah Wawa lagi, kesibukan yang mereka lalui tiada ruang untuk mereka bergaduh. Malah, menjaga hubungan rumahtangga ini kunci rezeki mereka mencurah-curah.
Enggan ‘serabut’ tambah satu lagi..
Bercakap soal poligami, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu tidak melulu membantah sebaliknya berpendapat bahawa asalkan perkahwinan tersebut direstui oleh individu yang terlibat. Baginya enggan ‘serabut’ untuk memiliki isteri lagi meskipun poligami tidak dilarang dalam agama Islam.
“Saya sebenarnya tak nak pening. kalau kita ada orang lain, bertambah pening. Ada satu pun dah pening. “Saya ni jenis lelaki yang bukan tak ambil kisah tapi banyak lagi benda yang nak difikirkan. Dengan anak-anak lagi.
“Ada kucing lagi. Kalau tambah bini, ‘confirm’ sakit kepala. Rambut dah baik-baik lebat sekarang, nanti botak pula,” kongsinya.
Menurutnya lagi, dia juga mempunyai anak perempuan takut kifarah berbalik kepada keluarganya sedangkan dia juga tidak jamin hubungan bersama akan kekal hanya dengan izinNya semua itu akan terjadi. Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzikyaa, 7, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 2.
Sebagai wanita pastinya pelakon dan usahawan yang berusia 32 tahun ini terasa bahangnya jika ini terjadi padanya. Namun Wawa Zainal menasihat wanita di luar agar jaga perangai, penampilan dan banyak aspek lagi. Dia juga menasihatkan golongan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga agar tidak ‘terjatuh’ hati terhadap lelaki yang memegang status suami orang. Mereka sepatutnya menghormati hati dan perasaan sesama kaum tanpa menghancurkan kebahagiaan orang lain.
“Mana-mana perempuan di luar sana tu, janganlah ‘merenyam’. Kalau dah tahu suami orang, janganlah kacau sebab kita sepatutnya memahami isi hati sesama perempuan,” katanya lagi.
Sasar pemasaran bekerjasama dengan influencer
Di majlis yang serba ringkas dan indah, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bersama pempengaruh TikTok Rozyana Roslan telah melancarkan minyak wangi terbaharu. Kolabrasi kedua Lagenda Kembali WAWA X ROZYANA Asmaradana (edisi terhad) dijual dengan harga mampu milik RM39 dalam saiz yang lebih besar juga mempunyai 3 varian iaitu Seri Pagi, Syurga Malam dan Mengundang Cinta.
Kolabrasi bersama pempengaruh adalah satu strategi pemasaran yang dapat membantu melariskan produk disamping dapat mengembangkan idea dengan pelbagaikan promosi tidak bergantung pada penglibatan Wawa Zainal seratu peratus sebagai muka depan untuk menaikkan penjenamaan jenama Wawa Cosmetics. Pada masa akan datang berkemungkinan Wawa Cosmetics akan bekerjasama dengan selebriti tempatan bagi mengembangkan lagi strategi pemasaran perniagaanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pasti semua wanita idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara untuk dapatkannya, sama ada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat. Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.
Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.
#1. MINUM AIR MASAK
Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.
Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.
#2. GUNA AIR BERAS
Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.
#3. GUNA LIMAU NIPIS
Petua ketiga cara memutihkan kulit adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.
#4. GUNA LIDAH BUAYA
Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.
#5. GUNA BIJI TOMATO
Cara memutihkan kulit yang nombor lima di dalam senarai ini adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.
Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.
Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.
Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Penggunaan bahan semulajadi sudah cukup.
Selamat mencuba!
Sumber: Siraplimau.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memiliki raut wajah persis 'barbie' bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan cef viral dari Lubnan, Abir...