Cuaca bahang di Malaysia kini terasa lebih panas dari biasanya. Menurut Jabatan Meteorologi Negara (Met Malaysia), suhu panas ini berlaku kerana Malaysia sedang berada pada musim Monsun Barat Daya. Ini berlaku apabila angin barat daya bertiup ke negara kita dengan komposisi udara kering, bermula Mei sehingga September ini.

Jadi, di musim cuaca yang panas terik ini, pastinya tubuh anda merembeskan peluh yang lebih banyak dari biasanya. Hingga adakalanya suhu badan meningkat dan mudah dijangkiti demam selesema.

Bahang El Nino Buat Suhu Badan Hijabi Tak Menentu? Ini 3 Jenis Hidangan ‘Penyejuk Badan’

4 Makanan Ini Bantu Sejukkan Tubuh Badan

Ketika cuaca terlampau panas, bukan sahaja membuatkan badan menjadi cepat letih. Justeru, untuk mengawal keseimbangan tubuh dan memastikan badan kekal terhidrat dan mempunyai kadar air yang mencukupi. Adalah penting untuk kita mengambil makanan yang dapat menyejukkan tubuh. Antaranya, makanan-makanan seperti ini:

1. Buah-buahan Segar

Bahang El Nino Buat Suhu Badan Hijabi Tak Menentu? Ini 3 Jenis Hidangan ‘Penyejuk Badan’

Ads

Buah-buahan antara makanan yang mempunyai manfaat vitamin C yang tinggi, selain mampu membentuk antibodi yang tinggi dalam tubuh badan ia juga mampu menyejukkan badan di kala cuaca panas yang meresap semua air di dalam badan kita. Antara buah yang dicadangkn Hijabista adalah, Tembikai, Anggur, dan buah beri.

Artikel berkaitan: Tidak! Bahang El Nino Buat Solekan ‘Cair’! Ini 5 Tip Make Up Kekal ‘On Point’

2. Sayur-Sayuran

Ads

Bahang El Nino Buat Suhu Badan Hijabi Tak Menentu? Ini 3 Jenis Hidangan ‘Penyejuk Badan’

Jika anda bukan penggemar buah-buahan, anda masih boleh mendapatkan manfaat untuk hidrasi dan sejukkan tubuh menerusi sayur-sayuran segar. Sayuran yang mempunyai banyak air seperti timun, tomato, labu air dan ubi kentang mampu menghidrat badan dan secara tidak langsung memberikan impak sejuk pada badan anda.

3. Aiskrim dan Ais Buatan Sendiri

Ads

Bahang El Nino Buat Suhu Badan Hijabi Tak Menentu? Ini 3 Jenis Hidangan ‘Penyejuk Badan’
Malah satu lagi cara untuk anda menyejukkan badan adalah dengan membuat aiskrim mahupun ais buatan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan sihat seperti seperti mangga, kiwi, pisang, strawberry untuk menghasilkan perisa aiskrim atau ais buatan sendiri yang lazat dan menyegarkan!

Justeru, musim panas yang sedang melanda dan dijangka akan berakhir bagi satu jangkamasa yang panjang akan membuatkan badan kita cepat merasa letih dan lesu. Oleh itu, jagalah keseimbangan tubuh badan dengan kekal hidrat dan minum air masak secukupnya.

Artikel berkaitan: Ouch! Sakitnya Kulit Kering Menggelupas Di Musim El-Nino, Jom Lembapkan Kulit Dengan Cara Ini Sis

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI