Air kunyit diketahui dengan khasiat yang pelbagai terkandung dalamnya. Ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan, mengawal tekanan darah tinggi, mengatasi bakteria yang menjadi keputihan dan lain-lain lagi.
Mari kita lihat cara untuk menghasilkannya. Khabarnya, mudah saja untuk membuatnya. Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Tutik Aryani di Facebook ini.
Selamat petang! Ini saya kongsikan resepi air kunyit asam manjakani homemade saya. Minta maaf tak dapat reply satu-satu. Sukatan dalam gambar itu untuk 2 botol besar air mineral.
Ads
Bahan-bahan:
Kunyit*
Halia*
Manjakani (ketuk bagi dia hancur pastu rendam dalam air panas jap) *
Serai (just ketuk je)
Asam jawa (kacau ngn air, buang bijinya)
Halba
Gula melaka
Air ± 4 / 5 liter (dah tapis ye / guna air botol mineral tu)
Cara-caranya:
Blend bahan yang bertanda* selepas itu satukan bahan semua rebus dalam 30 minit – 1 jam sampai air rebusan jadi 3 liter. Setelah sejuk baru tapis lima kali. Nak menapis ni kena sabar sedikit.
Ads
Simpan dalam peti ais boleh tahan hingga 1 hingga 2 bulan
Minum segelas sebelum tidur
Ads
Penapis yang digunakan untuk menapis jus kunyit tersebut
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: Facebook Tutik Aryani
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa sahaja yang tak idamkan ketiak dan kaki yang licin dan mulus tanpa bulu. Sudah tentu segelintir dari kita yang sanggup menghabiskan duit untuk buat waxing di saloon.
Tapi ada juga alternatif lain yang boleh digunakan seperti penggunaan produk hair removal cream (krim pencabut bulu). Tapi ada kesan sampingannya yang anda tidak mahu ia boleh berlaku!
Menurut healthshots, ramai yang akan memilih untuk menggunakan produk krim pencabut bulu kerana ia sangat mudah dan agak murah. Hanya sapukan pada kawasan yang anda ingin membuat bulu dan ia siap tercabut.
Hakikatnya, ada terdapat kesan-kesan sampingan yang boleh merisikokan kepada kesihatan anda terutama sekali mereka yang sangkat peka dengan rupa paras. Ini antara kesan yang boleh anda hadapi!
Bahan utama yang digunakan dalam krim pencabut bulu ini adalah Kalsium dan kalium hidroksida. Ia berfungsi mencabut bulu dengan pantas namun akan meninggalkan kesan iritasi serta menggelap kawasan kulit!
Ia sangat bahaya tambahan lagi buat mereka yang mempunyai kulit yang begitu sensitif. Jika silap penggunaannya ia akan menyebabkan ruam!
Nilai pH pada krim pencabut bulu adalah negatif dan boleh memberikan kemudaratan pada kulit. Kebiasaannya, orang yang mempunyai kulit sensitif berpotensi untuk mendapat alahan dan meninggalkan kesan pada kulit!
Dalam proses mencabut bulu, bahan kimia yang terkandung di dalam krim itu boleh menyebabkan kulit melecur jika dibiarkan dengan begitu lama! Ramai yang lupa untuk mengikut masa yang telah disarankan dan telah mendapat keburukan yang tidak disangka.
Kami bukanlah tidak menyarankan anda menggunakan krim pencabut bulu namun perlulah untuk beringat kesan yang boleh anda hadapi. Mungkin, anda boleh cuba pada satu kawasan dan perhatikan kesesuaiannya dengan anda.
Syarikat hartanah terkemuka, Sheng Tai International (STI) yang diasaskan oleh Dato’ Leong Sir Ley telah melancarkan projek mega Fasa Pertama The Sail Melaka yang meliputi bangunan tiga tingkat; The Sail Experiential Centre dan 26 unit lot perniagaan.
Bersempena pelancaran ini, Sheng Tai International telah mengadakan satu majlis makan malam(Sheng Tai Night) yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri pada 14 Januari lalu.
Acara gilang gemilang tersebut turut dihadiri lebih 800 tetamu dan rakan niaga termasuk termasuk pelabur antarabangsa dari lebih 15 negara seperti Hong Kong, Jepun, Korea, China, Dubai, Indonesia, Taiwan, Singapura, Rusia, Amerika Syarikat, dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan hijabi, The Sail direka secara unik berkonsepkan globalisasi dan mempunyai 9 Menara bercantum dengan Unity Sky Ring di atas setiap bangunan dan dihubungkan dengan kolam renang sepanjang 460m.
Pembangunan tersebut juga direka khas bagi melengkapkan pasaran kediaman, runcit, komersial dan hospitaliti Melaka. 9 Menara ini terdiri daripada Menara Hotel & Fesyen bertaraf 6 bintang, Menara Wellness, Menara Cultural, Menara AI, Menara M, Kondotel & Suite Perniagaan.
Menurut Pengasas dan Pengerusi STI, Dato’ Leong Sir Ley, 26 unit lot perniagaan itu sudah ditempah oleh pemilik perniagaan Jepun dan dijadualkan beroperasi mulai suku pertama tahun ini.
Difahamkan, jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) untuk projek ini dianggarkan berjumlah RM6.5 bilion. Bukan itu sahaja, projek mega tersebut turut meliputi pembinaan Ballroom LSL dan Restoran Sheng Yan.
Dato’ Leong turut berkongsi bahawa selepas tiga tahun menghadapi wabak pandemik di seluruh dunia, dia mula menyedari bahawa terdapat ‘bahasa baru’ yang muncul dalam ekonomi seperti kesihatan, seni dan budaya, fesyen dan kepintaran buatan (AI) untuk diterokai.
“Aspirasi kami adalah untuk menjadikan The Sail Melaka sebagai pemangkin utama perubahan bagi bandar bersejarah itu dari sudut melonjakkan lagi nama Melaka ke arena dunia dengan menjayakannya menerusi Seni dan Budaya, Fesyen, Artificial Intelligence (AI) dan kesejahteraan.
Tambahan itu, Dato’ Leong turut menyatakan bahawa projek mega ini juga menandakan permulaan yang dinamik bagi meningkatkan dan mengukuhkan ikatan sesama negara berkaitan budaya dan ekonomi.
“Saya yakin projek ini dapat meningkatkan ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta menarik pelabur asing dari seluruh dunia. Tambahan pula, projek ini juga dapat mengangkat Melaka sebagai hab pelancongan utama untuk para pelancong,” katanya.
Selain ingin mengangkat Melaka sebagai hab pelancongan, Dato’ Leong juga berhasrat untuk menjadikan Bandaraya Bersejarah tersebut sebagai hab fesyen antarabangsa.
Baru-baru ini, syarikat hartanah terkemuka tersebut turut menganjurkan sebuah acara pertunjukan fesyen ‘The Straits Gala’ yang melibatkan pereka tempatan dan antarabangsa di The Sail Superdome; iaitu salah satu bangunan milik syarikat tersebut.
Acara yang dihadiri lebih 1,000 pengunjung itu telah berlangsung dengan meriah dengan pertunjukan bunga api dan beberapa nama ternama seperti pemain violin terkenal negara iaitu Megan Mei, Jaclyn Victor dan Kenny Low.
Bahkan, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen membabitkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Dian & Norule, Gillian Hung, Yani Bakhtiar, Variante dan CARRO serta peragaan fesyen daripada pelajar tahun akhir jurusan fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Sekadar info, bersempena dengan Pelancaran The Sail Experiential Centre dan penyiapan projek Fasa Satu The Sail, Sheng Tai International turut mengadakan Sheng Tai Festival 2023 (Bazar Bertema Lautan pertama di Melaka – Atlantis Night), yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan telah berlangsung selama 10 hari dari 6 Januari sehingga 15 Januari 2023 yang lalu.
Sebut sahaja Rizman Ruzaini pasti terbayangkan rekaan gaun pengantin yang elegan dan tampak eksklusif hasil sentuhan tangan, gandingan serasi dua anak melayu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil yang telah membina empayar selama 17 tahun, hingga jenama ini sering kali menjadi pilihan para selebriti tanah air.
Bagaimanapun, pada tahun ini dua pereka terkemuka ini memberikan kelainan apabila menyediakan satu ‘line up’ pakaian pengantin yang menawarkan harga ‘mampu milik’ hasil sentuhan tangan seorang anak muda lelaki berasal dari Sandakan Sabah, iaitu ‘Junior Designer’ dikenali sebagai Akmal Hakim Ajirul.
Menurut Rizman dan Ruzaini, impian untuk melihat penerimaan jenama ini diterima dengan cukup meluas dalam kalangan rakyat Malaysia telah tercapai.
Justeru, bagi mencapai impian kedua iaitu melihat setiap bakal pengantin di Malaysia menggayakan busana perkahwinan jenama mereka, antara langkah pertama yang diambil jenama ini adalah dengan memperkenalkan Junior Designer yang akan membantu merealisasikan ‘impian’ ini.
“Ini bukan perkara baharu dalam dunia fesyen antarabangsa, malah jenama terkenal lain memang mempunyai pereka muda sebagai pelapis. Di Rizman Ruzaini sendiri kami mahu menuju ke destinasi yang lebih jauh dan mempunyai seseorang yang akan membawa aspirasi kami pada waktu ini sangat penting.
“Bukan satu kerja mudah, dalam tempoh pencarian ini juga, elemen utama yang kami ambilkira adalah Junior Designer yang bakal dipilih memahami DNA Rizman Ruzaini. Alhamdulillah selepas hampir setahun, kami dipertemukan dengan Akmal yang kami yakin mampu menyempurnakan setiap rekaan dengan sentuhan Rizman Ruzaini,” katanya.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh gandingan pereka duo, Rizman dan Ruzaini ketika ditemui pada majlis ‘RR Bridal ’23’ yang diadakan di Rizman Ruzaini Couture di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini.
Tambah, Rizman lagi, kehadiran Akmal adalah sebagai penanda aras kepada perniagaan mereka agar boleh menghasilkan produk dengan harga yang mampu dimiliki oleh rakyat marhaen.
Namun, meskipun ia menggunakan hasil sentuhan tangan Junior Designer, sepenuhnya Rizman menegaskan bahawa setiap rekaan masih akan dipantau teliti oleh dirinya dan Ruzaini agar nilai estetik dan kualiti yang sentiasa dititikberatkan dalam jenama RR dapat dikekalkan.
Tawaran Harga Serendah RM 4,000 Bagi Busana RR Hasil Tangan Akmal
“Kami berhasrat mahu menjadi sebahagian daripada hari penting setiap pengantin di Malaysia, memang itu yang menjadi impian kami berdua sebenarnya. Namun kita perlu bersikap realistik. Bagi saya soal kadar bayaran masih menjadi agenda utama pengantin di luar sana.
“Jadi kehadiran junior designer ini adalah solusi daripada kami buat semua bakal pengantin. Dengan harga permulaan hanya dari RM4,000 tidak mustahil lagi buat mereka untuk menyarung busana jenama Rizman Ruzaini si hari bersejarah mereka. ” jelasnya.
Sekadar info, Junior Designer di bawah jenama RR tidak hanya dinilai berdasarkan kreativiti semata-mata, malah gaya persembahan diri serta kemampuan berkomunikasi yang baik dengan pelanggan juga dinilai sebelum diterima sebagai Junior Designer jenama ini.
Mengulas perkara sama, Akmal turut berkesempatan menzahirkan rasa syukur apabila diberi tanggungjawab menggalas jawatan Junior Designer dan menjelaskan bahawa dirinya cukup bertuah untuk berada di bawah kelolaan dua pereka terkenal negara ini.
Selain itu, anak jati kelahiran negeri di bawah bayu itu juga berazam akan memberikan sentuhan terbaik bagi setiap rekaan hasil sentuhan tanganya serta menyalurkan kreativiti yang mampan agar selari dengan setiap rekaan jenama ini.
“Saya ingin berterima kasih kepada Rizman dan Ruzaini kerana mempercayai bakat yang saya ada.
“Bukan mudah sebenarnya saya membawa jenama sebesar ini, justeru apabila diberi peluang saya fikir ini adalah masa yang terbaik untuk saya mencabar diri,” jelasnya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.