Pelakon serta usahawan popular yang berasal dari negara seberang, Tya Ariffin menyambut sambutan ulang tahun suaminya, Asyraf Khalid yang ke-30 di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Perkongsian itu dimuatnaik menerusi laman Instagramnya bersama-sama dengan beberapa gambar sambutan hari jadi suaminya itu. Menurut Tya, dia rasa bersyukur kerana memiliki Asyraf yang begitu baik untuk keluarga dan sentiasa bersifat terbuka untuk menjadi insan yang lebih baik.
…selamat ulang tahun yang ke-30 sayang. Tya sangat bersyukur dapat seorang suami yang sentiasa terbuka untuk menjadi orang lebih baik. Sentiasa menjadi suami, ayah bahkan anak yang baik untuk keluarga.
Tambahnya lagi, tempoh perkahwinan mereka yang hampir mencecah usia 10 tahun itu membuatkan dirinya lebih mengenali suaminya dengan lebih mendalam. Ternyata, suaminya itu benar-benar memberi inspirasi kepadanya.
Sayang, hampir sepuluh tahun mengenali dekat, I am really inspired and amazed what you do in your self and life.
Dalam hantaran itu juga, Tya turut memberi pujian kepada suaminya itu dengan menyatakan suaminya yang juga anak kepada usahawan terkenal Datuk Khalid Mohamad Jiwa ataupun lebih popular dengan panggilan Datuk K itu seorang yang kuat bekerja, bertanggungjawab serta seorang yang penyayang.
Tya juga turut memberi hint untuk memiliki empat cahaya mata bersama suaminya dan tidak sabar untuk mencecah waktu tua dan hidup selama-lamanya.
Can’t wait to get old with you and round the whole world with our 4 children (eh)?
Sekadar info, pasangan sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf.
Sumber gambar: Instagram Tya Ariffin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.