Bagaimana OneHop Dapat Berikan Anda Banyak Kemudahan Memandangkan Huawei Menghubungkan Serata Dunia?

Share

Adakah situasi berikut kedengaran sangat biasa bagi anda? Semasa bekerja dari rumah dan ingin memindahkan fail atau foto melalui telefon dan komputer, anda memerlukan kabel untuk membuat sambungan lalu ia memakan masa tanpa disedari.

Ramai di antara kita mempunyai banyak peranti, seperti pembesar suara, TV, dan telefon bimbit. Namun, di mana kita harus memulakannya jika ingin memindahkan kandungan di telefon ke pembesar suara atau TV? Semasa dalam perjalanan, sukar untuk mencari kunci kereta anda di dalam beg sendiri yang dipenuhi dengan banyak barang lain.

Teknologi Penghubung Dunia Dengan Mudah

Halangan ‘natural hardware’ antara peranti sangat mempengaruhi pengalaman pengguna. Oleh kerana pengguna semakin banyak menggunakan peranti pintar, mereka sangat memerlukan sambungan antara peranti pintar yang mudah.

Huawei telah memikirkannya dan menawarkan penyelesaian untuk menghubungkan dunia dengan menggunakan teknologi Huawei Share bagi membolehkan pengguna berhubung dengan mudah untuk semua perkara dalam sebarang senario, samada di pejabat, di rumah atau di mana sahaja anda berada.

Nikmati “Huawei Share” Inovatif Teknologi Terkini

Huawei Share tidak hanya membolehkan anda berkongsi fail antara telefon, malah menyediakan mod interaksi OneHop inovatif antara telefon dan peranti pintar lain, seperti pemindahan fail, perkongsian audio, sambungan rangkaian dan unjuran skrin yang memberikan pengalaman interaksi yang lebih natural.

Apabila anda perlu memindahkan foto yang diambil menggunakan telefon ke komputer untuk diubah suai, anda hanya perlu tap sahaja telefon NFC anda pada tag “Huawei Share” di sudut kanan bawah PC untuk menyambungkannya.

Sekiranya telefon anda menggunakan EMUI 10.0 atau versi yang lebih baharu, anda juga dapat menikmati Kolaborasi Multi-skrin inovatif yang disediakan oleh Huawei Share. Ia bukan hanya menyediakan pemindahan fail yang lancar antara PC / tablet dan telefon pintar, tetapi juga membolehkan papan kekunci dan tetikus komputer riba berfungsi sebagai periferal telefon lalu membolehkan berlakunya sinergi komputer riba / tablet-telefon.

Sebagai contoh, dengan hanya satu tap, mesej dapat dipindahkan ke seluruh peranti. Dengan satu tap di telefon ke PC atau tablet anda, ‘interface’ telefon akan dipaparkan di PC. Anda boleh membuka aplikasi di telefon anda atau membawa dokumen dari telefon ke PC dengan menggunakan tetikus. Anda juga boleh klik dokumen dua kali untuk mengeditnya (bagi EMUI 10.1 dan versi yang lebih baharu).

Segalanya Hujung Jari Anda

Apabila anda pulang ke rumah, tap telefon anda di bahagian atas pembesar suara Sound X untuk memainkan muzik dari tempat anda berhenti mendengarnya. Itulah ciri menarik One-Tap Audio Sharing anda ingin ‘pause’ muzik tersebut, anda tidak perlu mengeluarkan telefon anda dari poket anda sebaliknya tutup bahagian atas pembesar suara dengan telapak tangan anda dan segalanya akan terjadi seperti magis.

Sekiranya rakan anda datang dan ingin bermain ‘game’ bersama, ciri One-Tap Network Connection dari Huawei Share dapat membantu. Tidak perlu memberitahu mereka kata laluan Wi-Fi anda berulang kali. Dengan hanya tap telefon mereka di kawasan NFC di sudut kanan bawah penghala Huawei, mereka dapat mengakses jaringan Wi-Fi anda hasil daripada keupayaan One-Tap Screen Projection. Mereka juga dapat tap telefon pada alat kawalan jauh dari skrin pintar untuk membawakan layar ke TV dan menikmati manfaat yang dibawa oleh layar yang lebih besar dengan gambar yang lebih jelas.

Pengalaman Hidup Pengguna Serba Pintar

Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu membawa kunci kereta anda semasa keluar. Dengan Huawei Share, anda dapat membuka kereta dengan menggunakan telefon anda ketika anda berasa dekat dengannya. Anda juga dapat mengunci kereta anda walaupun anda berada jauh dari situ yang mana sangat memudahkan ketika anda berada di luar dan sekitarnya.

Huawei Share hanyalah satu langkah kecil. Pada masa akan datang, Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan ekosistem untuk memberikan pengalaman hidup semula jadi dan pintar kepada pengguna.

Petal Search Widget – Gerbang Anda ke Sejuta Aplikasi

  • HUAWEI sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada penggunanya untuk pengalaman terbaik.
  • HUAWEI P40 PRO + dilengkapi dengan Petal Search Widget- Find Apps, widget carian baru yang membantu pengguna mencari aplikasi, kandungan dan berita yang mereka mahukan dengan lancar.
  • Direka oleh HUAWEI, teknologi baharu ini memberi pengguna akses dan pilihan dalam dunia aplikasi dengan cara yang belum pernah mereka miliki sebelumnya.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Terdapat tiga langkah mudah untuk memanfaatkan sepenuhnya Petal Search Widget – Find Apps.

Langkah 1:

Bagi menolong mendapatkan semua aplikasi yang anda perlukan pada peranti Siri P40, Petal Search Widget – Find Apps akan membantu anda melakukannya.

Setelah siap, hanya klik pada bar ‘Cari Aplikasi’ di skrin utama anda untuk memulakankannya.

Langkah 2:

Aplikasi Petal Search Widget akan menunjukkan kepada anda aplikasi teratas yang mungkin ingin anda muat turun. Hanya nama aplikasi yang anda cari di bar carian.

Langkah 3:

Petal Search Widget –  Find Apps akan memaparkan hasil yang paling relevan mengikut carian anda. Ini merangkumi apa yang anda boleh muat turun dari Huawei AppGallery, pasang melalui pautan rasmi, gunakan versi web atau pasang dari pihak ketiga yang lain.

Ikuti kempen HUAWEI Together 2020  di https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/. Dengan adanya One Tap Connectivity dengan HUAWEI Share, semuanya mudah!. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ekosistem peranti pintar terbaharu yang diperkenalkan oleh HUAWEI.

Published by
SH