Kata orang, kesyukuran itu kunci kebahagiaan. Sesetengah orang memiliki semua yang diimpikannya seperti kejayaan dan kekayaan namun masih tidak berasa bahagia.
Mungkin anda juga sebahagian daripada golongan tersebut.Jangan risau, mari kita amalkan tips bersyukur di bawah yang dikongsi oleh @amalinaulya menerusi laman Instagram yang dapat membantu kita mengecapi kebahagiaan hidup.
Ads
Mudahnya untuk bersyukur. Hanya tiga langkah sahaja! Jom sama-sama kita praktikkan tips di atas agar kita sentiasa mengingatiNya yang tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya.
Solat Subuh merupakan salah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Sekiranya tertinggal, wajib diqada’.
Kita sering terlepas melakukan solat Subuh kerana ia dilakukan bermula daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari. Pada waktu orang sedang solat Subuh, kita pula tengah sedap tarik selimut.
Kadangkala, kita berazam untuk bangun solat Subuh tetapi tidak juga bangun. Keadaan ini sering terjadi pada hujung minggu. Oleh itu, kami paparkan 5 tip agar anda tidak lagi terlepas solat Subuh bermula hari ini.
Kebiasaannya, mereka yang tidur awal akan bangun awal, begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berborak kosong serta membuang masa selepasnya sehingga tidur lewat.
“Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamulail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh.”
(Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim)
Kunci kedua untuk mudah bangun Subuh ialah memelihara amalan sunah ketika tidur pada waktu malam. Antara amalan sunah yang boleh diamalkan adalah berwudhu’ dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Bagi anda yang sukar bangun pagi, mohon pertolongan ahli keluarga atau kawan untuk membantu menggerakkan anda untuk bangun di awal pagi. Atau sediakan jam loceng.
Keimanan merupakan pendorong utama untuk seseorang individu melakukan amalan yang sukar. Contohnya, mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di masjid adalah amalan yang sukar dan tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala.
Bagi meningkatkan keimanan, anda hendaklah banyak melakukan kebaikan kerana dengan hati yang suci dan bersih sahaja dapat menyuburkan Iman seseorang individu itu. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan ia merupakan penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah.
Maksiat adalah salah satu penghalang untuk anda bagun solat Subuh. Oleh itu, jauhi segala maksiat iaitu maksiat mata seperti melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, maksiat lidah iaitu mengumpat dan mengata, maksiat telinga seperti mendengar hiburan yang haram serta umpatan dan fitnah. Kebiasaannya, mereka yang melakukan maksiat sukar untuk bangun solat Subuh kerana ia melemahkan naluri untuk beramal soleh.
Antara punca jiwa menjadi lemah adalah bangun lewat dan meninggalkan fardu Subuh. Oleh itu, syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya bangun pagi. Hukuman meninggalkan solat Subuh adalah anda akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. Ngeri kan?
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Nabi Muhammad s.a.w sangat memelihara waktu tersebut dengan memenuhkannya dengan zikir. Baginda selalu berzikir sehingga terbit matahari dan terus melakukan solat sunat Dhuha.
Jika kita lihat, kebanyakan orang yang berjaya dalam urusan dunia seperti orang berniaga kerana mereka memulakan kerja mereka pada awal pagi. Pada awal pagi, rezeki terbuka luas. Selain itu, bangun awal juga mempunyai kebaikan daripada sudut kesihatan kerana udara yang dihirup pada waktu Subuh adalah udara yang segar. Ia mampu mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergaskan fizikal.
Sekiranya anda berjaya bangun solat Subuh, ia adalah bukti kekuatan iman anda kerana anda menang dalam peperangan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur
Sumber: khalifahmedia.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dewasa ini ramai yang begitu prihatin menjaga kuku dan pancaindera yang satu ini memang diberi perhatian khusus hingga sanggup merapikan kuku setiap minggu. Tidak salah untuk memanjakan tangan, tetapi bukanlah caranya dengan menyimpan kuku panjang. Memang nampak cantik setelah merapikannya, tetapi hukum yang diberi ustaz ini juga menakutkan.
Jika ada yang menyimpan niat, sila abaikan kerana kuku pendek itu lebih terjamin kebersihannya.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus bagi lelaki atau perempuan yang menyimpan kuku panjang menyerupai orang kafir.
Menurutnya, sunat bagi kita memotong kuku lebih rendah daripada jari. Hukumnya jadi harus pula jika kita menyimpan sama tinggi dengan jari.
Dan jika kuku panjang lebih dari jari, hukumnya tidak berdosa tetapi jatuh makruh. Walau bagaimanapun, jika kuku itu panjang menyerupai orang kafir, hukumnya terus jatuh haram.
Ada pula yang berkata dosa menyimpan kuku panjang ini umpama membela sekandang babi. Menurut beliau, ia tidak betul. Tetapi tetap menekankan hukum membela kuku panjang menyerupai orang kafir adalah HARAM.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejenak bersama pengasas tudung dUCscarves Vivy Yusuf di pembukaan rasmi store fizikal di Suria KLCC, terimbas kembali juga kemunculan jenama tudung ini yang menjadi kegilaan ramai hijabi selama 5 tahun berada di pasaran. Malah ada dalam kalangan penggemar jenama ini yang digelar dUCkies.
Kemunculan Vivy dalam industri fesyen satu frasa yang menarik. Ini kerana figura ini tidak pernah lokek untuk bercerita mengenai kisah lampau di mana permulaan hijrah hijab beliau.
Ditanya mengenai siapa pendorong kuat Vivy berhijab pasti jawapan itu dengan telus dan ikhlas darinya. Seorang ibu akan sentiasa mendorong anaknya itu untuk berhjab.
“Ibu saya selalu bertanya bila nak pakai tudung? Dan sering kali soalan itu diajukan dan sering kali pelbagai alasan yang akan muncul dari mulut saya.”
“Nantilah bila dah masuk universiti nantilah bila berkahwin….nantilah bila dah ada anak….” ujar Vivy apabila terimbas kembali detik permulaan memakai hijab.
Alasannya ketika itu tidak memahami kenapa dia perlu memakai tudung sedangkan orang lain tidak memakainya.
Tiba masa dan saat paling indah dalam hidupnya rasa bersyukur itu datang apabila Allah S.W.T tidak pernah sempunakan apa yang diusahakan.
Malahan rasa syukur itu apabila dikurniakan dengan keseronokan, keluarga, rakan-rakan dan kehidupan yang saat paling baik.
Bermula dari itu, Vivy memberitahu permintaanNya yang satu ini iaitu berhijab tak akan dia tidak boleh tunaikan dan atas alasan apa untuk menidakkan permintaan itu.
Pandangan Vivy memakai hijab ini tidak perlu secara paksaan selagi mereka tidak tahu apa tujuannya. Biarlah rasa itu datang dengan cara tersendiri dan yang penting cinta pada Tuhan yang paling utama.
Tidak mempunyai rujukan mana-mana selebriti untuk berhijab atau jenama kesukaan, malah senang ‘try an error’ bagi kesesuaian gaya pada masa itu.
Punyai koleksi tudung yang banyak dia juga turut menyarung koleksi dari FashionValet dengan pelbagai warna dan corak.
Vivy juga rajin rujuk pada Youtube tutorial gaya hijab dan sehingga kini keselesaan yang dimiliki tidak janggal untuk menggenakan bawal square bagi keselesaan yang maksimum.
Tidak setuju sama sekali dengan sangkaan itu, Vivy merasakan pendapat itu keterlaluan kerana itu terpulang pada individual dan jangan sampai melabel sesuatu tanpa memikirkan perasaan individu.
Sekiranya benar tujuan mereka berhijab untuk populariti, apa salahnya setidak-tidaknya mereka ingin berhijrah.
Semua orang punyai perjalanan hijrah hijab yang berbeza, sekiranya populariti datang yang pertama insyalaah keikhlasan itu akan datang kemudian.
Jangan sesekali kita menghukum mereka yang berhijrah hanya untuk berfesyen atau populariti.
Bermastautin di negara sendiri kita tidak akan terasa kepentingan memakai hijab, malah ada yang anggap sebagai budaya memakai.
Apabila kita berada di negara luar adalah satu cabaran untuk kita untuk kekal berhijab. Solat adalah tiang utama untuk kita kekal istiqomah dalam berhijab.
Masa bergerak terlalu pantas, kini jenama Duck telah menghantui hijabi selama empat tahun. Pembukaan 2019 tirai pembukaan yang indah di mana fizikal store yang keempat di buka di Suria KLCC pada 4 Januari 2019. Melawati store terbaharu ini, seni dalaman yang indah seakan-akan Vivy memahami kehendak hijabi masa kini.
Pasti mereka yang mengunjungi store ini tidak akan jemu dan tidak melepaskan peluang ootd di setiap sudut. Sedikit imbasan barangan keluaran di bawah jenama Duck:
HIJAB – yang terdiri dari rangkaian shawl, instant scarves, twillies dan inner, shawl bercetak dan edisi terhad.
KOSMETIK – Kosmetik berkala dan rangkaian mandian.
PERKAKAS TULIS – Buku Nota, Planner, Alatan tulis dan lain.
PERALATAN RUMAH – Penyangkut baju, tuala, lilin dan lain.
AKSESORI – Tas Tangan.
HijabVibes VIVY YUSUF– “Perlu ingat Tuhan dah bagi segalanya dan tiba masanya Vivy terus besyukur dengan apa yang ada. Sekiranya ada orang sekeliling belum berhijab tidak perlu ada paksaan biarkan ia datang dengan penuh keikhlasan”.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.