Ramadan bukan sahaja bulan paling suci dalam kalendar Islam, tetapi ia juga merupakan bulan berpuasa, muhasabah diri, dan peningkatan diri untuk umat Islam.
Sepanjang tempoh bulan Ramadan, umat Islam menahan diri dari makan dan minum dari subuh hingga ke senja dan berbuka puasa bersama orang tersayang dengan menikmati hidangan istimewa Ramadan, juadah bazar, atau hidangan bufet.
Menguruskan aktiviti fizikal dan melakukan senaman sepanjang Ramadan bukanlah mudah – lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berpuasa dan tidak makan dan minum. Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh BMC Public Health, 50% umat Islam yang berpuasa bersetuju bahawa aktiviti fizikal mereka menurun dengan ketara sepanjang empat minggu Ramadan.
Tetapi dengan langkah-langkah yang betul, ianya tidak mustahil untuk memasukkan senaman ke dalam jadual anda, dalam masa yang sama berhati-hati untuk tidak membebankan badan anda. Mereka yang berpuasa boleh menggunakan aplikasi mudah alih seperti Muslim Pro bukan sahaja untuk memantau solat dan waktu berpuasa, tetapi juga mengakses kandungan gaya hidup yang relevan seperti rutin senaman dan resipi Ramadan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Senaman ketika berpuasa
Kami bercakap dengan usahawan kecergasan, Nawal Alhaddad, tentang cara memasukkan senaman ke dalam rutin Ramadan anda. Selain itu, pembaca boleh melihat siri senaman mesra Ramadan di aplikasi Muslim Pro!
Mulakan dengan perlahan dan tenang
Bagi sesiapa sahaja yang berminat dengan aktiviti senaman, matlamat yang biasa kita dengar adalah untuk ‘melakukan senaman dengan lebih gigih’; berlari satu pusingan lagi, angkat yang lebih berat, atau bersenam selama 30 minit lagi.
Ads
Walaupun badan anda secara amnya mampu mengekalkan aktiviti seperti senaman, namun pada bulan Ramadan (terutamanya minggu pertama), anda harus mengurangkan intensiti senaman dan hanya melakukan senaman yang ringan selama satu atau dua minggu untuk membolehkan badan beradaptasi dengan rutin puasa. Ini boleh dilaksanakan melalui pengurangan jumlah hari bersenam, menggunakan pemberat yang agak ringan atau senaman yang lebih pendek. Menyesuaikan badan ke dalam rutin barunya akan menjadikan senaman harian satu kebiasaan pada bulan Ramadan.
Pilih masa anda
Pada bulan Ramadan, masa senaman anda mungkin memerlukan beberapa pengubahsuaian, terutamanya sekitar tempoh berpuasa dan ketika berbuka puasa. Nawal berkata masa kegemaran peribadinya untuk bersenam pada bulan Ramadan adalah pada waktu petang, kira-kira sejam sebelum berbuka puasa. Jadi anda tidak perlu menunggu terlalu lama sebelum makan. Selain itu, senaman adalah cara terbaik untuk meningkatkan selera makan!
Ads
Jika anda tidak mampu bersenam dengan perut yang kosong, pertimbangkan untuk bersenam pada waktu malam selepas anda berbuka puasa. Sebagai alternatif, jika anda sering bangun pada awal pagi, cuba bersenam sebelum atau selepas sahur, ia akan menjadi cara yang baik untuk membuatkan anda rasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari anda!
Diet yang sihat
Semasa Ramadan kita dikelilingi dengan bermacam-macam makanan yang lazat, walaupun sudah tentu anda dapat menikmatinya, ia juga penting untuk mengamalkan kesederhanaan dan memastikan anda mendapat nutrien yang diperlukan oleh badan.
Sekiranya ingin bersenam sepanjang Ramadan, anda harus mengutamakan makanan yang kaya dengan protein untuk membantu tubuh pulih dari aktiviti fizikal dan juga puasa anda. Walaupun ayam dan daging lembu sering menjadi pilihan apabila kita bercakap tentang sumber protein, namun kita juga boleh mempertimbangkan pelbagai jenis ikan seperti tuna atau salmon, serta tumbuh-tumbuhan seperti kacang hitam dan lentil. Elakkan makanan berminyak juga akan membantu anda untuk tidak berasa lesu ketika berpuasa; sebaliknya, ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat untuk memastikan anda kenyang dan bertenaga. Betik, bayam dan kubis bunga antara beberapa makanan yang menjadi pilihan dalam senarai teratas kami!
Ads
Cuba gaya senaman baru
Aktiviti dan senaman intensiti tinggi mungkin tidak dapat dilakukan pada bulan Ramadan, bergantung pada tahap tenaga anda. Sama ada bermain bola sepak dengan rakan-rakan atau memaksimumkan pemberat anda setiap minggu di gim, perkara-perkara ini boleh menjadi sukar apabila anda berpuasa.
Ramadan adalah peluang yang ideal untuk bereksperimen dengan sesuatu yang baru yang membolehkan badan dan otot anda terus bergerak, walaupun pada kadar yang lebih perlahan. Yoga adalah amalan yang sangat baik untuk meningkatkan kekuatan otot dalam masa yang sama anda juga akan berasa lebih relaks. Berbasikal dan berenang juga adalah dua latihan berimpak rendah yang boleh anda lakukan pada kelajuan anda sendiri.
Fahami badan anda
Akhir sekali, badan anda akan memberitahu apa yang anda perlukan, yang perlu anda lakukan ialah berhenti dan fahaminya. Walaupun senaman akan membawa kepada kesihatan keseluruhan yang lebih baik, penting untuk anda fahami bahawa badan anda memerlukan masa untuk beradaptasi dengan situasi baru.
Jangan risau jika anda tidak berada di tahap kecergasan terbaik anda pada bulan Ramadan ini. Terdapat banyak kaedah lain untuk kekal cergas tanpa melebihi keupayaan badan anda. Adalah penting bahawa anda menghormati badan dan menjaganya dengan baik dan sepatutnya sepanjang bulan Suci ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika melhat penampilan Rozita Che Wan atau Che Ta yang kekal cantik dan langsing ramai yang inigin tahu apa caranya. Walaupun usianya sudah mencecah 45 tahun, tetapi pelakon yang juga merupakan ibu kepada tiga cahayamata ini tak pernah nampak tak cantik. Selain dari minum air masak selepas sejam makan, apa agaknya rahsia Che Ta mengekalkan kejelitaan, kesihatan serta kebahagiaan setelah hampir empat tahun berumah tangga.
Menurut Che Ta, dia memang menjaga kecantikannya walaupun ketika di dalam rumah. Dia tidak mahu hanya cantik ketika di luar sahaja, tetapi mahu suaminya tetap memanggil dirinya seperti bidadari sebaik bangun dari tidur.
Bukan itu sahaja, sejak dulu dia memang sudah terbiasa menjaga kecantikan dengan penampilan menarik. Jadi tidak ada masalah untuknya kekal menarik walau dalam apa juga situasi.
Tida dinafikan dia antara artis yang rajin berselfie tidak kira walau di mana berada. Malah jika bercuti dalam atau luar negara, kita akan disajikan dengan OOTD yang berlainan setiap hari.
Menurut Che Ta, dia mengambil masa sehari suntuk untuk mem’packing’ baju jika mahu bercuti. Sebagai ibu dia bukan hanya menyiapkan untuk dirinya seorang, tetapi juga untuk anak-anaknya termasuk yang dewasa.
Walaupun sibuk dengan aktiviti, pelakon bermata cantik ini sesekali tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu. Dia akan pastikan dapat meluangkan masa bersama mereka untuk bercerita dengan anak-anak.
Pelakon tinggi lampai ini juga tidak memikirkan untuk menimang cahayamata lain setakat ini dan cukup hanya tiga orang. Ini kerana dia akan lebih fokus dan ada masa melihat tumbesaran masing-masing.
Menurutnya ketika mereka besar inilah masa sesuai menjadi kawan untuk anak-anaknya. Ini kerana jika sudah berkahwin nanti pasti mereka hanya akan bercerita soal apa sahaja dengan pasangan masing-masing
Jika bercerita soal Che Ta pasti tidak akan lari dari topik mengenai anak bongsunya Aaisyah Dhia Ranaa yang bukan saja comel tetapi juga petah bercakap. Malah Aaisyah sering jadi perhatian netizen kerana gemar sekali meniru aksi orang dewasa terutama ibunya sendiri dalam soal bermekap dan melawa.
Mengakui dia jarang berkongsi video melakukan aktiviti bersama Aaisyah tetapi tidak bermakna dia tidak meluangkan masa dengan anak bongsunya itu. Tetapi menurut Che Ta dia tak sempat nak merakam aktiviti kerana ketika bersama, dia tidak memegang telefon disebabkan mahu memberi perhatian dan fokus pada Aaisyah.
Che Ta juga turut membiasakan anaknya itu bergaul dengan orang ramai termasuk rakan-rakan Che Ta sendiri. Ini menyebabkan Aaisyah tidak takut dengan orang dan dia juga turut memberi pendedahan dan peluang kepada Aaisyah untuk bereksplorasi dengan persekitarannya.
Menurut Che Ta lagi walaupun begitu, dia tetap mengutamakan soal agama apabila memanggil ustazah untuk datang mengajar mengaji. Aaisyah juga menurutnya telah dihantar ke sekolah tadika bahasa Mandarin dan kini selain bahasa Melayu dan Inggeris, anaknya juga sibuk bercakap bahasa Cina.
Bertemu ketika pelancaran produk kecantikan Nell Aesthetica, Che Ta mengakui agak cerewet dengan pemilihan produk untuk menjadi dutanya. Mengambil masa agak lama sebelum mengambil keputusan untuk bersetuju bergelar duta produk ini selama setahun.
Dia turut melahirkan rasa bersyukur kerana kerjaya seninya tetap aktif dan terbaru turut dilantik menjadi Ikon Kedah. Dia diantik bersama Janna Nick dan akan turun ke Kedah dalam mempromosikan negeri itu hanya tiga kali setahun. Selain itu Che Ta juga turut bekerjasama dengan satu pemaju perumahan.
Sejak kebelakangan ini, kisah kecurangan pasangan banyak berlaku sehingga membuatkan sesetengah netizen ‘takut’ untuk berumah tangga. Namun, sebenarnya, percaya tau tidak… masih ada lagi yang setia; seperti lelaki ini yang menjadi ‘bukti’ cinta sejati itu masih lagi wujud.
Jejaka yang bernama Ahmad Kamal Effendi Kamarudin ini bukanlah seorang selebriti ataupun ‘influencer’, namun kisah keutuhan cintanya yang sanggup mengahwini seorang pejuang barah buah pinggang tahap 4 pernah tular serta menarik perhatian ramai suatu ketika dahulu.
Lebih memilukan hati, isterinya iaitu Dr. Nik Idzni Dalila Nik Mahmud menghembuskan nafas terakhir genap pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka iaitu 27 Disember 2016. Malah sepanjang 365 hari perkahwinan itu, Kamal Effendi sanggup berkorban serta menyerahkan jiwa dan raganya demi menjaga ‘bidadarinya’ yang sedang kritikal.
Kisah cinta sejati
Mengimbas kembali kisah cinta sejati pasangan ini, mereka awalnya berkenalan melalui laman Instagram serta mula jatuh hati dengan semangat positif arwah isterinya itu.
“Beliau tegur saya dulu di Instagram. Ketika itu, ia cuma perkenalan biasa. Selepas itu, barulah kami bertemu apabila isteri balik bercuti. Pertemuan itu membibitkan rasa cinta terhadapnya.”
“Ketika itu, saya masih belum mengetahui status kesihatannya. Kemudian, beliau berterus terang kepada saya. Bagi saya penyakit itu bukan sifat semula jadinya, malah bukan satu kekurangan kepadanya. Sebaliknya ia kelebihan pada isteri kerana terserlah sifatnya yang kuat menghadapi dugaan.”
“Saya jatuh cinta dengan Nik Idzni Dalila kerana walaupun sakit, beliau masih meneruskan pembelajaran dalam bidang kedoktoran di luar negara seorang diri.
“Malah, menanggung kesakitan bersendirian walaupun jauh dari keluarga. Sikap positif dan penyayang beliau menambat hati saya.”
Apa yang membuatkan netizen kagum adalah sehingga ke hari ini, lelaki berusia 32 tahun ini masih solo dan belum punya pengganti. Malah, setiap kali tibanya tarikh 27 Disember (tarikh ulang tahun perkahwinannya), dia akan pergi ke pusara isteri di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang dengan membawa sejambak bunga untuk meraikan ulang tahun perkahwinan.
Guru Bahasa Inggeris ini telah memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya baru-baru ini. Hantaran tersebut merupakan foto ketika dia berada di pusara suri hatinya dan terlihat dia membawa bunga ros berwarna oren.
Difahamkan, ia merupakan simbolik yang melambangkan harapan cerahnya menghadapi tahun baru tanpa seorang isteri yang dicintai. Dia turut meluahkan rasa syukur akan usia perkahwinan mereka yang kini sudah genap memasuki tahun ke tujuh.
Hasil tinjauan Hijabista, lelaki tersebut mewajibkan dirinya pergi ke pusara isterinya setiap tahun. Dia juga akan ‘menghadiahkan’ bunga yang berbeza warna yang mempunyai maksud tertentu.
Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen kagum dengan sifat setia yang dimilikinya serta tidak menyangka sudah enam tahun sejak isteri Kamal Effendi meninggal dunia. Bahkan, mereka memang ‘mengikuti’ Instagram Kamal sejak dia tular dulu lagi.
Sejak tampil dengan imej baharu, iaitu mengenakan hijab setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji bersama suami tercinta pada Oktober lalu.
Pelakon jelita, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen sering menjadi sorotan netizen.
Baru-baru ini, isteri kepada ahli perniagaan Muhd Hafez Halimi itu sekali lagi mencuri perhatian netizen menerusi penampilan yang memukau pada hari ulangtahun kelahiran dan majlis kesyukuran Nelydia Senrose.
Imej Sopan Dan Manis Berhijab Nelydia Senrose Jadi Bualan
Perkara itu dapat dilihat menerusi ruangan Instagram miliknya apabila, Nelydia sering berkongsi foto-foto dirinya yang tampil dengan imej sopan dan berhijab itu menerima ribuan tanda suka daripada peminat mahupun rakan selebriti.
Terbaharu, satu muatnaik video dilaman Tik Tok oleh seorang jurusolek yang berkongsikan momen beliau menatarias wajah Nelydia Senrose, sehingga menaikkan lagi seri wajahnya itu tular di laman sosial berkenaan.
Tanpa ‘Filter’ Memang Cantik Semulajadi!
Kejelitaan dan kecantikan wajah Nelydia setelah ditatarias tanpa menggunakkan sebarang filter dalam video berkenaan berjaya membuatkan peminat dan warganet terpukau dengan kecantikan yang dimiliki.
Ini demikian kerana, seorang individu sempat meminta video atau gambar pelakon jelita itu tanpa menggunakan sebarang filter.
Namun apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah pendedahan dari jurusolek itu sendiri bahawa video yang diambil itu adalah video asal tanpa penggunaan sebarang filter.
‘Ni takde filter sis’
Malah, terdapat juga dikalangan netizen yang berpendapat bahawa wajah Nelydia begitu manis dan lembut sehingga tidak jemu mata memandang.
‘Antara artis yang sangat sangat cantik, tak jemu mata memandang’
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati kebanyakan wargamaya memberikan tumpuan terhadap kecantikan Nelydia Senrose sekaligus membanjiri ruangan komen dengan pelbagai puji-pujian.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...