Isi Kandungan
ToggleKepuasan menggenggam segulung ijazah itu memang sukar diungkapkan. Apatah lagi jika berjaya mendapat ijazah kelas pertama. Pasti seronok rasanya apabila dapat membanggakan ibu bapa. Banyak cara sebenarnya untuk kita berusaha dapat keputusan cemerlang antara dengan mengamalkan surah Ar-Rahman.
Bagaikan magis, seorang pengguna Twitter @Feeryna telah berkongsikan kehebatan surah Ar-Rahman ketika mengulangkaji pelajaran. Sangat berkesan!
Surah Ar-Rahman membantunya untuk menghafal apa yang perlu…
Rezeki juga tidak putus-putus datang…
Setelah segala usaha dan penat lelah, akhirnya dia berjaya mendapatkan Anugerah Naib Canselor.
Jangan main phone tau sewaktu belajar. Cuba untuk kekal fokus!
Perkara ini turut dipersetujui oleh netizen. Yang penting berserahlah kepadaNya.
sumber: twitter @Feeryna
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Formula Menjemput REZEKI Dan Kekayaan. Ramai Mereka Yang Popular Amalkan FORMULA ini
Isi Kandungan
ToggleFormula Menjemput Rezeki Ustaz Azhar Idrus berkongsi cara kita menjemput rezeki dari Allah SWT pada mahkluk-Nya adalah jaminan yang pasti lagi benar untuk menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaran-Nya.
Selain dari Allah SWT siapa lagi yang boleh mendatangkan sumber rezeki yang tidak pernah putus-putus untuk memenuhi keperluan hidup kita di dunia ini.
Dibawah ini adalah formula untuk menjemput rezeki yang diamalkan mereka tanpa kita ketahui.
1. DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
2. TAHAJJUD
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3. AL QURAN
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..
4. ZIKIR
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
5. SOLAT BERJEMAAH terutama lelaki
Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. SILATURRAHIM
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..
7. BERSEDEKAH
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..
8. SOLAT AWAL WAKTU
Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH
Jangan mengharapkan manusia di luar sana..
10. TAWAKAL DAN USAHA
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk – Sebelum tidur
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rider Grab ‘Selar’ Layanan Tak Wajar Terhadap Pelanggan OKU, Alasan Tiada Lif – “Jangan Sibuk Kejar Order Je!”
Isi Kandungan
ToggleSering kita lihat isu penganiayaan terhadap penghantar makanan seperti Grab Food atau Food panda. Namun, ada juga masalah berbangkit dari perkhidmatan itu sendiri kepada pelanggan yang menggunakan khidmat ini.
Tular sebuah perkongsian dari Penghantar Grab sendiri menegur penghantar makanan yang lain untuk hantar makanan terus ke depan rumah pelanggan. Ini kerana ramai yang enggan melakukannya meski pun telah di request oleh pelanggan.
Artikel berkaitan: Aiman Jadi Pemandu Grab Bantu Keluarga Yang Susah Tapi Ajal Jemput Dulu. Netizen Doakan Syurga Tempatnya!
Susah Sangat Ke Nak Letak Di Depan Rumah?
Menurut perkongsian dari pengguna TikTok @grab_nizam, dia ada menghantar makanan kepada seorang pelanggan yang duduk di sebuah pangsapuri. Dia juga menyatakan pelanggannya itu duduk di tingkat 4 dan memintanya untuk hantar ke depan rumah.
Pelanggannya itu merupakan seorang wanita yang di gelar ‘Auntie’ adalah orang kurang upaya (OKU). Katanya, ramai rider yang enggan untuk menghantar makanan ke depan rumahnya kerana pangsapuri itu tiada lif keatas.
“Auntie ini complain ramai rider tak mahu naik ke atas tingkat 4 kerana tiada lif,
“Kalau suruh naik rider akan bagi macam-macam alasan. Tapi tahu tak kenapa dia suruh naik? Auntie ni OKU! Please rider jangan sibuk kejar order sahaja.” tulisnya dalam video itu.
“Apa Salahnya Kita Mudahkan Urusan Orang?”- Wargamaya
Isu ini juga turut menjadi perhatian buat wargamaya ekoran mereka juga pernah alami masalah ini. Ada juga yang bersyukur kerana masih ada rider yang baik seperti Nizam (pemilik video itu).
“Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita bang. Semoga dimurahkan rezeki abang,
“Selalu bagi tip dekat rider kalau mereka hantar sampai depan pintu. Even tingkat 1 pun aku akan bagi tip sebab mereka dah susah-susah hantar makanan dekat kita,
“Entah, dulu elok sahaja sebelum pkp naik sampai atas. Drop dekat bawah sebab PKP, sekarang rasanya tak valid dah tinggal dekat bawah alasan PKP.” ujar komen-komen wargmaya susulan isu ini.
Artikel berkaitan: Ciri Terbaharu Merakam Suara Semasa Perjalanan, Grab Melindungi Pengguna Dengan AudioProtect
Tidak semua penghantar makanan yang berkelakuan seperti itu, tetapi mungkin minta dipertimbangkan untuk memahami satu sama lain. Jaga hubungan kita agar urusan kita bersama dimudahkan.
@grab_nizamKalau rasa x berminat ramai lagi org nak keje rider nih jgn disebabkan segelintir punya peel semua rider terpalit sama♬ Commando – Mavokali
Sumber: Tiktok @grab_nizam
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak ‘Post’ Atas Sejadah, Bukan bermakna Orang Tak Solat” – Hafreez Adam Tegur Komen Suruh Jaga Ibadah Boleh Tapi Berpada-pada
Isi Kandungan
ToggleIsu depresi atau sakit mental masih lagi kurang di ambil endah dalam masyarakat kita meski pun ramai yang sering berkongsi kisah mereka menghidap salah satu penyakit mental.
Gusar dengan komen yang boleh memudaratkan, pelakon Hafreez Adam nasihatkan supaya berpada-pada dalam berikan nasihat seperti mengaji atau menjaga solat untuk melawan sakit mental.
Kita Tak Lalui Apa Mereka Rasai – Hafreez Adam
Di temu bual bersama Harian Metro, Hafreez Adam Aizat Zahalan tidak menghalang sesetengah individu untuk memberi nasihat untuk jaga ibadah tapi perlu mengikut situasi yang di hadapi seseorang.
“Bila orang kongsi atau cerita pasal isu kesihatan mental, jangan pergi kepada mereka dan cakap seperti jaga solat, banyakkan mengaji dan sebagainya,
Artikel berkaitan: Bukan Sakit Mental Jika Cakap Dengan Sendiri Depan Cermin, Ini Apa Pakar Kata
“Sebab anda tak tahu apa yang mereka lalui, anda tak tahu apa mereka sudah lalui untuk rasa lebih baik. Anda tak tahu apa-apa. Saya tidak cakap ia salah, sebab ia sememangnya betul,
“Tapi anda kena ingat satu perkara, tak semua orang ‘post’ gambar atas sejadah. Tak ‘post’, tak bermakna orang tak buat. Bayangkan kalau orang itu buat semua itu, solat, mengaji dan sebagainya, tapi masih ada isu.” katanya.
Tambahnya lagi, kita tidak tahu bagaimana perjuangan mereka. Mungkin individu tersebut telah berusaha sedaya mungkin dan bertarung dalam diam.
“Dengan anda beritahu semua itu, sementara mereka sudah pun melakukannya sebab hanya Allah yang tahu bila. Bagaimana anda fikirkan itu akan buat mereka rasa?” ujarnya.
Jangan Ambil Ringan Tentang Sakit Mental
Pelakon berusia 33 tahun itu juga menegaskan supaya masyarakat tidak patut mengendahkan apa-apa perkara yang boleh membawa kepada masalah dalam kesihatan mental.
“Dan ingatkan, setiap orang, ujian dia berbeza. Perkara terakhir yang anda boleh lakukan, berdoa untuk mereka. Secara peribadi. Jangan ambil ringan sangat isu kesihatan mental ini,
Artikel berkaitan: Dah Tak Ada Masa Untuk Rehatkan Diri, Kenapa Seksa Mental Anda Sebegitu Teruk…
“Rasa dia tak ‘best’. Kamu putus dengan teman lelaki dan wanita pun menangis 13 hari. Sampai tak nak makan apa semua. Itu, sekurang-kurangnya kamu tahu kenapa kamu rasa macam tu,
“Bayangkan orang yang rasa ‘down’, tapi tak tahu punca? Senangkah nak okay kalau punca pun tak tahu? Berbuat baik.” jawabnya lagi berkenaan isu ini.
Sekadar info, Hafreez Adam merupakan salah seorang Hero Remaja 2011/2012. Dia juga antara peserta Hero Remaja yang berjaya melakar nama di industri seni seiring bersama Fattah Amin, Syafiq Kyle, dan Hafidz Roshdi.
Sumber: Harian Metro
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI