Ahli farmasi yang juga seorang YouTuber dan influencer terkenal media sosial iaitu Siti Awe atau nama sebenarnya Siti Hawa Mohd Nor selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Faiz.
Awe,28, yang sering bercakap mengenai isu kesihatan dan juga topik lain selalu tular di media sosial apabila videonya bersama ML Studios itu mendapat perhatian ramai netizen yang ingin mengetahui pandangannya mengenai sesuatu isu yang sentiasa bernas.
Tampil menawan di hari bahagianya, Awe memilih warna putih yang sememangnya simbolik hari perkahwinan. Cantik sangat!
Tahniah Sis Awe! Moga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke Jannah dan menjadi seorang isteri yang solehah. Teruskan juga menjadi seorang influencer yang memberikan info bermanfaat pada netizen semua. Kami sentiasa mendoakan kejayaan sis.
Sepanjang tempoh PKP ramai rakyat Malaysia selesa membeli segala keperluan melalui atas talian. Proses ini memudahkan mereka menerima barang keperluan tanpa keluar rumah. Namun permintaan menghantar bungkusan (parcel) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan peningkatan mendadak susulan aktiviti pembelian dalam talian.
Melalui Harian Metro Pengurus Kanan Pick Up & Delivery Pos Malaysia, Mohd Azilah A Rahim berkata, pihaknya turut menerima peningkatan jumlah pesanan Pos Laju sebanyak 35 peratus sepanjang PKP ini.
“Kami menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.
“Sebenarnya Pos Malaysia dan Pos Laju mempunyai banyak pengalaman untuk menghadapi waktu kritikal seperti ini.
“Oleh itu, kami menambah fasiliti pemprosesan supaya semua barang yang diterima dapat diserahkan kepada pelanggan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, berikutan peningkatan jumlah bungkusan dan waktu perniagaan disingkatkan sepanjang PKP, penghantaran dijangka mengalami sedikit kelewatan. Mohd Azilah berkata, untuk memenuhi permintaan pelanggan, penghantaran turut dilakukan pada hari Ahad dan kakitangan serahan Pos Laju bertugas bermula 8.30 pagi hingga 7 petang.
“Khidmat tambahan ini mengelakkan berlaku lambakan bungkusan di pusat Pos Laju dan mempercepatkan proses penghantaran kepada penerima,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga menasihatkan pelanggan yang membuat pembelian dalam talian untuk menetapkan alamat rumah terkini.
“Ini adalah kerana penyerahan tidak dapat dilakukan kepada premis pejabat atau perniagaan yang ditutup semasa PKP.
Masih Punyai Masalah Kelewatan
Walaupun Pos Malaysia dan Pos Laju telah meningkatkan perkhimatan, ramai yang masih gusar kelewatan barang yang dipesan masih lambat. Melalui perkongsian wanita ini Maizura Mohamad, Ini cara penyelesaian dan tip untuk mengesan barangan yang belum sampai.
“Kami juga menggunakan perkhidmatan AskPos, ejen pintar maya di laman sesawang kami bagi memudahkan pelanggan kemas kini alamat,” katanya.
Sementara itu, bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil utiliti, telekomunikasi, Internet atau memperbaharui insurans kenderaan dan perjalanan, ia boleh dibuat melalui atas talian (posonline.com.my) tanpa perlu hadir ke pejabat pos.
Perkahwinan itu diibaratkan ‘membina masjid’ kerana ia merupakan salah satu tuntutan mulia di dalam Islam, iaitu penyatuan dua jiwa yang menghindarkan perilaku maksiat sekaligus menjauhi zina.
Justeru, tidak seharusnya ibadah perkahwinan ini disulitkan dengan pelbagai adat yang kadangkala tidak masuk akal dan sukar untuk dicapai.
Pihak Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin Bernilai RM 21,000
Namun, begitulah nasib malang yang menimpa pasangan kekasih dari Indonesia apabila hari bersejarah mereka terpaksa dibatalkan dan didesak untuk berpisah oleh keluarga bakal pengantin perempuan yang terlalu taksub mengikut adat.
Perkara ini menjadi sorotan dan bualan hangat dikalangan wargamaya, apabila gadis yang dikenali sebagai Marwana Nareswari, berasal dari Sulawesi Barat memuatnaik hantaran video dilaman Tik Tok miliknya, berhubung perkara berkenaan.
Kisah sedih cinta yang tidak kesampaian buat kedua pasangan ini, berjaya meraih perhatian netizen sehingga akhirnya tular di laman sosial.
Hijabista difahamkan, punca pernikahan dan majlis perkahwinan yang sudah menanti hari itu terjadi ekoran bakal pengantin lelaki gagal menyediakan jumlah mas kahwin seperti yang ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan, iaitu 75 rupiah bersamaan RM21,198.
Menurut Marwana, hampir kesemua persiapan menjelang hari bahagia mereka itu sudah hampir selesai. Tetapi majlis bahagia itu yang sepatutnya berlangsung pada 9 September 2022, terpaksa ditunda kepada 7 Januari lalu kerana pihak lelaki memerlukan lebih masa untuk menyediakan ‘mas kahwin’ seperti yang diminta.
Tuntutan Adat Kahwini Wanita ‘Berdarah’ Sulawesi
Sehubungan itu, apabila tempoh yang diberikan berakhir dan pihak lelaki masih juga gagal menyediakan wang berjumlah RM 21,198 itu, pihak keluarga perempuan mendesak agar majlis perkahwinan itu dibatalkan.
Ini demikian kerana, mengikut adat, mas kahwin bagi perempuan berdarah Sulawesi mestilah ditetapkan dengan harga yang tinggi.
Bagaimanapun, calon suami wanita berkenaan yang berasal dari Jawa itu hanya mampu menyerahkan 20 peratus, daripada jumlah hantaran ‘mas kahwin’ yang ditetapkan.
Terkejut dengan pembatalan majlis perkahwinan mereka, berikutan kegagalan melunaskan bayaran mas kahwin yang tinggi seperti yang diminta oleh keluarga perempuan, bekas tunang wanita tersebut dikahbarkan telah jatuh sakit.
Setiap individu memerlukan tidur yang cukup untuk kekal segar pada keesokan harinya. Kebiasaannya, apa yang anda lakukan sebaik sahaja celik mata akan mempengaruhi mood serta kegiatan anda sepanjang hari itu.
Sekiranya anda memulakan hari dengan tubuh yang tidak bertenaga, maka agak sukar untuk jadi lebih produktif. Jadi, untuk mendapatkan mood yang ceria sepanjang hari, elakkan daripada melakukan 5 perkara ini sebaik sahaja anda bangun pagi.
Nak tahu apa? Jom lihat di bawah ini.
1. Menekan Butang ‘Snooze’
Sebelum tidur, pasti anda akan set jam untuk mengejut anda bangun pada keesokan hari. Ada pendapat mengatakan bahawa menekan butang snooze bukanlah satu idea yang baik. Ia akan menyebabkan anda menjadi penat dan malas.
2. Terus Melihat Telefon Bimbit
Melihat telefon bimbit sebaik sahaja bangun tidur akan membuatkan anda hilang fokus dari memikirkan tugasan penting yang perlu anda lakukan. Sebaiknya, fokus pada hal-hal penting dan lupakan seketika media sosial anda.
3. Minum Kopi
Sekiranya anda seorang yang gemar meminum kopi pada setiap pagi untuk menghilangkan rasa mengantuk, lebih baik pertimbangkan hal ini.
Pada jam 8 hingga 9 pagi, tubuh kita akan menghasilkan hormon yang memberi tenaga.
Jadi, sekiranya anda minum kopi sebelum jam 9.30 pagi, tubuh anda tidak dapat menghasilkan hormon dengan banyak. Maka, anda pun akan jadi kurang bertenaga.
4. Bangun Dalam Gelap
Jam biologi tubuh amat sensitif dengan cahaya terang dan gelap. Sekiranya anda terbangun dengan cahaya yang gelap, otak akan menjadi bingung dan membuatkan anda lebih mengantuk.
Jadi, buka tingkap bilik anda agar cahaya matahari dapat masuk atau nyalakan lampu sekiranya di luar masih gelap.
5. Tidak Mengemas Tempat Tidur
Percaya atau tidak, mengemas tempat tidur selepas bangun akan meningkatkan produktiviti anda. Jadi, kemas tempat tidur anda mulai hari ini jika anda mahu lebih produktif!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...