Bagai Merpati Dua Sejoli, Muslim Ahmad Kini Bergelar Suami Kepada Instafamous Faralisa

Share

Berkahwin dengan orang yang kita cinta memang menjadi impian kita semua. Begitulah juga seperti pasangan ini iaitu pemain pertahanan tengah pasukan bola sepak Pahang, Muslim Ahmad dan Farah Anisah,20 atau lebih dikenali sebagai Faralisa yang juga seorang instafamous

dan model.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat bernikah pada hari Jumaat yang lalu di Klang dan telah melangsungkan majlis persandingan di Ampang pada keesokan harinya.

Indah sekali busana yang dipakai oleh pasangan merpati dua sejoli ini.

Bagai puteri dari kayangan…

Bersama rakan-rakan baiknya yang juga menjadi ‘dulang girls’ di majlisnya.

Presiden PBNP, YAM Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyerikan majlis perkahwinan Muslim dan pasangannya.

Hijabista doakan semoga pasangan kedua-dua mempelai ini bahagia selamanya hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin!

kredit: instagram @muslim_ahmad24 @faralisamzmn

Published by
Qistina