Lumrah kehidupan bagi setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini untuk menghadapi kematian. Sama ada ia akan tiba secara tiba-tiba ataupun sudah mengetahuinya di sebabkan oleh beberapa faktor seperti sakit tenat.
Tiada satu makhluk Allah swt yang dapat melarikan diri dari kematian yang sudah tentu tiba suatu hari nanti. Walaupun begitu, kematian adalah suatu perkara yang misteri dari Allah swt buat hamba-hambaNya tetapi ada juga tanda-tanda kematian yang dapat di lihat oleh seseorang individu seperti cepat penat dan banyak tidur.
Sebilangan dari kita pasti tahu tentang tanda-tanda kematian kerana mungkin berpunca dari kematian seseorang yang terdekat yang baru berlaku dalam tempoh beberapa hari, bulan, ataupun tahun. Namun, tidak semua yang ingin mengambil tahu tentang tanda kematian oleh kerana takut untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Tanda kematian kita boleh juga di ketahui 40 hari sebelum ajal menemui kita. Tanda-tanda kematian pula akan muncul pada seseorang individu itu dari segi perubahan yang terjadi pada tubuh badan mereka.
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, di dapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Dalam Islam, tanda-tanda kematian dapat muncul selama 100 hari sebelum ajal tiba. Ada juga penjelasan bagi hari yang ke-100, 40, 7, dan 1 sebelum tiba masanya untuk seseorang itu di jemput oleh malaikat maut menghadap Ilahi.
Dari segi sains juga berpendapat tentang tanda kematian bagi seseorang yang dapat di lihat dari aspek perubahan melalui seseorang individu itu. Meninjau dari perkongsian di detikhealth, secara umumnya seseorang inidividu itu mengambil masa selama dua hingga tiga bulan sebelum tibanya ajal mereka, dalam tempoh itu metabolism badan akan mula beransur lemah.
Artikel berkaitan: Amirul Ashraff Sempat Ambil Lesen Kereta Waktu Pulang Bercuti Sebelum Ditemui Maut Jatuh Dari Tingkat 23 Di Sydney
Oleh dengan itu, seseorang yang mengalami kadar metabolism badan yang lemah akan mula untuk cepat penat, lesu, serta lebih banyak untuk tidur berbanding biasa. Ada juga terdapat banyak tanda-tanda kematian yang dapat di lihat melalui aspek sains yang di bincangkan oleh detikhealth
, antaranya:-Faktor usia yang sudah meningkat boleh di kaitkan juga apabila seseorang individu itu sudah mula kekurangan tenaga. Malah, ada juga individu yang tidak menggunakan tenaga yang banyak untuk melakukan aktivit seharian. Di sebabkan tenaga di jana oleh apa yang kita makan, maka, penggunaan tenaga yang berkurang membuatkan seseorang individu itu turut kurang cenderung untuk makan.
Individu yang seakan-akan ‘tahu’ tentang kematian mereka ini sering menjauhkan diri dari orang ramai atau erti kata lain, isolasi. Mereka akan kerap suka untuk bersendirian dan memikirkan hal-hal yang tertentu. Bahkan, individu ini juga berkemungkinan akan menjauhi orang-orang di sekitar oleh kerana energi sosial yang berbeza. Namun, ramai yang akan peka dan cuba mendekati individu tersebut kerana sifat empati yang ada dalam diri setiap manusia.
Selain dari perubahan yang berlaku dari segi pemakanan dan tenaga, seseorang individu itu juga boleh mengalami perubahan dari segi sistem organ-organ di dalam badan. Antara perubahan melalui sistem organ di dalam badan yang di maksudkan itu adalah:-
Apa yang anda perlu ingat bahawa tanda-tanda yang di jelaskan melalui artikel ini mengikut aspek sains di mana menunjukkan perubahan fizikal seseorang itu apabila semakin tenat dan uzur. Ingatlah, kematian itu pasti, jika tibanya masa itu nanti ke datangan malaikat maut akan menjemput kita kembali kepada Yang Maha Esa. Bersiap sedialah kita bersama dengan amalan serta amal ibadah bagi menempuhi kehidupan di hari akhirat.
Sumber info dan gambar: detikhealth, UTM, dan Canva
Artikel berkaitan: Wanita Ini Pesan Jangan Suka Sangat Nak Share Gambar Di Media Sosial, Akibatnya Boleh Bawa Maut
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.