Hukumnya berdoa disunatkan dalam semua sujud dan tidak hanya khusus dalam sujud terakhir. Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء
Maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan TuhanNya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).”
Riwayat Muslim dan al-Nasaie.
Sujud adalah salah satu rukun solat yang biasanya dilakukan dua kali dalam setiap rakaat dalam solat sama ada solat fardhu, tahajjud, taubat, dhuha dan solat sunat yang lain. Doa ketika sujud sangat digalakkan untuk memohon kepada Allah apa yang diinginkan malah doa sujud terakhir mempunyai manfaat yang sangat luar biasa.
Di dalam solat, waktu kita yang paling dekat dengan Allah adalah ketika sujud dan doa sujud terakhir juga dikatakan amat baik diamalkan. Berdoa semasa sujud adalah amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah yang biasanya akan dipanjangkan sujudnya bersama memperbanyakkan doa serta zikir kepada Allah SWT.
Kelebihan Amalan Tiga Doa Sujud Terakhir
Berikut dikongsikan beberapa doa-doa yang mempunyai kelebihan yang amat luar biasa jika sering kita amalkan ketika sujud yang terakhir.
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata: 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud.
1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah
Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”
2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”
3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika
Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik dengannya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat. Lakukanlah kebaikan walau sekecil apa pun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.
Berikut dikongsikan juga ceramah berkaitan dengan 3 doa sujud terakhir yang boleh kita amalkan ketika solat dan juga kebaikan serta kelebihan apabila kita bersujud kepada Allah SWT.
1. Apakah kebaikan dan kelebihan jika sujud kepada Allah?
Ia adalah salah satu cara untuk kita mendapatkan syafaat Rasulullah SAW. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Mintalah pertolongan dariku dengan memperbanyakkan sujud.”
2. Hamba yang paling terdekat pada Allah SWT adalah ketika dia bersujud.
Itulah maksud: “Dan sujudlah (kepada Allah) dan berhampir dirilah (kepada-Nya).” – Al-Alaq :19 dan “Terdapatlah di muka mereka itu adalah bekas sujud” – Al-Fath: 29
Yang bermaksud bekas sujud itu adalah bekas muka mereka yang menampal tanah sewaktu sujud. Juga ada yang mengatakan itu adalah Nur kekhusyukkan yang memancar dari batin kepada lahir. Ada juga yang mengatakan bekas wuduk yang nampak pada muka pada hari Kiamat.
3. Menyebabkan syaitan berlari sambil menangis:
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ketika anak Adam membaca (ayat) as-Sajadah. Lalu dia bersujud, maka syaitan lari sambil menangis dan berkata: “Wahai celakanya aku. Dia diperintah sujud lalu bersujud, maka untuknya Syurga. Sedang aku diperintah sujud malah derhaka, sehingga untukkulah Neraka.”
4. Antara waktu yang paling mustajab untuk berdoa.
Abu Hurairah berkata : “Yang paling dekat seorang hamba kepada Allah adalah ketika dia bersujud. Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa ketika sujud.”
Oleh itu, marilah kita semua memperbanyakkan doa di dalam solat fardu dan sulat sunat seperti solat tahajud, solat witir, solat dhuha, solat istikharah dan berbagai jenis solat yang lain lagi untuk memperbanyakkan sujud kita kepada Allah SWT. Jangan sekali kita mencari alasan supaya tidak melakukannya sebaiknya carilah waktu yang sesuai untuk menunaikannya dengan hati yang ikhlas.
Sesungguhnya apa yang kita lakukan dengan ikhlas hati pasti akan mendapat hasilnya iaitu pahala berganda malahan kita juga boleh melatih diri supaya terus melakukannya demi kebaikan untuk diri sendiri supaya sentiasa menuju ke arah yang lebih baik sehingga ke akhir nyawa.
Sumber kredit: Zikir Dan Penawar Hati