Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa. Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa.
Sebab itu di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab Neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Selain bacaan doa, amalan membaca beberapa Surah dalam setiap solat juga turut membantu kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat Allah. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan beberapa bacaan Surah dalam setiap solat yang dikerjakannya.
Berikut perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi tentang doa-doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam solat.
Bacaan Rasulullah Dalam Solat
Ajarkan kepada diri dan anak-anak tentang surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah dalam solat Baginda. Maklumat ini dikumpulkan berdasarkan sebahagian hadis yang diriwayatkan.
Semoga kita membaca surah-surah yang pernah dibaca oleh Rasulullah dalam solat. Pun begitu tiada halangan sekiranya kita ingin membaca surah yang lain.
Semoga Allah membimbing kita. Jom kita jadikan amalan harian.
BACAAN DALAM SOLAT SUBUH
BACAAN DALAM SOLAT ZOHOR & ASAR
BACAAN DALAM SOLAT MAGHRIB
BACAAN DALAM SOLAT ISYAK
HIJABISTA: Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita menjadi insan yang lebih baik serta hambaNYA yang mendapat rahmat Allah.
Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.youtube.com/embed/2lWY_qZ8-iE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lawanya, Ingat Tengok IG Mira Filzah” – Netizen Usik Salih Yaacob Yang Gembira Hadir Di Majlis Konvo Anak
Hati ayah mana tidak bangga apabila melihat anak kandung berjaya menggenggam ijazah yang diimpikan selama ini. Begitu juga bagi pelawak Salih Yaccob yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira hadir di majlis konvokesyen anak perempuannya. Kapsyen yang diberikan dalam foto dimuat turun begitu lucu dan menggambarkan perasaan dialami ketika itu.
Salih Yaacob dan isteri hadir di majlis konvokesyen anak perempuanya, Nurfareshah. Dalam kapsyen lain Salih Yaccob memberitahu dia dulu belajar sampai, tetapi sampaikan salam sahaja.
Dihujung kapsyen berkenaan diletakkan perkataan sweet yang begitu sinonim dengan Salih Yaccob yang jugaa merupakan penyampai radio di Sinar FM.
Papa dulu belajar sampai ……sampai sampaikanlah salam je…sweeeeet
Sebaik muat turut ramai netizen mula mengusik Salih Yaccob dalam komen. Ada yang memberitahu wajah anak perempuan dari 13 orang anaknya itu itu seiras Mira Filzah dan ada juga yang bercadang untuk masuk meminang anak perempuanya itu.
dubidu_dubiduw Cantik bijak anaknya alhamdulillah
ihsan_romzi assalamualaikum daddy . boleh sy masuk minang
ariena_azfar Comel anakanda
nasriezal_99 Ctik nma ctik org nya
cyentalayana Alhamdulillah…tahniah
geeazman Lawa nyer….bleh la minang buat menantu ye abg saleh….hihihi….
shaifulsafar Tahniah abg SY @salihyaccob dan anaknya …. Ingatkan saya tgk IG @mfmirafilzah tadi….
Apa pun Hijabista ucapkan tahniah atas kejayaan Nurfareshah dan sememangnya momen itu sangat membanggakan Salih Yaccob sekeluarga.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SALIH YACCOB
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Yang Kata Haram & Muflis Di Akhirat Wanita Yang Pakai Jean, Betul Ke?
Bagi wanita masa kini, jean biasanya merupakan salah satu barangan fesyen yang wajib ada. Ia tidak menghairankan, kerana jean adalah item fesyen yang fleksibel, senang digabungkan dengan sebarang bajus selain selesa dipakai dan praktikal.
Namun bagi hijabi, ada pula yang kata tidak sesuai untuk menggayakan jean. Salah satu alasannya jean dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna. Berikut jawapan lengkap yang dipetik dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
SOALAN
Mohon pertanyaan berkenaan bab pakaian. Saya ada menonton video ceramah berkenaan haram dan muflis di akhirat bagi wanita memakai seluar jeans. Kenapa seluar jean diharamkan atau semua jenis seluar yang lain diharamkan? Adakah seluar tidak menutup aurat?
JAWAPAN
Aurat merupakan sebahagian anggota badan yang diharamkan untuk dibuka atau dipamerkan, samada lelaki ataupun perempuan. Dalam erti kata yang lain, aurat adalah anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan kepada yang bukan mahram melihatnya.
Kewajipan ini adalah sebagaimana sabdaan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raf: 26)
Menutup aurat adalah satu daripada fitrah bagi kejadian manusia. Disebabkan itu, dulu-dulu Nabi yang pertama dahulu, Nabi Adam A.S dan Hawa apabila terdedah aurat baginda akibat termakan buah khuldi yang dilarang Allah SWT, lalu mereka menutupnya dengan daun-daun dari Syurga.
Kisah ini dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ
Maksudnya: Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Thaha, 121)
Pada hakikatnya, manusia akan mempunyai perasaan malu jika bahagian tertentu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Sebab itu, menutup aurat amat berkait rapat dalam cerminan keperibadian seseorang. Bahkan ia berkait rapat kepada maruah dirI. Ini kerana jika tercemar maruah diri maka hilang harga diri insan tersebut.
Adakah haram bagi seorang wanita memakai seluar jeans atau mana-mana jenis seluar yang lain?
Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik kita melihat asal-usul dan sejarah ringkas berkenaan isu ini. Melihat kepada ringkasan fakta sejarah terdahulu, seluar panjang merupakan pakaian yang dipakai oleh para pendekar wanita ketika bertempur pada zaman kekuasaan Greek.
Sebuah artifak yang dijumpai dan dipercayai dibina pada tahun 470 sebelum masihi ditemui dengan telakarnya gambar pendekar wanita yang lengkap dengan busana perang dan berseluar panjang. Bahkan, terdapat 2 helai seluar yang dijumpai tertanam bersama di dalam perkuburan penungang kuda daripada kalangan lelaki dan wanita di Tarim Basin, China yang dipercayai ditanam semenjak tahun 1200 sehingga 900 sebelum masihi.
Jika diperhatikan, seluar telah lama wujud menerusi fakta-fakta yang telah dinyatakan. Pada waktu yang sama di zaman Nabi SAW, seluar juga merupakan perkara yang dibincangkan sepertimana yang ternukil di dalam kitab-kitab fiqh.
Seperti contoh sebagaimana sebuah hadis, Nabi SAW pernah terlibat dalam urusan jual beli seluar bersama seorang sahabat:
وَعَنْ مَالِكِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ: بِعْتُ من رَسُولِ اللَّهِ رِجْلَ سَرَاوِيلَ قَبْلَ الْهِجْرَةِ فَوَزَنَ لِي فَأَرْجَحَ لِي
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Umair menyatakan bahawa:- “Aku membeli daripada Rasulullah SAW seluar sebelum hijrah, maka ditimbangkan dan diberikan kepadaku. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Begitu juga, hadis berkenaan sahabat ketika menunaikan haji / umrah:-
مَنْ لَمْ يَجِدْ إِزَارًا فَلْيَلْبَسْ سَرَاوِيلَ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Hadis Sahih Bukhari, No. 5804)
Bagi seluar jeans pula, sejarah utama penghasilan seluar panjang yang menggunakan jeans adalah khusus untuk digunakan kepada pekerja lombong emas dalam melakukan kerja-kerja berat.
Ketika banyak lombong-lombong emas dibuka di California, Amerika Syarikat, fenomena tersebut telah menarik ramai pemuda untuk mencari emas. Namun begitu, mereka mempunyai masalah kerana seluar yang selalu digunakan sering kali terkoyak kerana kerja berat.
Atas masalah itu, seluar jeans telah diciptakan oleh Levi Strauss dan Jacob Davis pada tahun 1873. Kain jeans adalah kain yang tebal dan amat sesuai untuk digunakan untuk membuat pakaian bagi kegunaan kerja-kerja berat dan lasak. Sehinggakan lama-kelamaan, seluar jeans telah menjadi tersohor dan diterima pakai oleh masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita.
Adakah seluar jean haram bagi wanita?
Seluar jeans tidak haram dan harus untuk dipakai. Tetapi ia boleh menjadi haram sekiranya ia tidak mengikut piawaan dan batasan yang telah ditentukan syara’ bagi lelaki dan wanita. Seperti contoh bagi lelaki dan wanita, haram memakai seluar jeans yang koyak di peha, betis atau dibahagian yang perlu bagi seorang muslim itu untuk menutup bagi menjaga auratnya.
Begitu juga, agensi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ Misriyah al-Fatawa menyatakan bahawa hukum wanita memakai seluar:-
جواز لُبْسه للمرأة، بشرط أن تتحقق فيه شروط الستر المطلوبة شرعًا
Maksudnya: Harus bagi wanita untuk memakai seluar, dengan syarat ia menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syara.’
Kedua, tidaklah memakai seluar jeans tersebut seperti “berpakaian tetapi bertelanjang”. Sabda Nabi SAW, terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya. Diantaranya adalah:-
وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ
Maksudnya: “Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), yang menarik perhatian orang untuk melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat.
Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang ada di sebalik pakaian itu, khususnya pada tempat-tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki yang bukan mahram.
Ketiga, mengikut kaedah usul fiqh:
اذا زال المانع عاد الممنوع
Maksudnya: Apabila sesuatu larangan hilang perkara yang dilarang padanya, maka ia kembali harus
Harus memakai pakaian yang berasal daripada orang bukan Islam yang tidak lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi mereka setelah berlalunya suatu jangka masa yang tertentu disebabkan halangan telah tiada.
Walaubagaimanapun, amalan yang terangkum di bawah kaedah ini hanyalah amalan-amalan yang berbentuk adat sahaja, manakala amalan ibadah keagamaan sentiasa bersifat khusus kepada penganut agama tertentu dalam apa bentuk sekalipun adalah haram bagi umat Islam memakainya.
Maka atas sebab tersebut, adalah diharuskan bagi seseorang untuk memakai seluar jeans kerana seluar jeans tidak lagi menjadi syiar atau tasyabuh kepada pakaian orang kafir. Jika dilihat pada hari ini, seluar jeans merupakan seluar yang dipakai oleh masyarakat diseluruh dunia termasuk negara-negara Islam sama ada lelaki atau wanita.
Kesimpulan bagi kajian ini, kami berpendapat bahawa harus bagi seorang wanita memakai seluar jeans sepertimana yang telah dinyatakan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar daripada fitnah. Begitu juga tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan seperti bahagian punggung yang mengundang perhatian hawa nafsu kepada mereka yang melihat.
Begitu juga, kami menasihatkan agar mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi sehingga ke paras lutut bagi menjaga kemaslahatan pada pemakai dan pada mereka yang melihatnya. WalahuA’lam.
Sumber kredit: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by mica-asato from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Berkahwin Dengan Wanita Berusia Lebih Bahagia & Gembira. Terbukti Bukan!
Siapa kita untuk menindakkan ketentuan tuhan. Begitu juga bila bab jodoh dan pertemuan. Semuanya adalah rahsia, hanya Dia yang tahu alasan dan sebab dan musababnya, mengapa dia menjadi pasangan kita. Malah, tiada siapa dapat menjangka anda akan bertemu dengan wanita yang lebih berusia. Sebagai pasangan yang lebih muda usianya jangan jadikan ia factor anda tidak bahagia apabila tida ada keserasian bersama. Sebaliknya cuba positifkan iri bahawa anda adalah lelaki yang power dan hebat kerana mampu menawan hati wanita yang lebih berusia.
Intai Sifat Matangnya
Fahami isteri dan jadikan diri lebih matang. I tu tidak bermaksud anda harus tinggalkan perangai ‘gila-gila’. Anda masih boleh jadi diri anda, cuma perlu ‘mendewasakan’ sedikit pemikiran.
Kenali Rakan Isteri
Mungkin masa bercinta anda tidak berapa kenal isteri anda. Deksti rakan-rakannya untuk tahu sikap sebenar dan elakkan cemburu buta bila isteri meluangkan masa bersama rakan.
Cuba Saingi Pengalaman Isteri
Berkahwin dengan isteri lebih tua, isteri lebih ‘makan garam’. Tapi, jangan harapkan isteri buat semua tangggungjawab anda. Apa salahnya untuk menyaningi pengalaman yang ada pada isteri.
Bergaul Dengan Orang Lebih Berusia
Sebagai suami, anda mesti menghadapi masalah untuk masuk zon atau era zaman isteri. Untuk memahami isteri apa kata anda bergaul dengan mereka yang berusia, secara tak langsung anda akan mula terikut-ikut cara ‘orang dewasa’ bergaul.
Jaga Sensitiviti
Jangan mudah terikut-ikut darah muda. Mungkin bagi kawan sebaya tidak menjadi masalah. Tapi tak semua orang boleh terima, lag-lagi mereka yang lebih berusia.
Bertolak Ansur
Bertolak ansur hubungan rumah tangga lebih aman. Jika anda berdua mengamalkan perkara ini, percayalah, hubungan anda akan sampai ke akhir hayat.
Banyak Bersabar
Ada je yang tak kena, lagi-lagi bila isteri cuba ubah anda menjadi lebih matang. Tak salah jika anda bersabar dan cuba ikut caranya. Mungkin masa mula-mula je isteri akan suka, lama kelamaan ia akan bosan apabila anda tidak ad jati diri dan pegangan hidup.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI