Setiap orang tentu memiliki masalah sendiri-sendiri yang terkadang membuat hati gelisah serta sedih. Di dalam Al Quran banyak terdapat ayat yang merupakan doa yang boleh diamalkan sebagai penenang hati.
Berikut ayat dalam Al Quran yang bisa diamalkan sebagai doa penenang hati:
“Zikir – Penenang Hati”
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah
Cukuplah Allah sebagai tuhan
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
KELEBIHAN ZIKIR HASBI RABBI
Saya post kan zikir yang sangat digemari dan zikir ini juga dapat memberi ketenangan dalam diri kita iaitu Hasbi Rabbi..
Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T.. Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita padaNYA..
Jika anda semua berasa rindu akan seseorang, lafazkanlah dan bacalah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik…
Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah… Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita..
Satu dakwah yang cukup mudah untuk dapatkan pahala iaitu SHARE post ini… jika mereka yang lain baca anda dapat pahala, ada orang berubah kerana baca post yang anda share anda dapat pahala, Jika ada orang masuk islam kerana post yang anda share anda dapat pahala… pahala mudah di dapati tapi hati selalu berat untuk memilikinya…
Renungan :
Mencintai Allah, bermakrifat kepadaNya, selalu berzikir kepadaNya, mencari ketenangan denganNya, menenangkan hati di sisiNya, takut, berharap dan tawakkal hanya kepadaNya, dengan keyakinan bahawa Dialah Yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, itu semua adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain. Dan itu adalah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah.
Usik-Usik Hati Untuk Meyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan. Alhamdulillah.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 27 Waktu Terbaik Untuk Berdoa & Kepentingan Doa Seperti Tradisi Orang Yang Soleh
Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan. Pentingnya doa ini dalam menangani segala masalah, doa juga tradisi orang-orang soleh menghadapi segala masalah dan dugaan yang diturunkan Allah s.w.t. Apa yang paling penting, anda perlu tahu mengetahui mengapa doa itu penting kepada kita dalam menyelesaikan setiap masalah dalam kehidupan.
Ajaran Islam begitu kaya dengan doa. Bukan sahaja untuk melaksanakan perkara besar, tetapi untuk melaksanakan perkara yang dipanjang remeh sekali pun, Islam mengajar kita untuk berdoa. Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta. Tanpa diberitahu pun, Allah memang sudah sedia mengetahui segala sesuatu.
Apa Perlunya kita berdoa?
Berdoa sebenarnya satu tugas pengabdian. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisiNya. Doa ialah untuk membuktikan sifat kehambaan kita dihadapan Allah SWT.
1. Mengekalkan Hubungan Dengan Allah Setiap Masa
Manusia akan hilang ketenangan, kebahagiaan dan keharmoniaan walaupun dia memiliki segala-galanya. Tanpa hubungan dengan Allah yang berkekalan, manusia umpama layang-layang yang terputus tali. Doa dan zikir interaksi dan komunikasi kita kepada Ilahi dengan cara yang paling harmoni. Allah memerintahkan kita agar berdoa untuk mengingatiNya kerana hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stress yang melampau dan kemurungan dalam hidup. Perkara ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah, apatah lagi ketika dia memerlukan pertolongan.
2. Keupayaan Melakukan Perubahan Ke Arah Kebaikan Secara Berterusan
Manusia perlu sentiasa berubah. Daripada kurang baik kepada baik. Daripada baik kepada yang lebih baik (cemerlang). Hidup orang yang berjaya sentiasa lebih baik daripada sebelumnya. Sama ada kebaikan itu berkait dengan Allah mahupun yang berkait dengan manusia.
Doa ialah satu kunci menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan. Manakala usaha ialah langkah untuk merealisasikan harapan itu. Berdoa dengan berusaha kita melaksanakan sebaik mungkin.
3. Didampingi Oleh Malaikat dan Menghalau Syaitan
Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita. Apabila kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan bersama-sama kita. Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang keberkatannya.
Jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi sarana atau input yang baik-baik ke dalam hati kita. Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu berdoalah, insyaaAllah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir.
4. Membentangkan Masalah Dengan Jelas
Doa ialah langkah pertama untuk menyelesaikan masalah. Doa menolong kita menukarkan masalah ke dalam bentuk perkataan. Dengan berdoa, masalah yang asalnya kabur dan samar menjadi jelas dan terang. Doa ialah seperti menulis masalah kita di atas kertas. Dengan berdoa seolah-olah kita “berkata-kata” dengan Allah. Justeru, semasa kita bermohon, merayu, mengadu dan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kata-kata kita semasa itu seperti membentangkan masalah kita ke hadapan-Nya.
5. Berkongsi Menghadapi Kebuntuan
Menurut pakar psikologi, tidak ramai manusia yang begitu kuat sehingga mampu menanggung masalah paling sulit dan perit secara bersendirian. Adakalanya kita sangat memerlukan insan lain untuk mendengar dan berkongsi masalah kita dengan seseorang. Namun adakalanya masalah kita terlalu personal yang kita rasa malu atau enggan untuk diceritakan kepada orang lain.
Kadangkala kebimbangan kita terlalu tinggi sehingga tidak dapat berbincang dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat karib. Pada ketika itu kepada siapa kita hendak mengadu? Ya sudah pasti kepada Allah. Berdoalah, Allah sentiasa sedia dan setia untuk mendengarnya. Berdoa memberikan kita berasa “tidak bersendirian” dalam menghadapi sebarang kebuntuan hidup.
Adab-Adab Dalam Berdoa
Antara adab dalam berdoa adalah:
- Dalam keadaan berwuduk
- Dalam keadaan menutup aurat
- Mengadap ke kiblat
- Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk
- Tidak tergesa-gesa
- Dimulai dengan memuji kebesaran Allah
- Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW
- Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dimakbulkan.
- Diakhiri dengan selawat dan salam
- Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.
Yang paling utama ialah jangan sekali-kali berputus asa untuk terus berdoa kepada Allah SWT. Apabila kita yakin bahawa Allah itu Maha Pemurah, tentu kita yakin bahawa Dia akan melayan permintaan kita. Apabila kita yakin Allah itu Maha Kaya, tentu kita yakin Dia mampu memberikan apa yang kita minta.
Syarat Doa Dimakbulkan
- Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhah
- Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya
- Tidak melakukan perbuatan maksiat
- Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik
Waktu Yang Terbaik Untuk Berdoa
Sebenarnya tiada halangan masa untuk berdoa. Namun terdapat beberapa waktu dan keadaan yang lebih afdhal jika kita memanjatkan doa kepada Allah.
Waktu-waktu ini insyaaAllah doa kita akan lebih mudah diterima:
- Pada malam al-Qadar (sepuluh malam terakhir yang ganjil dalam bulan Ramadhan)
- Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wukuf di Arafah)
- Pada bulan Ramadhan
- Pada malam Jumaat
- Pada hari Jumaat
- Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam.
- Pada tengah malam
- Seperdua malam yang kedua (selepas 12 malam)
- Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
- Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)
- Pada waktu sahur (sebelum fajar)
- Sesudah berwuduk
- Ketika orang azan untuk solat
- Antara azan dan iqamat
- Ketika orang mengucapkan iqamat
- Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil (peperangan mempertahankan ajaran Islam)
- Dalam pertempuran di medan perang
- Pada akhir tiap-tiap solat fardhu
- Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau luar solat)
- Ketika sedang membaca al-Quran
- Setelah tamat membaca al-Quran
- Ketika minum air zam-zam
- Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi).
- Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama
- Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
- Pada waktu turun hujan.
- Ketika menutupkan mata orang yang telah mati.
Sebab-Sebab Doa Ditolak
Antara sebab doa seseorang ditolak adalah kerana hatinya yang buta disebabkan sepuluh perkara:
- Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhanNya
- Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunnahnya
- Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya
- Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepadaNya
- Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya
- Mengatakan Syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.
- Mengatakan Neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.
- Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.
- Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.
Bermula daripada bangun tidur, membersihkan diri, masuk tandas, keluar tandas, memakai baju, melihat cermin, makan minum sehinggalah tidur semula. Semua perlakuan itu ada doanya yang khusus. Malah, untuk melakukan hubungan suami isteri juga ada doanya. Doa ialah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peluang Miliki ‘Handbag’ Berjenama, Personal Shopper Ini Pesan Perlu Bijak Membeli Ketika SALE
Zaman semua di hujung jari ini menyebabkan ramai antara kita yang senang membeli belah dalam talian sahaja. Terdapat juga faktor lain menyumbang kepada situasi ini seperti malas nak drive, susah cari parking ataupun tidak gemar bersesak-sesak-sesak dengan orang lain di luar.
Keadaan ini menyebabkan ramai yang hanya membeli belah dalam talian. Selain itu ada juga segelintir yang menjadi Personal Shopper atau PS. Lagi memudahkan urusan untuk mereka yang sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk bershopping.
ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan Lebih RM10K Sebulan, Personal Shopper Yang Tinggal Di Kanada Ini Tidak Lokek Kongsi Tip
Keyakinan memiliki ‘Handbag’ Berjenama
Setiap wanita mempunyai impian memiliki barang berjenama, apatah lagi handbag yang menjadi simbolik gaya si hijabi. Ada yang merasakan memilikinya satu lambang keyakinan untuk terus melangkah tidak kira apa pun status wanita itu.
Namun buka semua dari kalangan kita mampu menggalasnya di bahu. Seiring dengan tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan, Rafidah berjaya merealisasikan impian ramai wanita serta lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan.
Bermula menggunakan medium Facebook Page – Branded Handbags by Rafidah mengetengahkan perniagaannya pada 2014, Nor Rafidah Khairuddin yang bermula sebagai ‘Personal Shopper’ yang menetap di Montreal, Kanada kemudiannya pulang ke Malaysia membuka butik fizikal di Kuala Lumpur pada 2018 lalu menubuhkan jenama Sellection.
Boxing Day Sales dinanti-nantikan
Mewujudkan domain laman sesawang www.sellection.com, kini, Sellection.com – Branded Fashion Outlet ialah platform beli belah dalam talian pilihan utama dan dipercayai ramai di Malaysia. Menariknya, Boxing Day Sales Sellection, miliki ‘handbag’ berjenama dengan peluang membayar ansuran hingga enam kali!
Bersempena kedatangan tahun baharu 2023, Sellection melancarkan Boxing Day Sellection yang sudah bermula pada 23 Disember lalu hingga 3 Januari 2023. Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Sellection Sdn Bhd, Nor Rafidah berkata, Boxing Day Sellection menawarkan pelbagai koleksi tas tangan berjenama daripada Coach, Michael Kors, Kate Spade, Fossil dan pelbagai lagi.
Beliau kini berada di New York, Amerika Syarikat aktif membuat sesi siaran langsung di media sosial untuk berkongsi pengalaman ‘winter shopping’ bersama pelanggannya.
“Untuk #SistersdiMalaysia (pelanggan Sellection) saya pelawa untuk beli-belah tas tangan berjenama dari Amerika Syarikat yang diperakui kualitinya sempena musim sejuk ini. Kempen Boxing Day Sellection ini sudah bermula sejak 23 Disember lalu hingga 3 Januari depan. Barang yang dipesan dijangka tiba pada 20 Januari.
“Kempen kali ini menawarkan pelbagai koleksi daripada Coach, Michael Kors, Kate Spade, Fossil, Tory Burch, Tumi, dan Marc Jacobs. Sekarang semua berpeluang untuk memakai tas tangan berjenama dengan harga promosi yang terbaik dan bayaran ansuran tiga hingga enam kali pun disediakan,” katanya.
Menaikkan keyakinan dan personaliti peribadi
Dari seorang freelance translator di Kanada dan secara tidak langsung terus bertindak sebagai PS. Sellection telah membantu ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama yang eksklusif pada harga mampu milik dan pastinya menaikkan keyakinan dan personaliti peribadi. Kini tidak lagi hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.
“Membeli barangan berjenama ini adalah kerana kualiti dan ketahanan material. Selain dapat meningkat keyakinan diri, boleh menjadikan tas tangan sebagai ‘self reward’,” katanya.
Menurut Rafidah, bukan mudah untuk berjaya dan dia juga tidak lokek berkongsi bagaimana untuk menjadi PS yang berjaya terutama bagi mereka yang berminat dengan kerjaya ini. Berkongsi dengan hijabista dalam temubual terdahulu, Rafidah juga menasihat hijabi yang berminat menjadi Personal Shopper perlu sentiasa berusaha dan mencari idea kreatif untuk mengembangkan bisnes.
ARTIKEL BERKAITAN: Duit Asyik Habis Bila Dah Tengah Bulan, Adakah Berpunca Dari Sakan Berbelanja Waktu ‘Sale’?
Apatah lagi minat dengan urusan jual beli terutamanya barang yang dijual, pandai berkomunikasi dengan pelanggan adalah kunci utama kerana kebanyakan pembeli adalah ‘stranger’ dan punya pelbagai karenah.
Dengan selection semuanya mudah, setiap pembelian dibuat melalui tempahan awal (Pre Order) boleh terus dilakukan di laman sesawang www.sellection.com atau boleh ke Butik Sellection juga terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju dan boleh dikunjungi secara ‘walk in’.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belum Berhijab ‘Sepenuhnya’, Namun Lia Natalia Punyai Hasrat Dan Sedang Berusaha Ke Arah Itu!
Belum berhijab sepenuhnya! Ini pengakuan finalis rancangan realiti Pilih Kasih yang juga pelakon dan model wanita, Lia Natalia kini sering mengenakan hijab, hingga menimbul persoalan adakah si cantik manis itu kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik?
Malah, Lia juga kerap menghadiri majlis-majlis ilmu agama bersama rakan artis, sambil menggayakan busana patuh syariah seperti jubah dan bertudung litup.
Belum Berhijab Sedang Usaha Ke Arah Itu
Memetik hantaran kapsyen di ruangan Instagram milik Lia, jelitawan itu memaklumkan dirinya masih dalam fasa belajar dan belum berhijab sepenuhnya seperti yang didakwa netizen.
“Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada,” kata Lia.
Jelasnya lagi, gambar yang tular di media sosial adalah ketika menghadiri majlis ilmu agama, sekaligus menolak dakwaan dirinya kini sudah pun berhijab.
Namun, menurut lia, dia sememangnya ada menyimpan hasrat untuk ke arah itu dan memohon agar diberi ruang dan peluang untuk berubah secara perlahan-lahan dan kerana kemahuannya sendiri.
Artikel berkaitan: Wanita Berhijab Ini Cipta ‘Sejarah’ Wanita Palestin Pertama Menang Pilihanraya AS
“Saya memang nak bertudung tapi saya tak mahu perubahan itu dilakukan kerana saya mengikut trend atau fesyen serta melihat kawan-kawan bertudung.”
“Saya nak keputusan bertudung ini biarlah muktamad dan selama-lamanya. Tetapi buat masa ini saya belum bersedia ke arah itu,” jelasnya.
Terharu Terima Sokongan Penuh Peminat
Pada masa yang sama, Lia berkata dia merasa cukup terharu dengan komen-komen positif yang dilemparkan netizen kepadanya, malah Lia berharap agar para peminat sentiasa mendoakan agar dia menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.
“Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat,” katanya.
Sebagai rekod, pada sambutan ulangtahun kelahiran yang ke-30 tahun, lia telah memuatnaik gambar dirinya tampil bertudung litup serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata positif serta mendoakan supaya dia mendapat hidayah untuk kekal berhijab.
Sumber: Instagram Lia Natalia
Artikel berkaitan: Tak Gusar ‘Putus Rezeki’ Nad Zainal Kini Berhijab, Contohi Noorkhiriah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI