Baca PERKONGSIAN Yatt Hamzah Tentang Hukum Tidur Lepas SUBUH: Kena Tahu Haram Atau Jatuh KUFUR

Share

Sudah menjadi trend selebriti sekarang yang menggunakan medium media sosial sebagai salah satu cara untuk menyampaikan dakwah kepada follower mereka. Cara ini dianggap lebih berkesan dan dapat dihayati bagi setiap netizen yang membacanya di zaman digital ini. Jika sebelum ini pelakon dan pengacara Irma Hasmie berkongsi ilmu kepada followernya. Dan kali ini giliran selebriti Yatt Hamzah pula turut berbuat demikian. Dalam status dimuat turut, Yatt berkongsi dakwah mengenai persoalan istilah tidur selepas Subuh dalam dua bahagian.

Baca perkongsiannya di sini.

TIDUR LEPAS SUBUH

PART 1
Ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?
“Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”. Oh, jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh? “Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?

Aku bisik dalam hati “Ada byk mazhab ke dia ni?”. Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku. “Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…” “Maaf ustaz, dua2 mazhab lah ustaz”. Dia kata, “Kalau dengan cara hidup kau, amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.

SOMBONG DEPAN ALLAH

Aku nak menangis. “Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!” Aku tersentak. “Kenapa ustaz?” Dia menjawab, Orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah! Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang jutawan, bawa duit berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.

Aku tersentak. Dia berkata lagi, “Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat Dhuha”.

ARTIKEL BERKAITAN: Irma Hasmie Kongsi Hukum Sengaja Lewatkan Solat

HIDUP BANYAK DOSA

Allahuakbar, bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi, Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?

Allahuakbar

PART 2
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa takut macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

TIDUR BALIK SEBAB TAK CUKUP TIDUR MALAM

Dia kata lagi, “Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab bersukan, main gym, futsal, jalan-jalan, kerja lebih masa dan macam2 lagi. Apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?” “Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, macam mana? Mungkin sebab itulah hidup kau tunggang langgang.

Kau siapa? Nak ubah sunnatullah? “Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.

REZEKI KEMBALI MELIMPAH

Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb! Rase macam potong bawang halus2..Tapi benar, setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh. Lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh. Aku lazimi surah Al-waqiah dan solat dhuha setiap hari. Dan ku dapat rasakan rezeki ku melimpah-limpah. Ya Allah, Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh.

Tidur selepas subuh??? Peringatan buat semua dan juga diri yang faqir ini.

Wallahua’lam..

Di akhir statusnya, Yatt menjelaskan ini adalah pengalaman benar seorang hamba Allah dengan orang alim yang ditemuinya.

#INI ADALAH PENGALAMAN BENAR SEORANG HAMBA ALLAH DG ORANG ALIM YG DITEMUINYA. SILA HADAM DALAM2. TAK PERLU KITA JUDGE HARAM HALAL, ITU DAN INI. TIADA PULA DINYATAKAN TIDUR LEPAS SUBUH ITU HARAM. HANYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN SEORANG YG ALIM DAN FAQIH MENGANGGAP DIRINYA AKAN JATUH KUFUR JIKA TIDUR SELEPAS SUBUH. CUKUP SEKADAR JADIKAN PANDUAN DAN PERINGATAN BUAT KITA YG JAHIL LAGI FAQIR INI AGAR JADI MANUSIA LEBIH BAIK. SAYA HANYA BERKONGSI BENDA BERMANFAAT, SELEBIHNYA TERPULANG PD DIRI MASING2. WALLAHUA’LAM.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM YATT HAMZAH

 

 

Published by
Siti Zurina