Baca Ayat Kursi Antara Amalan Yang Boleh Elakkan Diri Daripada Terkena Sihir & Gangguan Syaitan

Share

Setiap hari, kita tidak akan terlepas daripada gangguan syaitan kerana sudah menjadi tugas syaitan untuk mengganggu umat Islam. Sihir dan gangguan syaitan juga sebenarnya merupakan suatu musibah yang diberikan ke atas kita.

Ada musibah yang Allah berikan akan dapat menyedarkan seseorang manusia itu dan ada juga sesetengah yang tidak memberikan apa-apa kesan terhadap seseorang individu itu. Sebenarnya, gangguan-gangguan ini boleh dihindari jika kita mengamalkan beberapa perkara. Cuba amalkan, insyaAllah berkesan.

1. Makan Kurma ‘Ajwa & Tamar Madinah

Amalkan mengambil kurma ‘Ajwa dan jika boleh, makan bersama tamar Madinah. Sekiranya anda tiada kedua-dua jenis kurma ini, makanlah apa sahaja kurma yang lain. Kerana sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:

Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘ajwa, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu.” – Hadis Riwayat Al-Bukhari

2. Berwuduk Sebelum Tidur

Sihir insyaAllah tidak akan memberi sebarang kesan terhadap Muslim yang mempunyai wuduk. Muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal oleh para Malaikat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. Sabda Rasulullah bermaksud:

Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya.”

3. Solat Berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang Muslim itu bebas daripada gangguan syaitan. Sedangkan mereka yang bersikap sambil lewa itu akan menyebabkan syaitan berpeluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, syaitan akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan sebarang kejahatan lain.

4. Mendirikan Solat Tahajud

Sebaiknya, bangunlah mengerjakan solat malam. Mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri kita.

5. Amalkan Membaca Ayat Kursi

Amalkan bacaan ayat kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan juga sebelum tidur. Nabi s.a.w bersada yang bermaksud:

Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” – Hadis Riwayat Bukhari 2311

6. Sentiasa Berzikir

Amalkan membaca zikir pada waktu pagi dan petang. Dari Uthman bin Affan r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang membaca: ‘Bismillahillazi layadurrumaasmihi saiun filardi wallafis samai wahuwas samiul alim’

(Maksudnya: Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui) kecuali bahawa tidak ada sesuatu yang membahayakannya.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

Zikir ini dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang.

Sumber: islamituindah.my

Published by
Naqiyatul Uzma