Baca 5 Surah Ini Dulu Jika Mahu Tidur Lena. InsyaAllah Akan Dilindungi Hingga Esok Pagi

Share

Sebelum anda tidur, apa yang akan anda lakukan? Kalau ikutkan trend sekarang, pasti sebelum tidur anda akan sroll IG dan FB dulu kan? Apa kata selepas ini ubah kebiasaan anda daripada scroll IG dan FB kepada bacaan 5 ayat Al-Quran ini? Bukan sahaja dapat pahala, malah anda juga akan mendapat kebaikan di sebalik setiap ayat yang anda bacakan.

Hijabista senaraikan  5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum anda tidur.

Photo by Rachid Oucharia
on Unsplash

 

1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas

Aisyah r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”

2. Ayat Kursi

Allah S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.

3. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah

Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

4. Surah Al-Kafirun

Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.

5. Surah Al-Mulk & As-Sajadah

Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari

Begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sebelum tidur. Insya-Allah anda akan terasa manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Cubalah…

SUMBER: ummi-online.com

Published by
QIST