Isi Kandungan
ToggleSebelum anda tidur, apa yang akan anda lakukan? Kalau ikutkan trend sekarang, pasti sebelum tidur anda akan sroll IG dan FB dulu kan? Apa kata selepas ini ubah kebiasaan anda daripada scroll IG dan FB kepada bacaan 5 ayat Al-Quran ini? Bukan sahaja dapat pahala, malah anda juga akan mendapat kebaikan di sebalik setiap ayat yang anda bacakan.
Hijabista senaraikan 5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum anda tidur.
1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas
Aisyah r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”
2. Ayat Kursi
Allah S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.
3. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah
Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
4. Surah Al-Kafirun
Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.
5. Surah Al-Mulk & As-Sajadah
Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari
Begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sebelum tidur. Insya-Allah anda akan terasa manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Cubalah…
SUMBER: ummi-online.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tampil Berhijab Dalam Busana Jubah Putih, Kejelitaan Maryam Younarae Dipuji! Cantik Bak ‘Bidadari’
Isi Kandungan
TogglePeminat Channel Youtube ‘Durian Kimchi’ pastinya tidak asing lagi dengan figura pasangan suami isteri Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae yang juga selebriti dan pempengaruh media sosial.
Terbaharu, penampilan Maryam yang begitu manis dan terlihat suci dalam busana jubah putih dan beryudung litup telah membuatkan netizen terpesona dengan kejelitaan dan keayuan gadis berketurunan Korea itu.
Maryam Seloroh Mengakui Dirinya Sememangnya Bidadari
Perkara berkenaan tular apabila Maryam memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya baru-baru ini dengan mengakui bahawa dirinya sememangnya seorang bidadari dan memaklumkan bahawa orang ramai telah membuatnya ‘kantoi’.
“Ramai orang cakap ‘Maryam nampak macam bidadari’.
Lai Illaha Illallah, sudah kantoi laa. Macam mana.” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bidadari Maryam Boleh Terbang Tau!
Malah, lebih menghiburkan lagi dapat dilihat dalam video berkenaan sifat comel Maryam yang gigih untuk terbang persis bidadari itu telah membutkan netizen tak kering gusi melihat telatahnya yang berbahasa melayu pasar itu.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Maryam dan tidak kurang juga yang memuji kesipanan dan keanggunan Maryam ketika mengenakan busana patuh syariah itu.
Artikel berkaitan: Waswas Nak Beli Ramen, Ryzal Ibrahim Kongsi Panduan Untuk Memilih Yang Halal
“Bidadari Rizal je 😂😂😂😂. Yang lain semua perhati je.”
“Cantik sangat kak Maryam 🤍🤍🤍🤍🤍.”
“😍😍😍adoiii dikkkk.”
“Ahahahaha Maryam I miss you! ❤❤❤.”
“Hahahha comel terbangnya 🤣.”
“Tapi Maryam cantik pakai macam ni,” tulis wargamaya dan beberapa rakan artis.
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Terdahulu, Maryam pernah dikritik hebat oleh netizen kerana tidak mengikuti cara pantang seperti orang Melayu.
Walaubagaimanapun, suaminya, Ryzal tampil mempertahankan Maryam dengan menegaskan bahawa Maryam hanya bertukar agama dan tidak mengubah budaya.
Selain itu, Ryzal turut menitipkan harapan agar tidak ada individu yang akan memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.
Sumber: Instagram Maryamyunrrr
Artikel berkaitan: Dambakan Kulit Persis Artis Korea Tanpa Bazir Wang? Buat Sendiri ‘Masker’ Tembikai 2 Bahan Ni Di Rumah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasulullah Tidak Pernah Mencela Makanan, Kalau Takut Keracunan Amalkan Doa Ini
Isi Kandungan
ToggleBukan semua individu mengemari masakan yang dimasak sendiri dari rumah, dan ada juga yang tidak berkesempatan untuk masak. Aktiviti dan jadual yang terlalu padat memaksa diri untuk membeli makanan yang tersedia ada di luar.
Namun sejauh mana untuk kita memastikan makanan itu dijamin selamat untuk di makan. Melainkan sentiasa bertawakal kepada Allah.
Makanan terkadang bukan membawa kesihatan, namun justeru membawa kebinasaan kerana makanan tersebut mengandung racun. Agar selamat dari bahaya keracunan makanan, maka sebelum makan hendaknya membaca doa berikut;
بِسْمِ اللَّهِ خَيْرُ الْأَسْمَاءِ لِلَّهِ فِي الْأَرْضِ وَفِي السَّمَاءِ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ دَاءٌ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِيهِ بَرَكَةً وَعَافِيَةً وَشِفَاءً
Bismillaahi khoirul asmaa-i lilaahi fil ardhi wa fis samaa-i laa yadhurru ma’asmihii da-un. Allohummaj’al fiihi barokatan wa ‘afiyatan wa syifaa-an.
Bismillah merupakan sebaik-baik nama Allah di langit mahupun di bumi, bersama nama-Nya penyakit tidak dapat membahayakan. Ya Allah, jadikanlah di dalamnya keberkahan, kesihatan dan kesembuhan.
Doa ini disebutkan dalam kitab Mushannaf Ibnu Abi Syaibah berikut;
عَنْ عِتْرِيسِ بْنِ عُرْقُوبَ، قَالَ: قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: مَنْ قَالَ حِينَ يُوضَعُ طَعَامُهُ: بِسْمِ اللَّهِ خَيْرُ الْأَسْمَاءِ لِلَّهِ فِي الْأَرْضِ وَفِي السَّمَاءِ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ دَاءٌ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِيهِ بَرَكَةً وَعَافِيَةً وَشِفَاءً فَيَضُرُّهُ ذَلِكَ الطَّعَامُ مَا كَانَ
Dari ‘Itris bin ‘Urqub, dia berkata bahwa Abdullah pernah berkata; ‘Barangsiapa ketika makanannya diletakkan membaca ‘Bismillaahi khoirul asmaa-i lilaahi fil ardhi wa fis samaa-i laa yadhurru ma’asmihii da-un. Allohummaj’al fiihi barokatan wa ‘afiyatan wa syifaa-an’, maka makanan tersebut tidak dapat membahayakannya.
Nabi Tidak Mencela Makanan
Makanan adalah salah satu nikmat Allah yang perlu disyukuri oleh setiap insan. Masih perlukah mencela makanan yang tidak enak? Sebuah tanda bahawa pencela makanan tersebut tidak bersyukur atas karunia-Nya yang berupa makanan tersebut. Berapa banyak orang yang merindukan makanan lantaran belum makan selama tiga hari?
Tak salah jika Imam Nawawi dalam Riyadhus Sholihin menyebut sosok yang mencela makanan dengan sebutan orang yang sombong. Menurut beliau, memuji makanan bererti menyenanginya. Sedangkan mencela makanan bererti merendahkan kenikmatan yang diberikan oleh Allah.
Sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah ketika beliau meminta lauk ketika hendak makan, namun yang tersedia hanyalah cuka. Rasulullah tidak mencelanya begitu saja, melainkan beliau sempat memuji cuka tersebut di depan si isteri. Diceritakan dari sahabat Jabir, beliau berkata:
أن النبي صلى الله عليه وسلم سال أهله الأدم فقالوا: ما عندنا إلا خل فدعا به فجعل يأكل ويقول: نعم الأدم الخل نعم الأدم الخل
Bahawasanya Nabi shallallahu’alaihi wasallam meminta kepada istri beliau lauk. Lalu mereka menjawab, “Kami tidak punya lauk kecuali cuka.” Kemudian beliau memintanya dan memakannya (bersama roti) dan bersabda, “Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka” (HR. Muslim )
Sikap nabi sememangnya patut dicotohi dalam kehidupan seharian. Jika cuka saja masih diberikan pujian oleh Rasulullah, masihkah kita hendak mencela makanan lantaran hanya sekadar terlalu masin, kurang masin, lembek, terlalu keras, tidak masak dan sebagainya?
Selain tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh-Nya, tentu ada hati yang tersakiti ketika makanan tersebut dicela, sebut saja orang yang membuatnya. Jika orang yang membuat masakan tersebut boleha sakit hati lantaran hasil masakannya dicela, lantas apa pula yang menciptkannya?
Apabila Tidak suka haruslah beredar
Rasulullah tidak pernah mencela makanan sekalipun dalam hidupnya. Jika telah tersedia makanan dan beliau tidak menyukainya, maka beliau tidak mencelanya, melainkan cukup dengan meninggalkannya. Hal tersebut merupakan adab yang baik kepada Allah. Kerana jika mencela makanan yang tidak disukai, maka seolah-olah dengan ucapan jelek itu menolak rezeki Allah. Kebiasaan Rasulullah yang demikian mulianya berdasarkan keterangan dari Abu Hurairah, beliau berkata:
ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاما قط إن اشتهاه أكله وإن كرهه تركه
“Rasulullah tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau berselera beliau memakannya. Jika beliau tidak suka beliau membiarkannya.” (HR Bukhari Muslim)
Contoh yang teramat baik untuk kita semua untuk tidak mencela makanan manapun. Jika tidak menyukainya, cukup tinggalkan saja. Bukan mencelanya, namun tetap dilahapnya. Mencela berbeda dengan memberikan kritikan yang membangun, misalnya dengan berkata “hari ini masakannya terlalu banyak garam, mungkin besok cukup satu senduk sahaja”. Yang demikian bukan maksud mencela, melainkan memberikan cadangan agar diperbaiki dan lebih enak lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Jual Telekung Tapi Mampu Raih Pendapatan Lima Angka Sebulan, Personal Shopper Ini Kongsi Rahsianya
Isi Kandungan
ToggleHanya bergelar suri rumah sepenuh masa, tetapi hijabi muda ini berjaya meraih pendapatan bulanan sekitar lima angka apabila menjadi Personal Shopper (PS). Bukan produk makanan atau kosmetik ataupun kecantikan tetapi lebih selesa untuk menjadi peniaga secara online kepada telekung jenama Siti Khadijah (SK). Hampir lima tahun menjadi PS telekung ini, Nurfateha Hussen boleh tersenyum bangga apabila kerjayanya dihargai pemilik SK sendiri.
Bagi Norfateha, 28 tahun yang duduk di Shah Alam dia mula menjadi PS sejak tahun 2014 lagi dengan menjual barangan pakaian Muslimah. Lepas setahun cari pengalaman, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menjual telekung SK ini sejak 2015.
Kriteria tertentu jadi PS telekung SK
“Sebelum itu memang saya menjual pakaian butik Muslimah sebelum saya dipilih untuk menjual telekung SK. Memang pihak pengurusan memilih kriteria tertentu untuk menjadi PS rasmi mereka dan termasuk saya hanya ada 5 orang sahaja.
“Kriteria utama pemilihan untuk menjadi PS khas mereka adalah kita punya konsistentasi dalam mengambil order, cara kita layan customer yang kita tahu pelbagai ragam,” ujar Nurfateha yang mula terfikir untuk menjadi PS setelah melahirkan anak kembarnya.
Menurutnya sebelum itu dia menjaga anak kembarnya dan apabila keduanya sudah putus susu dan sudah besar sedikit, dia mula memikirkan apa perkara baru mahu dibuat ketika itu.
Pendapatan cecah RM5,000 sebulan
“Kebetulan pula tempat tinggal saya di sekitar Seksyen 7 Shah Alam memang banyak butik Muslimah yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dari situ saya terfikir untuk ambil order daripada mereka yang tidak berkesempatan membeli barangan dihajati.
“Daripada ambil order di butik Muslimah dan lepas setahun barulah saya jadi Personal Shopper sepenuh masa untuk telekung SK ini. Alhamdulillah sudah lima tahun bekerja sebagai PS kepada SK dan pendapatan boleh mencecah RM5,000 sebulan.
“Kalau ada jualan sale terutama di musim perayaan atau bulan tertentu, insya-Allah pendapatan akan bertambah. Kalau bulan biasa bolehlah cecah pendapat sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Bergantung pada kerajinan ambil order dan lagi banyak tempahan dibuat, pendapatan juga akan menjadi berganda,” jelasnya lagi.
Kena dapat trust customer
Ketika ditanya apa tip tertentu bagi PS seperti dirinya yang boleh memperoleh pendapatan lumayan dalam masa singkat, Nurfateha tidak lokek berkongsi rahsianya.
“Bagi saya perkara utama bagi PS ini adalah perlu sabar. Ini kerana kita layan customer dengan pelbagai kerenah dan soalan yang diajukan melalui pesanan WhatsApp.
“Walau kita marah sekalipun dengan sikap mereka, tetapi perlu jawab dengan baik dan sopan. Sebagai PS kita kena tanam kepercayaan mereka pada kita. Kalau kita dapat trust mereka, insya-Allah jika ada apa-apa promosi mereka akan tetap beli dan guna khidmat PS kita.
“Tip lain, kita juga perlu bijak promote khidmat PS kita pada orang lain. Cara kita nak yakinkan orang yang kita ini sebagai PS jalankan servis bagus. Maksudnya kita bukan scammer terutama dalam urusan pos barang, pickup barang dan sebagainya.
“Begitu juga cara kita ambil oder, penjelasan tentang produk yang kita jual sebab customer tak nampak apa yang kita jual. Mereka hanya melihat dalam sosial media tetapi tak dapat nak rasa produk yang kita jual. Jadi tugas kita beritahu in detailing produk berkenaan,” tambah Nurfateha lagi yang membuat penghantaran barang secara pos dan hanya self pickup di rumahnya sahaja.
Menurut Nurfateha juga sepanjang lima tahun bergelar PS SK, memang tidak sukar untuk menjual telekung jenama ini pada pengguna.
“Bagi saya, telekung SK ini sekali orang pakai mereka akan rasa itu telekung solat paling the best daripada apa yang mereka pakai sebelum ini. Rekaannya yang cantik, kemas, material fabrik yang kita mahu tidak lusuh, panas dan sangat selesa dibuat sembahyang.
“Lagi satu SK ini orang lihat jenama dia besar dan takut untuk belinya sebab nampak mahal. Jadi medium PS ini sangat bagus sebab mereka boleh tanya lebih detail. Pengguna tidak segan nak tanya apa yang mereka nak tahu tentang produk ini. Kita kena faham produk ini sebelum terangkan pada mereka.
“Sebenarnya sebagai PS ada juga kita berdepan dugaan bila ada kalangan pembeli tidak buat bayaran setelar buat tempahan. Tetapi kebanaykan PS sekarang ambil full payment dulu sebelum mendapatkan barangan berkenaan.
“Dan cabaran lain pula kita kena tanam trust orang untuk beli produk yang kita jual itu. Maklumlah kebanyakan pembeli online sekarang takut kena scam jadi kita kena yakin pengguna bahawa kita adalah PS yang betul,” katanya yang tidak sangka akan dipilih menerima Anugerah Pembeli Peribadi Sedekad Siti Khadijah dalam kalangan PS yang ada.
Anugerah beri semangat
Malah anugerah diraih ini juga turut memberi semangat kepadanya untuk bekerja lebih keras menjual SK demi menjana keuntungan berlipat ganda dalam membantu kewangan keluarga.
Nurfateha ditemui ketika majlis Makan Makan Gala Siti Khadijah di Putrajaya baru-baru ini. Majlis ini bersempena sambutan ulangtahun yang ke 10 jenama tekekung ini di pasaran. Perjalanan sedekad yang membawa tema Sedekad Kesetiaan bagi meraikan seluruh kakitangan Siti Khadijah di Malaysia dan Indonesia sebagai menghargai dedikasi mereka dalam menjayakan empayar Siti Khadijah.
Dalam ucapannya, Puan Padzilah Enda Sulaiman, yang merupakan pengasa Siti Khadijah mengimbau perjalanannya 10 tahun lalu dengan hanya menghasilkan 200 pasang telekung pertama, kini syarikatnya mampu memproduksi sehingga 2,000 helai sehari.
Dalam majlis berkenaan, SK turut memberi penghargaan kepada pekerja cemerlang lain selain persembahan artis Aman Ra, Jay Jay dan Nora.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI