Rezeki bunting pelamin, paparan berita “Baby Emon is on the way!” oleh hijabi Syasya Rizal umum kehamilan pertama, patutlah wajah berseri!
Baru saja mendirikan rumah tangga dan mengenakan hijab dengan sempurna, berita kehamilan bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal baru-baru ini menuai pujian.
Syasya atau nama lengkapnya Nor Syasya Afiqah Shahrizal yang berusia 23 tahun berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya itu menerusi hantaran di Instagram.
Mommy-to-be ini memuat naik beberapa gambar sambil membaca akhbar yang memaparkan berita kehamilannya disamping suami, Nasrullah Mohd Sapie.
BABY EMON
Kelihatan Syasya memegang ‘baby bump’ yang semakin membesar namun penyanyi itu tidak mendedahkan usia kandungannya kepada umum.
“Alhamdulillah. Baby Emon is on the way.”
Terdahulu sebelum ini, usahawan selebriti Tya Arifin turut mengumumkan berita kehamilan ketiganya, juga menggunakan trend yang serupa.
Amboi, jom tengok seri dua ibu mengandung ni, bahagianya…
Manisnya bila berhijab, nampak lebih sopan dan sejuk mata memandang. Selepas mengumumkan pengunduran dari kumpulan Dolla, penampilan Syasya dilihat semakin sopan dan menepati syariat.
Syasya mengakui sudah lama berhasrat untuk berhijab namun walaubagaimanapun terhalang kerana tuntutan kerja.
“Saya jumpa jalan berbeza dalam kehidupan dan buat masa ini saya masih belajar dan masih tercari-cari gaya sesuai dalam penampilan bertudung,” katanya.
Syasya mula dilihat mengenakan hijab sepenuhnya selepas video beliau menyambut Hari Raya Aidilfitri pada April lepas tular.
Kini Syasya tekun untuk menyelesaikan pengajiannya selain memberi fokus pada rumah tangga yang baru dibina. Beliau juga lebih menitikberatkan soal pemakaian agar tidak kelihatan seksi atau mencolok mata.
Turut mengungkap rasa lebih tenang, Syasya kini dalam fasa masih belajar ‘hijab styling’ dan memilih busana yang tepat dengan dirinya.
Memang rezeki bunting pelamin, berita “Baby Emon is on the way!” yang dikongsi Syasya Rizal untuk umumkan kehamilan pertama disambut ucapan tahniah daripada peminat.
Untuk rekod Syasya dan Nasrullah disatukan dalam upacara akad nikah pada 20 April lalu. Semoga kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini kekal hingga ke hujung usia, tahniah Syasya!
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/syirik-percaya-ramalan-zodiak-ustazah-ashafiqah-abd-aziz-terangkan-isu-ilmu-ghaib/