Baby Aqasha Alhaq Yang Tercampak Keluar Kereta Ketika Kemalangan Di Perak Semakin Pulih…Alhamdulillah..

Share

Baby Aqasha Alhaq, berusia 4 bulan, yang tercampak keluar akibat kemalangan di Lebuhraya Plus arah Sungkai pada 11 Julai lalu kini semakin sembuh. Dikhabarkan bahawa bayi comel ini kini sudah mampu mengangkat tangannya, menghisap jari dan menggaru-garu kepala.

Melalui catatan ibu Baby Aqasha Alhaq dilaman Facebook miliknya, Natasya Nadia berkongsi perkembangan tentang bayinya itu.

Kaki kiri under traction, kaki kanan semakin sembuh. Selepas kedua-dua kaki sudah sembuh akan proceed untuk plastic surgery bahagian punggung akibat lebam (blister) yang agak besar.

Syukur bahagian kepala tiada retakan. Cuma pendarahan dalaman dan sedang diberi ubatan. Aqasha Alhaq kini masih dirawat dan dipantau di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Berikut perkongsian lengkap Natasya Nadia tentang perkembangan Baby Aqasha Alhaq:

Assalamualaikum semua.
Setelah lebih 24jam jaga anak baru bertukar shift sgn kak ipar. Baru sempat nk update Adek Aqasha Alhaq :
Kaki kiri under traction
Kaki kanan akan natural healing.


Selepas kedua2 kaki ada positive healing akan proceed ke plastic surgery bahagian punggung akibat lebam (blister) yang agak besar.
Syukur kepala semua tak da crack. Cuma on medication utk pendarahan yg kecik.
Adek aktif mcm dulu kuat sembang. Main toys lasak kemain.
Cuma merengek nak direct breastfeeding bila mama dia yg jaga. Yang lain Alhamdullilah anak kuat mama ni.
Tq semua. Tq doc, nurse yg bantu mama setiap kali nk tukar pampers, tlg time mama down sgt2.
Maaf lahh org kurang upaya jaga anak terpaksa minta bantuan kerap

Tq semua.. Mohon doakan kesembuhan adek yaaa

HIJABISTA: Kita sama-sama doakan moga Baby Aqasha Alhaq segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti bayi yang seusia dengannya.

Sumber kredit: Natasya Nadia dan Viral Perak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza