Az Zuha Syukur Dilantik Pengelola Jemaah Haji Untuk Tiga Tahun Berturut-Turut Oleh Tabung Haji

Az Zuha Group Travel & Tours ucap rasa syukur setelah diumumkan pelantikan sekali lagi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M untuk tahun yang ketiga.

Az Zuha Syukur Dilantik Pengelola Jemaah Haji Untuk Tiga Tahun Berturut-Turut Oleh Tabung Haji

Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Abdul Malik Abdul Raman turut berkata bahawa Az Zuha sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik, dengan usaha yang berterusan dalam memperkenalkan pelbagai penambahbaikan serta inovasi setiap tahun demi memastikan pengalaman jemaah haji sentiasa ditingkatkan.

Ads

“Kami amat bersyukur kepada Allah SWT atas amanah ini dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji atas kepercayaan yang diberikan kepada Az Zuha.”

“ Kepercayaan ini menjadi pemangkin untuk kami terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan menyantuni para Dhuyufurrahman dengan penuh ihsan dan kasih sayang.”

Tambahannnya, Az Zuha juga telah mencatat prestasi cemerlang selama tiga tahun berturut-turut sebagai Pengelola Jemaah Haji, hasil penilaian positif daripada pihak Lembaga Tabung Haji dan juga maklum balas jemaah yang pernah bersama dengan Az Zuha.

Ads

“Alhamdulillah, prestasi cemerlang ini adalah hasil usaha berterusan seluruh pasukan Az Zuha untuk memastikan setiap jemaah mendapat pengalaman ibadah yang terbaik. Ia adalah penghormatan besar buat kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada setiap musim.

Dalam pada itu, dirinya turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para jemaah haji yang telah memilih Az Zuha sebagai rakan perjalanan mereka pada musim-musim yang lepas.

Ads

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemaah haji atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Doa dan maklum balas anda semua menjadi inspirasi terbesar kami untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih cemerlang.”

Dengan kepercayaan yang diberikan untuk tahun yang ketiga, Abdul Malik berazam untuk terus memperkukuhkan perkhidmatan, memastikan setiap jemaah haji dapat menunaikan ibadah dengan penuh ketenangan, keselesaan, dan keberkatan pada musim 1446H.

“Insya-Allah, kami akan terus melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin dan memastikan setiap langkah perjalanan bersama Az Zuha menjadi satu pengalaman yang penuh bermakna”

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI