Selain Rozita Che Wan, adiknya Ayu Raudhah juga sering jadi perhatian netizen kerana keayuan dan kecantikan wajahnya. Sejak melahirkan anak ketiganya, cerita mengenai dirinya jarang terpapar di media sosial. Hinggakan ramai tidak tahu rupa-rupanya awal tahun ini Ayu hampir maut kerana mengalami apendiks yang memaksa dia melakukan pembedahan segera kerana sudah pecah. Bukan itu sahaja, dia juga terkena jangkitan kuman pada paru-paru. Ayu yang baru sahaja sembuh sepenuhnya bersyukur kerana diberi peluang kedua oleh Allah untuk menghirup udara yang segar ini.
Ketika bertemu di majlis perlantikan kakaknya, Rozita Che Wan sebagai duta bagi produk serum Nell Aesthetica di sebuah hotel di ibu kota, Ayu memberitahu pada mulanya dia hanya diserang sakit perut dan berasa mual-mual. Dia yang pada menyangka dirinya mengandung kerana mengalami muntah teruk sehingga keluar muntah hijau.
Dan apabila pergi mendapatkan rawatan di klinik, doktor hanya memberikannya ubat angin. Namun sakit itu tidak hilang malah semakin teruk hingga memaksa dia mendapatkan rawatan di hospital.
Keadannya ketika itu cukup serius sehingga perlu dimasukkan ke wad emergency. Setelah dibuat pemeriksaan teliti, doktor mengesan dia mengalami apendiks dan perlu jalani pembedahan segera kerana apendiks berkenaan telah pecah.
Lepas Pembedahan, Diserang Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru
Setelah pembedahan selesai, Ayu sekali lagi diduga apabila dia diserang demam. Apabila membuat pemeriksaan darah dan x-ray, doktor membritahu ada jangkitan kuman pada paru-paru. Malah bacaan CRP juga tidak normal dan dia terus di tahan di wad HDU kerana sukar untuk bernafas dan dada terasa begitu ketat.
Ads
Pada masa itu, Ayu merasakan nyawa bagaikan di hujung tanduk. Kesukaran untuk bernafas dan badan yang semakin lemah menyebabkan dia betul-betul rasa tidak sihat.
Ayu kemudiannya terpaksa masuk semula ke hospital selama 11 hari untuk mendapatkan rawatan antibiotik bagi merawat jangkitan kuman pada paru-paru. Setelah sihat dia kemudiannya dibenarkan untuk balik ke rumah. Tetapi sekali lagi dia merasakan sakit semula.
Ketika itu Ayu tidak mampu untuk berdiri, tak boleh berjalan dan apabila pergi semula ke hospital dan membuat rawatan CT scan, tiada apa-apa yang berlaku. Cumanya jangkitan kuman baru mahu hilang dari badannya. Justeru untuk memastikan kesihatan benar-benar pulih, Ayu sekali lagi perlu ditahan untuk tempoh seminggu dan meneruskan rawatan antibiotik.
Apabila rawatan antibiotik ini berterusan menyebabkan bayinya yang baru berusia 7 bulan tidak dapat menyusu badan kerana susu sudah menjadi racun. Susu yang dipam bertukar menjadi warna hijau kebiru-biruan kerana pelbagai ubat yang masuk dalam badannya sepanjang berada di wad.
Ads
Memaang Ayu bersedih sebab perlu menggantikan dengan susu formula tetapi dia bersyukur kerana bayinya tidak ada masalah untuk minum susu formula sebagai gantian. Sehingga sekarang selepas keluar dari wad Ayu tidak berani untuk memberikan susu badan memandang masih lagi perlu menghabiskan makan antibiotik.
Sepanjang sakit itu memang Ayu tidak berkongs kesakitan yang dihadapi awal tahun ini dengan mengikutnya di laman sosial. Cuma setelah sembuh barulah Ayu berkongsi kos rawatan yang perlu ditanggung olehnya dan mengingatkan followernya agar mengambil insuran peribadi memandangkan kos di hospital amatlah tinggi.
Ketika sakit itu Ayu terfikir kalau Allah nak ambik diri kita, bila-bila masa sahaja pun boleh. Bayangkan selama ini tidak ada tanda-tanda sakit dan apabila terus diserang sakit yang teruk boleh dikatakan seperti berada di ambang maut.
Menurutnya, kesihatan atau apa sahaja yang ada bukan milik abadi dan ia hanya pinjaman. Allah berhak untuk ambil apa yang Dia mahu. Situasi ini menyebabkan dirinya terasa begitu kerdil di sisi Allah dan lahir perasaan insaf.
Dalam masa sama sama ibu kepada tiga cahayamata, Aisy Qaiser, Aisy Aryan dan Laura Zuleykha turut beruntungg kerana dikurniakan suami yang cukup memahami kesihatan diri yang tidak sihat ketika itu. Begitu juga dengan sokongan dan pertolongan dari ahli keluarga yang boleh menjaga anak-anaknya sepanjang dia menerima rawatan di hospital.
Walaupun kini sudah sembuh dari dugaan yang menakutkan itu, tetapi bagi Ayu dia akan lebih berhati-hati menjaga kesihatan diri terutama soal pemakanan dan kesihatan diri supaya penyakit sama tidak berulang.
KREDIT FOTO: TUAN AZMAN (TOP IMAGE) & INSTAGRAM AYU RAUDHAH
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah mengakui seronok dan menyukainya apabila disapa sebagai ‘Puan’ oleh orang ramai.
Telah selamat bernikah kepada cinta hatinya iaitu Wan Emir Astar pada 3 September lalu, pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah itu telah mendedahkan di laman instagramnya bahawa dia rasa lebih dihargai apabila dipanggil dengan gelaran tersebut.
Puan Amirah. Idk, but somehow I love and appreciate when people greet me as ‘Puan’. I’m used to it, and I love it. 🥰
Memilih busana kebaya berona merah, ramai yang memuji penampilannya itu yang dikatakan semakin berseri selepas bergelar isteri.
Tak pernah tak cantik apabila melihat penampilan Mira Filzah ini. Moga dia terus bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta di samping terus maju dalam kariernya. Amin!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak kelahiran Siti Aafiyah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat sering bergurau manja dengan puteri kesayangannya itu. Ada sahaja telatah Siti Aafiyah yang dimuat turun dalam laman sosial untuk berkongsi dengan peminatnya. Terbaru Siti muat turun gambar Siti Aafiyah yang begitu comel memakai tudung. Beserta kapsyen ditulis ‘Parody Ibu’ dan #tangantuu. Merujuk pada gaya Siti semalam ketika menjadi juri bagi rancangan realiti Big Stage di Astro.
Mask muka memang punya beribu manfaat buat kecantikan kulit. Mulai dari melembabkan, hingga menyahkan minyak dan kotoran yang mengendap di wajah. Mengaplikasikan masker wajah secara rutin pun dipercaya boleh mengecilkan pori-pori kulit wajah.
Meskipun lambakan masker di pasaran, hijabis jangan main beli sahaja. Kenali penggunaan masker dengan kesesuaian kulit muka. Makanya, boleh cuba 6 masker yang menjadi kegilaan golongan milineal ini terlebih dahulu.
1. Etude House Therapy Air Mask
Produk ini diklaim hypo allergenic, iaitu tidak akan menimbulkan alergi dan sesuai dipakai untuk pelbagai jenis kulit. Makanya, face mask dari Etude House ini sesuai buat pemilik kulit sensitif. Etude House Therapy Air Mask ini juga dibuat dari bahan alami sehingga sesuai dipakai setiap hari. Masker ini tersedia dalam 15 variasi. Mulai dari buah-buahan, aloe vera, hingga greantea.
2. Innisfree It’s Real Squeeze Mask
Masker wajah dari Innisfree ini memiliki kemampuan untuk menghidrasi kulit sehingga wajah jadi lebih lembap dan kenyal. Tersedia dalam 15 pilihan bahan yang Korea, seperti Bija dan Mugwort. Pastinya setelah memakai ini kulit bakal segar dan cerah kembali.
3. Tony Moly Pureness 100 Mask Sheet
Tony Moly juga punya produk face mask yang patut dijaja. Tony Moly Pureness 100 Mask Sheet dikenal dengan keunikannya kerana perolehi bahan dasar air dan lembarannya terbuat dari seratus persen kapas. Keunggulan masker ini adalah mampu menghidrasi kulit dan mencerahkannya.
4. STARSKIN Lace Mask V-Shape
Topeng muka yang dapat membantu firma dan membentuk semula kulit yang kusam dan membosankan menjadi kegilaan hijabis supaya muka tirus ketika mengenakan hijab. Lace Mask V-Shape ini sesuai dengan muka dan dagu, bermakna serum yang intensif dan tanpa air dapat menyerap dengan cepat ke dalam kulit. Ia direka bentuk untuk mensimulasikan keupayaan wajah semulajadi dan menentukan bentuk semula jadi muka anda, serta mengurangkan penampilan garis-garis dan kedutan yang kelihatan. Keputusan? Cahaya muda!
5. OLAY Magnemasks Infs Illuminating Jar Mask Str Kit
Mask Muka pilihan melinial masa kini, Olay Magnemask Infusion Illuminating Jar Mask Starter Kit mengandungi Olay Magnemask Infusion Illuminating Mask Jar dan Inflatable Olay Magnetic. Topeng semalaman ringan, mencairkan ke atas kulit pada aplikasi dan berfungsi untuk mencerahkan nada kulit yang membosankan dan tidak sekata. Ia mengandungi niacinamide (vitamin B3) dan pentapeptida PAL-KTTKS untuk memuntahkan kulit dan mengurangkan garis halus dan kedutan. Penembusan topeng dipertingkatkan oleh alat pelindung Magnetic Olay, yang membantu menyampaikan bahan sehingga 10 lapisan di bawah permukaan kulit.
6. First Aid Beauty Ginger & Turmeric Vitamin C Jelly Mask
Masker jeli yang menghidupkan semula kulit mati dengan campuran halia dan kunyit untuk menghilangkan kulit yang tertekan, sementara vitamin C membantu mencerahkan penampilan kulit. Masker jelly yang menyegarkan, bebas alkohol ini memberikan pecah penghidratan dan penyejuk. Formula capuran ini membangkitkan pancaindera dan mendedahkan kulit yang kelihatan segar dan sihat, menjadikan kulit berasa tenang, lembut, dan menyegarkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...