Ayam ungkep, resipi makanan orang Jawa ini meski pun hidangannya ringkas namun enak dinikmati bersama dengan nasi panas atau pun dicicah dengan roti. Bahan-bahan untuk membuat ayam ungkep pun tidak banyak dan cara penyediaannya juga mudah.
Bagi yang hendak cuba masak ayam ungkep, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Mari saya kongsikan resepi dari ibu saya masakan ungkep dan cara-caranya. Bahan-bahan ini untuk seekor ayam.
BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:
3 biji bawang besar/bawang
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar dua ibu jari
2 sudu kecil jintan kasar
2 sudu kecil ketumbar
2 potong kecil kunyit hidup
5 batang cili padi
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIMASUKKAN SEMASA MENUMIS:
3 batang serai yang dititik
2 potong lengkuas yang dititik
3 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
Asam jawa/asam keping
CARA-CARA MEMBUAT:
2. Masukkan serai, lengkuas 3 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga) dan
asam jawa/asam keping.
3. Teruskan kacau sampai naik bau wangi. Tambah sikit air dan masukkan ayam. Tutup kuali lebih kurang 10 minit dengan tujuan biarkan ayam sebati dengan bahan tumisan.
4.Masukkan gula, garam untuk kestabilan rasa.
5. Tutup semula kuali dan tunggu hingga ayam empuk serta tumisan jadi sedikit kering. Jangan kering sangat, kuah ungkep sedap juga cicah dengan roti gardenia.
Sumber kredit: Shahir Shahrin
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA