Cerita tentang kematian mengajar manusia erti kehidupan. Menerusi pemergian orang tersayang pasti ada kisah yang boleh dipelajari dan dijadikan panduan. Baru-baru ini bintang fesyen dan usahawan terkenal Indonesia yang juga pernah suatu ketika dahulu mengukir nama di Malaysia, Dian Pelangi, berkongsi di Instagram tentang kematian anak saudaranya, Dzaqilla Azzahra Malaika binti Muhammad Dion Muharom pada tanggal 16 Ogos 2022.
Lebih menyentuh hati, dalam hantaran tersebut dia memuat naik sebuah video abangnya yang dilihat seolah-olah sedang bercakap dengan anaknya yang sudah meninggal dunia.
Tulis Dian, “Seorang Ayah, yang mungkin… mungkin sedang bercerita tentang jalan setelah pintu kematian, kepada puteri kecilnya. Dia sedang menceritakan bahwa syurga itu luas, indah, dan sejuk. Dia sedang memberitahu akan bertemu dengan siapa puterinya nanti.
“Kerana dia sendiri tak lagi dapat menemani puterinya. Membisikkan bahawa puterinya tak akan sendiri, akan banyak bidadari syurga yang memeluknya dalam cinta dan kehangatan meski ibunya tak di sana. Akan banyak malaikat yang kuat yang akan menjaga dirinya meski ayahnya tak bersamanya. Akan banyak malaikat kecil yang mengajaknya bermain, meski kakaknya tak bisa lagi bermain dengannya.”
“Dan ada Allah, sang Maha Pengasih dan Penyayang. Pun dia sedar, puterinya berada di tempat terbaik sekarang. Tak lagi merasakan sakitnya jarum suntik, tak lagi minum susu melalui selang, namun perpisahan sejatinya bukanlah suatu keinginan.
Ads
“Maka, Ayah ibunya hanya dapat berserah dengan ikhlas karena yakin putrinya meraih syurga tanpa hisab, menitipkan putrinya kepada sang pencipta, dan berharap putri kecilnya akan menunggu, memanggil dan menjemput Ayah dan Ibunya di pintu surga kelak.”
Untuk pengetahuan pembaca HIJABISTA, allahyarhamah Dzaqilla Azzahra merupakan kanak-kanak istimewa yang dilahirkan dengan sindrom down. Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Dian lagi, anak saudaranya yang berusia hampir dua tahun itu menghidap penyakit leaukimia dan beberapa penyakit lain.
Ads
Pemergian si kecil ini ternyata menyentuh hati, apatah lagi usia allahyarhamah hanya berbeza dua minggu sahaja dengan anak sulung Dian sendiri, Rumi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon popular iaitu Abby Abadi kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat tekanan darah tinggi. Walaupun sedang sakit, namun perkongsian suaminya iaitu Faizal Zakaria membuat hati kita sebagai seorang muslim tersentuh apabila dia memberitahu Abby tetap berusaha menunaikan solat lima waktu.
Menurut Faizal, perkongsiannya itu tiada maksud untuk riak namun hanya sekadar menunjukkan pendirian Abby yang kini hamil enam bulan itu untuk terus mengikut perintah Allah.
Dalam tekanan darah tak stabil, Doc suruh rehat… My Love @abby_abadi112 tetap risau dan takut bila x solat . Moga Allah s.w.t permudahkan segala-galanya sayang.. . Bukan nak riak atau menunjuk2…tetapi inilah pendirian yang beliau lakukan pada diriku ini . Walau sibuk mana sekali pun mesti solat, cari masjid…..hari Jumaat tetap kena sokat Jumaat…usahakan cari masjid walaupun dalam perjalanan . Sayang….Syurga milikmu…setiap saat saya sentiasa doakan agak diampunkan dosa2 sayang….diangkat darjat sayang bersama mereka2 yang beriman . Sayang tidak pernah ada dosa pun dengan saya walaupun sebesar zarah….. . Rehat ya sayang….jgn fikir yang bukan2
Benar sekali apa yang dilakukan oleh Abby itu. Tetaplah dirikan solat walau apa jua keadaan kita. Semoga Abby cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan sewaktu hamil. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penulis dan aktivis terkenal Amerika Syarikat (AS) Jeffery Shaun King dan isteri Dr Rai King telah memeluk Islam pada hari pertama Ramadan 1445H.
Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh Profesor Khaled Beydoun dalam satu siaran langsung di Instagram menunjukkan Shaun King dan isterinya melafazkan dua kalimah syahadah dengan bantuan ulama serta aktivis Muslim AS, Dr Omar Suleiman.
Kedua-duanya melafazkan syahadah dalam bahasa Arab. Video tersebut kemudiannya tular di media sosial.
Pada 25 Disember 2023, Shaun mendakwa Instagram telah menyekat akaun peribadinya berikutan sokongannya terhadap perjuangan Palestin.
Shaun yang memiliki lebih enam juta pengikut meluahkan kekecewaan terhadap larangan Instagram ke atasnya kerana memperjuangkan hak dan maruah rakyat Palestin.
Shaun telah berkongsi banyak jawatan pro-Palestin sejak 7 Oktober, mendedahkan kemusnahan di Semenanjung Gaza dan menyeru agar peperangan dan kekejaman Israel di wilayah itu dihentikan.
Raih Sokongan & Doa
“MashaAllah Shaun King dan isterinya, Rai, mengucapkan syahadah bersama Sheikh Omar Suleiman di Pusat Islam Valley Ranch pada malam pertama Ramadan,” tulis Zahra Billoo.
“Wajah mereka bersinar dan dia (Rai) kelihatan sangat cantik. Ini membuatkan hati saya sangat bangga,” tulis Ariba_Pervaiz.
“Shaun sentiasa menggunakan platformnya untuk menyokong kumpulan minoriti yang tertindas dan bersuara menentang ketidakadilan. Terrbaharu bersuara untuk rakyat Palestin. Lelaki ini harus dihormati. Menjadi Muslim adalah perkara yang paling membanggakan. Alhamdulillah,” tulis Samisuploads.
“Bangga menjadi sebahagian daripada keluarga ini,” tulis Profesor Khaled Beydoun, seorang pengarang buku terkenal dan pakar mengenai penindasan minoriti Muslim.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kita sudah memasuki fasa kedua daripada tiga fasa puasa iaitu 10 malam yang kedua. Dikatakan berlaku Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan mengikut sebahagian ahli sejarah. Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga arah petunjuk pelbagai bidang kehidupan seharian manusia.
PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:
وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
Maksudnya: “Dia yang telah menurunkan hujan.” (Surah al-Baqarah:22)
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Surah Ali-Imran:3)
TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN
Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandugannya sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah As-Sad: 29)
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan setiap satunya.
Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-Azim.” Antara lain menyebut: Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya:
Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada Allah SWT Yang Maha Mendalam pengetahuannya.” (Surah Hud:1)
Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah al-Isra’:88)
SOALAN
Kenapa ada yang mengatakan al-Quran turun secara sekaligus atau berperingkat?
JAWAPAN
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Antara dalil yang menyatakan tentang penurunan al-Quran adalah:
Maksudnya: Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) Surah al-Isra’ (105)
Kenyataan bahawa al-Quran turun secara berperingkat-peringkat atau sekaligus sebenarnya bukanlah bertentangan di antara satu sama lain. Tetapi kedua-duanya telah berlaku secara serentak dan secara berperingkat. Hal ini dapat difahami dengan kita meneliti perbahasan tentang hal ini.
Syeikh Abdul Azim al-Zarqani menyatakan bahawa penurunan al-Quran itu terbahagi kepada tiga peringkat. Lihat Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran (1/39)
Peringkat yang pertama, diturunkan al-Quran secara sekaligus pada waktu yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Hal ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ ﴿٢١﴾ فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ
Maksudnya: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (21) (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.(22)
Dalam menafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi dan al-Tabari menyatakan bahawa Luh Mahfuz di sisi Allah dan dipelihara daripada syaitan untuk sampai kepadanya. Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran (10/196), Jami’ al-Bayan fi Takwil al-Quran (12/531).
Peringkat yang kedua adalah penurunan daripada Luh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah atau langit dunia. Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ
Maksudnya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran (Surah al-Baqarah: 185)
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini telah disepakati oleh para ulama’ dan tiada khilaf bahawa penurunan yang dimaksudkan adalah daripada Luh Mahfuz ke langit dunia pada malam lailatul qadar secara sekaligus. Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran (2/297).
Peringkat ketiga adalah penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat daripada langit dunia kepada Nabi SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (193) Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (194) (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (Surah al-Syu’ara’: 193-195)
Al-Quran telah diturunkan secara sekaligus pada dua peringkat iaitu peringkat penurunan ke Luh Mahfuz dan peringkat kedua penurunan ke Bait al-Izzah atau langit dunia. Inilah yang dimaknakan oleh firman-firman Allah SWT yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan secara sekaligus.
Adapun penurunan secara berperingkat, adalah daripada langit dunia kepada Rasulullah SAW bermula daripada detik awal Nabi menerima wahyu hinggalah yang terakhir.
MATLAMAT AL-QURAN:
Secara umumnya, al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:
*Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan.
*Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang daif dan tertindas.
*Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.
*Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.
*Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.
*Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan kerjasama.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...