Awie Berkesempatan Sambut Hari Lahir Ke-54 Di Mekah

Share

Penyanyi kepada vokalis kumpulan lagenda Wings, Datuk Awie, meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-54 dengan suasana yang cukup berbeza. Ulang tahunnya itu diraikan oleh rakan-rakannya di Tanah Suci Mekah.

Artikel berkaitan: “Solat Tarawih Pengubat Rindu Saya Pada Tanah Suci Mekah”- Siti Nordiana Kongsi Pengalaman Tunaikan Umrah

Perkongsian itu dimuat naik oleh seorang pelayar di Facebook bernama Maulan Helmi. Kelihatan Datuk Awie disambut mesra oleh anggota Wings yang lain sewaktu mengerjakan umrah bersama sejak 16 November lalu.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-54!

Sumber dari Ohmymedia

Dalam pada masa yang sama mengerjakan ibadah umrah, Datuk Awie juga diraikan ulang tahunnya di sana. Suasana yang cukup aman dan ramai yang mendoakan buatnya.

“Terima kasih banyak-banyak. Syukur dalam banyak-banyak tempat, kita ditemukan di Makkah al Mukarramah ini,

“Saya sangat-sangat gembira dan terima kasih Datuk Mat yang merealisasikan impian ini untuk membawa bersama sahabat dunia akhirat saya, Wings. Terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai saya,” katanya dalam keadaan yang sangat ceria.

 Dalam kesempatan itu, Datuk Awie juga memaklumkan tentang pembabitannya dalam bidang seni, dia dan juga Sham menubuhkan Wings dengan rock & roll.

“Tapi di akhir-akhir penghujung ini kita tubuhkan satu kumpulan baru lagi ‘Wings On Fire’ pergi umrah. Terima kasih banyak-banyak sebab doa-doa semua,” ujarnya.

Artikel berkaitan: ‘Kenali’ Orang Jepun Pertama Yang Tunaikan Haji Di Mekah, Kotaro Yamaoka Atau Nama Islamnya Umar Yamaoka

Turut diraikan bersama para jemaah yang menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ khas buat penyanyi tersebut. Dia juga merupakan penyanyi veteran dalam industri hiburan yang cukup disegani.

Sumber: Harian Metro dan Ohmymedia

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee