Penjagaan Diri

‘Awas Ya, Sekarang Saya Sudah Kurus!’ – Melly Goeslaw Kenang Saat Jadi Mangsa Diskriminasi Badan Gempal

Share

Penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Melly Goeslaw terkenan ketika saat dia  sering menjadi mangsa buli atau diskriminasi ketika dirinya bertubuh gempal. Awas ya, sekarang Melly sudah kurus!

Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi terkenal dan penulis lagu daripada Indonesia ini. Bukan sahaja di Indonesia, malahan artis ini juga sangat terkenal ini Malaysia.

Melly Goeslaw telah melahirkan berbagai karya musik dan lagu hit di antaranya ialah Gantung, Ada Apa Dengan Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Aku Bukan Untuk Mu, Kubahagia dan banyak lagi.

Artikel berkaitanDua Tahun Tidak Dapat Pekerjaan Bila Mula Berhijab, Melly Goeslow Tidak Patah Semangat.

Pernah Jadi Mangsa Diskriminasi!

Siapa sangka penyanyi yang memiliki julukan Queen of Soundtrack ini pernah menjadi mangsa diskriminasi. Ingatkan orang biasa sahaja yang akan menjadi mangsa. Terdahulu, Melly Goeslaw pernah mendedahkan di sebuah TV program Indonesia bahawa dia pernah menjadi mangsa buli.

Kejadian buli tersebut berlaku ketika sebuah acara di mana ramai artis lain yang terlibat mendapat baju tajaan namun tidak untuk dirinya.

“Ada beberapa pereka fesyen yang tidak mahu membuat baju baru untuk saya. Mungkin sebabnya adalah susah nak buat ‘cutting‘ yang bersesuaian untuk orang yang bertubuh gempal. Tak mengapa.. ” ujarnya seperti yang dipetik daripada Suara.

Dalam masa sama, dia juga mendedahkan terdapat dua orang pereka fesyen yang sehingga kini masih belum menyiapkan bajunya selepas dengan alasan terlupa.

“Ada dua pereka fesyen yang saya ingat sangat, sejak saya tempah sehingga sekarang bajunya masih belum disiapkan. Walaupun sudah dua tahun” katanya.

Melly juga sempat berseloroh memberi amaran bahawa “Awas, sekarang saya sudah kurus. Tak perlu lah nak reka baju untuk saya”. Ha.. berhati-hati ya pereka fesyen ya dimaksudkan itu. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Bagaimanapun, penyanyi itu menyatakan bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.

“Ya, pada dasarnya hidup ini berputar dan dalam dunia hiburan yang kecil ini, kita pasti akan bertemu lagi. It’s okay” ujarnya sebagai penutup.

Diskriminasi berat badan seperti yang terjadi kepada penyanyi terkenal Indonesia ini adalah satu REALITI. Ia boleh berlaku di mana-mana. Mungkin ada yang berpendapat melakukan ‘body shaming’ atau sikap tidak ‘mengendahkan’ ini dapat memberi motivasi kepada mangsa untuk mengurangkan berat badan.

Artikel berkaitan: Wanita Gempal Pun Boleh Je Melaram, Mari Cuba Trik Ini Antaranya Pilih Pakaian Satu Warna

Namun sebenarnya tidak, sebaliknya ia mampu mengakibatkan hilang motivasi dan menambahkan tekanan. Tak baik tau.. Oleh itu, kita mestilah hentikan sebarang bentuk body shaming

dan diskriminasi kepada individu bertubuh gempal. ‘Everyone is beautiful in their own way.’

Sumber info dan gambar: Suara dan Melly Goeslaw

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir