Buat penggemar nasi goreng, anda perlu lebih berhati-hati. Memang sedap makan nasi goreng panas-panas dengan telur mata tetapi tahukah anda bahawa nasi goreng juga boleh menjadi sajian yang menyebabkan keracunan makanan.

Kebiasaannya apabila nasi yang dimasak tidak habis di makan maka nasi itu akan disimpan di dalam peti sejuk. Keesokan harinya barulah nasi tersebut dijadikan nasi goreng.  Tahukah anda bahawa nasi goreng merupakan antara makanan yang berisiko untuk menyebabkan keracunan makanan jika tidak dikendalikan dengan betul.

Sebenarnya, semua nasi yang belum dimasak ada spora kuman bacillus, spora ini jika terdedah dengan suhu dan air akan mula berkembang menjadi bakteria.

kredit gambar: Fitmencook.com

Oleh itu, jika nasi yang telah dimasak terdedah terlalu lama pada suhu bilik, kuman ini akan membiak, mengganda dan semakin banyak.

IKLAN

Mungkin anda sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK.

Dalam tempoh 1-5 jam anda makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul.

IKLAN

Potensi untuk mengalami masalah keracunan makanan selepas makan nasi goreng akan menjadi lebih tinggi jika makan di luar. Hal ini adalah keran kita tidak pasti berapa lama nasi itu telah dimasak dan disimpan. Oleh itu seelok-eloknya masak sendiri nasi goreng bagi mengelakkan masalah keracunan makanan terutama hijabi yang mempunyai perut yang sensitif.

IKLAN

Cegah nasi goreng beracun!

Sumber kredit: Public Health Malaysia

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI