Awas Jika Terkena Sengkenit, Boleh Buat Lumpuh Muka & Bengkak Hati

Share

Pernah tak anda keluar berjalan-jalan di kebun dan bila balik ke rumah, anda rasa kurang selesa. Atau mungkin anda akan rasa lemah-lemah badan?

Mungkin juga anda akan jumpa seakan serangga kecil yang melekat pada tubuh anda dan ia sangat menyakitkan. Anda perlu tahu fakta ini supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika mengalaminya.

Berikut perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

“Doktor, telinga saya ada tumbuh benda hitam ni. Sakit dia, berdenyut-denyut. Rasa macam bisul.”

Apabila saya periksa, rupanya ada sejenis kutu yang melekat di cuping telinganya.

Kutu babi di cuping telinga.

Kutu ini dikenali sebagai kutu babi, sengkenit(cikenit), atau tempiras (pirah). Kutu ini adalah sejenis parasit luaran kecil. Ia menggigit kulit hos dan melekat di situ untuk jangka masa lama untuk menghisap darah. Setelah menghisap darah, saiznya berganda.

Parasit ini biasanya hidup pada tubuh haiwan liar dan peliharaan seperti burung, kucing, anjing, tikus, dan kemudiannya berpindah kepada manusia. Mungkin juga dari persekitaran.

Kutu babi di kelopak mata.

Sekiranya anda ada ke kawasan hutan, belukar, kebun, atau ada menyentuh haiwan, maka anda disarankan memeriksa tubuh anda.

Kutu babi lazimnya menggigit manusia di anggota berikut:

◾️kelopak mata
◾️kulit kepala
◾️cuping/lubang telinga
◾️ketiak/ kelengkang
◾️pusat

Kutu yang telah menghisap darah berupa buntil kelabu kehitaman, dan permukaannya berkilat. Kadang kala, di sekitar kutu itu melekat, terdapat butir-butir hitam yang kecil. Itu adalah najis kutu berkenaan.

Kutu babi di kulit kepala.

Apabila kutu babi ini menggigit serta melekat pada anggota tubuh, maka kulit di kawasan itu akan terasa sakit, merah dan bengkak. Kadang kala menyebabkan demam, lesu dan ruam.

Jika tidak dibuang dengan segera, beberapa komplikasi serius boleh berlaku kerana air liur kutu ini kadang kala mengandungi kuman-kuman berbahaya.

Perbezaan saiz sebelum dan selepas menghisap darah.

Antara komplikasinya:

◾️Lyme disease
◾️facial palsy (lumpuh muka)
◾️hepatomegaly(bengkak hati)
◾️kematian

Kutu babi di dalam telinga. Bintik hitam adalah najis. Sumber: Klinik Aafiyah Batu Berendam

Bahaya bukan? Oleh itu, kita perlu kenali kutu ini, periksa tubuh setelah lakukan aktiviti di kawasan belukar serta melibatkan haiwan, dan berjumpa doktor jika digigit kutu babi. Semoga bermanfaat!

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza